Jul 5, 2015

Belajar Memasak

Assalamualaikum :)



Nak bercerita panjang dari hati yang gembira smile emoticon Hari ni adalah hari ke 4 sy memasak utk berbuka puasa. Sebenarnya, sy memang jarang masak. Semua keluarga & kawan rapat tahu. Kalau masak pun, sy lebih kepada western foods & dessert mcm segala lamb, chicken grill, carbonara, carrot cake, puding, dll. Sebab rasanya lg senang, simple, dan main campak-campak. Lagipun dah terbiasa mama masak sedap, jadi relax je kalau tak masak... Hehehe tongue emoticon Kalau masak lauk pauk tradisional pun, paling basic. Nasi goreng pernah lah 2 kali. Yg lain setakat goreng ikan, ayam, telur tu adalah. Nak buat yg berkuah ke, berperisa masam manis masin pedas mmg idokler.

Nak kata tak minat memasak tu, tak juga. Suka je belek buku resepi, blog resepi. Kata food lover, apa apa berkaitan makanan sedap, mestilah suka. Tapi selama ni dah terbiasa mama masak sedap-sedap, jadi selalu fokus tanggungjwb lain mcm tanggungjawab pelajar, tolong hal-hal kerja rumah yg lain selain memasak. Kalau tlg mama dkt dapur pun, tlg sediakan bahan-bahan mengikut apa menu mama utk hari tu.

4 hari lalu rasa nak cuba masak. Nama pun cuba, tak tahulah rasa apa. Bulan puasa, lagi susah nak rasa & agak. Org cakap sebab nak kahwin, hurm, tu sebab kedua. Sebab pertama... Sy ni suka makan sedap, jadi nanti kalau nak makan sedap, kena lah pandai masak sedap. Tak mau aih makan luar memanjang. Selain tu, sebab abah selaluuu sebut nak rasa masakan anak dia, mama pun dah dekat 30 tahun masak, jadi, this is one of the simplest way for me, to make them happy smile emoticon

Hari 1 : Ayam goreng berempah, Sayur campur & udang, Daging goreng ala thai
Hari 2 : Telur dadar, ayam black pepper, kubis & meatball
Hari 3 : Tomyam campur, ikan kerisi goreng berempah, sambal gesek, telur dadar, puding caramel
Hari 4 : Menu dalam gambar - Ayam cili kering & gajus, kari ikan merah, sayur sawi pak choy & kerabu mangga

Ada banyak benda saya belajar dalam masa 4 hari ni, antaranya:
- Jangan campur tepung jagung dgn air panas, hahaha
- Kari ikan, make sure masukkan ikan lambat, sebab ikan cepat masak
- Make sure kuali panas, baru letak minyak, supaya ikan tak melekat time goreng
- Nak guna serai panjang mana je, hahaha
- Belajar sabar dlm sediakan bahan-bahan memasak sebelum main campak-campak. Kerja leceh yg mengambil masa
- Barang dapur sgt mahal oi oi, kalau boleh tanam pokok, tanam lah segala mak nenek pokok pun, kalau blh bela ayam, ikan, lembu semua lagi bagus
- Sekarang sy faham, kenapa mama sedih kalau sy tak makan dkt rumah setelah mama masak, memang sedih kalau kita penat masak, org tak makan
- Sy faham kenapa mama suka sgt jamu org makan. Seronok tgk org makan beria-ria bila kita masak. Hilang penat lelah.
- Satu kepuasan bila org gembira makan masakan kita smile emoticon

Thank you mama Sabariah Hassan sebab menjadi chef terbaik selama hampir 30 tahun heart emoticon Terima kasih abah Mohd Amin di atas komen-komen membina. Abah kata "Tahniah aqilah, pandai masak, mcm org dah biasa masak. Abah risau jugak, mcm mana anak abah nak kahwin ni, tapi ni dah boleh panggil org ramai makan ni" heart emoticon Nenek kita yg mcm Gordon Ramsay tu pun duk puji sokmo, dan makan bertambah-tambah, rasa mcm seronoknyaaa tahap terharu

Seronok gilaaa bila org makan masakan kita. Lg seronok bila mereka puji. Lg bonus seronok bila mereka makan bertambah-tambah & makanan licin. Thank you sedara mara sudi cuba masakan pertama kali ni, walaupun rasa tak perfect, tapi tetap bagi galakan, seronok & aprreciate sgt semua. Sy ni mmg mcm gini, mudah excited, dan suka benda baru walaupun sekecik-kecik benda ni. Mudah teruja, mudah happy. Oh by the way, "Anyone can cook" - Ratatouille 
smile emoticon


No comments: