Feb 1, 2014

PENANG Day 2: Muzium Burung Hantu, Bukit Bendera, Penang

Assalammualaikum :)

Muzium Burung Hantu terletak di puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang. Bayaran dikenakan sebanyak RM10 seorang untuk dewasa & RM5 untuk pelajar. Sebagai peminat burung hantu, mestilah I excited. Tapi rupanya, dalam dia teramatlah kecil, macam tak puas masuk. 5-10 minit dah keluar semula :( Dah nama pun muzium, dalam ni hanya dipenuhi lukisan, patung, dan ruang untuk kanak-kanak bermain.

Kalau nak tengok burung hantu hidup, kena pergi taman burung atau zoo lah gamaknya. Disebabkan muzium ni teramatlah kecil, tak rugi pun kalau tak masuk. Huhu. Jom tengok sikit ada apa je dalam muzium ni sebelum ke destinasi seterusnya, Made in Penang Interactive Museum.














No comments: