Aug 15, 2014

Lofa Lens

Assalammualaikum :)




Pada awal tahun 2014, (kalau tak silap), Neelofa telah produce Lofa Lens, 7 contact lenses berwarna yang terdapat daripada power 0 sehingga 800. Ada banyak warna antaranya brown, blue, grey & pink.

Harga adalah RM 69 sepasang untuk duration 1 bulan. Okay ni adalah 7 warna tersebut.



Oh yaaa, boleh dapatkan Lofa Lens melalui laman web Lofa Lens di sini ataupun melalui pengedar-pengedar yang berdaftar. Senarai pengedar berdaftar tu korang boleh tengok dekat Instagram Lofa Lens dekat sini. Pengedar Lofa Lens sangatlah ramai dan ada hampir di seluruh negara & Singapore.

Korang boleh tengok, ada sesetengah pengedar yang menyediakan khidmat COD (Cash on Delivery) sekiranya ada yg duduk berdekatan. Tak payah pos-pos :)




And last month, during Ramadhan, I akhirnya berkesempatan try lofalens! Ohhh happy sungguh, sebab kebetulan last minute sgt sgt dapat, 2-3 hari before raya tak silap. Rezeki namanya. Tapi sebab power mata I ni pelik skit, 175, stock nak raya adalah limited kepada 1 warna sahaja. Nasib baik memang nak try warna tu, smokey brown. Dah lama duk usha tengok, akhirnya dapat try pakai!

I beli ni daripada pengedar Lofalens Kedah. Korang boleh klik sini untuk pergi ke Instagram dia. Nama tuan empunya adalah Iylia, kecik comel molek je orangnya. Layan customer pun baik, so sangat puas hati. Bila korang beli Lofa Lens ni, korang akan dapat paperbag yg sgt cute, comel je warna pink. Tak silap I, Lofa Lens Kedah ni sendiri sediakan casing lens untuk customer, bukan semua pengedar ada sediakan tau.


 Ini adalah semua items yang I dapat daripada Lofa Lens Kedah.
Sampul duit raya khas untuk semua pembelian semasa Ramadhan (limited stocks)


 Contact lense diletakkan dalam sebuah kotak yang comel ala-ala makeup Benefit!
Dan paling I suka adalah bekas lense yang senang buka. Bukan dalam botol.


 Bekas pink! Kotak pink! Sampul duit raya pink! Comelnyaaa.


Okay, lense ni sangat best pakai ye. But itu I just compare dengan contact lense berwarna yang I pernah pakai iaitu dari Freshkon & Fresh Look. Menurut laman web Lofa Lens ni, contact lense ni diameter 14.5mm. Memang besar sikit dari size anak mata biasa. 

Waktu raya hari tu, beraya dari siang ke malam, ada hari yang pakai lense lebih 12 jam tapi so far okay je mata, selesa sangat. Tapi kalau jenis mata kering, tak digalakkan pakai lebih 8 jam ye. Selalunya I pun tak boleh pakai lens lelama, tapi THIS, is something I really love, cuz it's comfortable. Terus lepas raya tambah lagi 2 kotak warna celebrity brown & sterling grey guna duit raya! :D 


 
Yours truly in Smokey Brown


A bit pricey for me but benda berbaloi, sekali sekala apa salahya. Overall, berpuas hati dengan warna smokey brown ni & tahap keselesaan lens, dan servis pengedar. Siapa yang belum cuba, bolehlah cuba! :)

Astalavista!

2 comments:

Mizznadeiya said...

cantik! okay mohon share color code serta brand lipstik di bibir qila ittew! Hehehe tq

Aqilah Amin said...

Fatinn! Qla btol btol tak ingt yg mana satu, tp NYX matte lip cream. Kod tak ingt, nnt kalau terpakai semula qla update! -_-