Feb 1, 2014

PENANG Day 2: Bukit Bendera (Penang Hill), Penang

Assalammualaikum :)

Masuk hari kedua di Penang. Bangun pagi-pagi terus bergerak ke Bukit Bendera. Sampai dalam 10:30 pagi pun dah penuh tau. Maklumlah, Chinese New Year. Time sampai, parking kereta dah penuh, tempat beratur beli tiket utk naik ke puncak bukit pun dah penuh. Jadi kami parking bahagian atas sikit, jalan jauh sikit. Jadi sesiapa datang hari cuti umum tu, lagi awal lagi bagus.

Dekat sini, mula-mula sampai taklah sejuk. Tapi sampai je atas, terus sejuk terketar-ketar. Tapi boleh tahan lagi, sebab cuaca Malaysia kan makin panas. Hehe. Boleh lah bawa spare baju sejuk atau shawl buat sesiapa yang tak tahan sejuk. Untuk beli tiket masuk, perlukan IC juga ya, jangan lupa! :) Okay next post adalah Muzium Burung Hantu! Hehe.

P/S: Makanan foodcourt dia sedap-sedap belaka. Boleh sangat makan, harga berpatutan :)


 Okay kami dah sampai di pintu masuk Bukit Bendera!


 Nak bergambar dekat sini pun tunggu giliran. Hehe


 Disebabkan kami parking bahagian atas-atas, kena jalan jauh sikit untuk ke kaunter tiket train. 
Bukan train sgt, mcm mini train untuk naik ke puncak bukit.


 Haa sampai pun. Dekat sinilah beratur panjang nak beli tiket.
Rasanya seorang ahli keluarga jadi wakil pun cukup. Yang penting, kumpul  IC awal-awal.


 Dah selesai beli tiket, tunggu giliran naik train pula. Boleh tahan juga, dalam 30 minit.
Kalau weekdays mungkin kurang sikit.


 Haa train ni penuh gila, berdiri mcm sardin juga. Hehe.
Sini banyak anak tangga mcm tu, jadi hati-hati.


 Tak lama pun naik train, dah sampai puncak.
Boleh nampak bandar Penang dari atas puncak ni.


Walaupun sejuk, sinaran matahari tetap terik.
Dekat atas ni ada tempat restoran, foodcourt, muzium burung hantu, dan ada tempat bergambar dengan burung-burung dan ular. Contohnya burung kakak tua.


 Hehe, jenuh jugak nak tunggu line clear nak bergambar.


2 comments:

Mizznadeiya said...

Assalammualaikum Qila!

Hehehe lamaaaa tak pergi sana. last time pergi food court tak siap lagi

Aqilah Amin said...

Waalaikummusalam Atyn!

Lahh bape tahun lepas tu? Kalau pergi, p makan dkt gerai kuey teow dia, ABC pun sedap, semua bertambah. Hahaha