Apr 13, 2014

Tempoh

Assalammualaikum :)

I know it might be a little odd I tetiba update blog and cerita benda yang lahir dari hati, tapi, I do feel like expressing my feelings right now, so that, mungkin dalam tempoh 20-30 tahun akan datang, I mungkin terbaca semula blog ni, dan teringat that I once, rasa apa yang I pernah rasa sekarang, at this very moment.

Weekends ni, I ikut mama dan abah pergi ke reunion kawan-kawan abah. Siapa yg kenal I mesti tahu abah I tentera. Jadi reunion yg I pergi ni, reunion kawan-kawan abah dari dia zaman kadet dulu. Okay, dipendekkan cerita, sambil BBQ semalam, uncle-uncle dgn auntie-auntie ni karaoke. Biasalah lagu-lagu lama.

Then, ada uncle dgn auntie ni berduet karaoke. Uncle ni I am very sure that he is 50 something. Auntie ni, well to be frank, I patut panggil dia akak kot cuz dia macam baru late 30s. Diaorang menyanyi lagu "Jangan Pisahkan". I tetiba je rasa sebak, dan nak menangis. Tapi I tahan je lah sebab ramai orang kot. Siapa yang kenal I, dia org tau I mmg sensitive, jiwa lembut. Mama ternampak pulak, mama terus bagi tisu. I dah gelak, I bisik dkt mama "Kalau ada orang nampak Qila nangis ni, mesti orang ingat anak mama baru putus cinta".

Kenapa I sebak? Dan mengalir air mata? Sebab I tahu kisah uncle and auntie, eh akak ni.

Akak ni sebenarnya isteri kedua. Itu I tak sedih apa pun, I sedih tentang kisah uncle dan isteri pertama dia. Sorry, arwah isteri pertama dia. Uncle ni bercinta dari zaman sekolah menengah dengan arwah isteri pertama dia. Lepas tu arwah isteri pertama dia ada sakit jantung, tapi uncle tekad nak kahwin juga. Bila kahwin, semuanya okay, uncle ni baik jaga wife, kiranya berpuluh-puluh tahun lah diaorg bahagia. But few years back, uncle jumpa akak yg isteri kedua dia ni atas urusan kerja, dia nak kahwin dengan akak ni.

Arwah isteri pertama dia mula-mula tak izinkan, tapi lama-lama dia izinkan juga. Tapi tak lama, arwah isteri pertama minta cerai, dan uncle ceraikan arwah.... Ya Allah haih, dah sebak semula. Lepas beberapa bulan, arwah isteri pertama ni pun meninggal...

"Kau Pergi Jua". Itu lagu kedua uncle tu nyanyi lepas dia berduet lagu "Jangan Pisahkan" dengan akak yang isteri kedua dia tadi. Time tu lah, air mata yang bertakung tadi, mengalir. I know, emosi gila perempuan ni kan, tapi... I honestly sedih lah. Sedih, sebak, I fikir apa uncle tu rasa, apa akak tu rasa dan apa arwah isteri pertama rasa.

Kalau I di tempat arwah isteri pertama... I sedih sangat sebab, arwah meninggal beberapa bulan selepas uncle ceraikan dia. Sedangkan berpuluh tahun dia ada masalah jantung tu, dia boleh survive. Tapi uncle, cinta pertama dia dari zaman sekolah, pergi tinggalkan dia, dalam masa beberapa bulan je arwah pergi... It was like, you are missing your other half. You are missing a big part of your life. And I, I rasa sedih gila sebab, sebelum kahwin dia boleh terima arwah and sanggup jaga arwah walaupun uncle tahu arwah sakit. Dan uncle cinta pertama arwah kot. Lama kot mereka bahagia, lama... tiba-tiba arwah pergi sewaktu uncle tinggalkan dia... Ya Allah haih, patahlah hati ni.

Kalau I di tempat uncle... I rasa I menyesal! I rasa I memang akan menyesal sampai I meninggal, sungguh pun. Arwah tu cinta pertama uncle, Arwah sakit pun uncle sanggup jaga dan kahwin, tapi kenapa uncle sanggup tinggalkan arwah setelah berpuluh-puluh tahun bersama, di saat arwah memang memerlukan kekuatan... Honestly, bila I tengok uncle tu, I nampak uncle tu tak bahagia. Kita nampak luaran okay, tapi cuba perhati betul-betul, nampak uncle, incomplete.

Dan kalau I di tempat akak, isteri kedua... I tak akan boleh hidup aman. I tak akan boleh rasa bahagia sepenuhnya. Orang yang jadi isteri kedua, secara baik tu Alhamdulilah. Tapi kalau cara yang tidak direlakan, selalu cakap "Nak buat mcm mana, dah jodoh...". But, cuba, cuba letakkan diri jadi yang pertama, cuba letak diri jadi orang yang dirampas haknya.

Wallahhualam. Silap-silap nanti I berada di tempat arwah isteri pertama, mungkin juga I berada di tempat uncle, dan hanya Allah Maha Mengetahui, kalau nanti I yang berada di tempat isteri kedua... :(((

I know I ni budak mentah, kahwin pun tak lagi, tapi I know, I am very sure yg walaupun zaman sekolah menengah tu mentah dan hingusan, but that feelings once shared, pure and indeed a true love. Bila I tengok budak sekolah sekarang jalan berdua pakai baju sekolah, memang I nak sepak terajang and cakap "Tak payahlahhh bercinta zaman sekolah, memang kau kecik lagi", tapi I tahu, kadang apa kita rasa tu, betul. Kalau tak, masakan ada yang berpuluh-puluh tahun kemudian terjumpa dengan pakwe atau makwe zaman sekolah, boleh sentap sorang jap kan? :P

Tempoh, dalam tempoh berapa lama kita boleh setia? Tempoh berapa lama kita pasti kita bahagia?

20 tahun lagi, mungkin I sedang menjerit-jerit dekat anak-anak I yang nakal dekat sekolah menengah, mungkin I sedang tersenyum di samping suami, mungkin juga I tengah menangis, dan mungkin I bersendirian di dalam liang lahad. Kata abah, "Kalau orang nak berubah, bila-bila boleh berubah. Kalau orang tak berubah, sampai bila pun tak akan berubah".


3 comments:

Anonymous said...

Sedihlah pulak Mama baca ni....inilah kehidupan sayang....sepanjang hidp kita nanti kita akan melihat...mendengar ...dan paling hebat merasai pahit manis kehidupan...ada kala tenang..ada kala dilanda gelombang...ketika inilah kita kena kembali kepada ALLAH...memohon kekuatan hati..penenang hati dan diminta kita tabah untuk meneruskan sisa sisa kehidupan kita di dunia ini...semua ini akan menjadikan kita manusia yang kuat...tabah..dan matang...Mama sentiasa mendoakan anak mama tabah dalam menempoh kehidupan di dunia ini...Ingat apapun yang terjadi ALLAH lah tempat kita mengadu dan meminta pertolongan...

Aqilah Amin said...

Sedih lah mama, kalau tak kene dkt kita, kene dkt org keliling kita, org org yg kita syg. Kdg mmg salah sendiri tp kdg, cubaan Allah utk org2 terpilih.. Thank you mama, teruskanlah doakan aqilah..

Nesha Zin said...

Hai, Aqilah. I love your writing. Saya pun sebak baca cerita ni. Tp my feeling lebih kasihankan 1st wife.