Feb 2, 2014

PENANG Day 2: Made in Penang Interactive Museum, Penang

Assalammualaikum :)

Hari kedua ni memang banyak berjalan. Dari siang sampai ke malam. Destinasi seterusnya kami pergi ke Made in Penang Interactive Museum, Penang! Seronok sangat, tapi ramai orang gila-gila punya ramai sebab hari cuti. TIPS: Korang beratur dan cepat-cepat pergi posing. Kalau tunggu je, sampai bila tak dapat. Kanan kiri tu bersesak tau orang tunggu, nampak macam tak ada orang je kan. Haha.

Dekat sini semua dekorasi dinding dia, dipenuhi dengan 3D arts. Jadi kena pandai ambil angle yang betul untuk ambil gambar supaya menjadi. Jangan risau, dia ada tandakan dekat mana cameraman patut berdiri untuk dapatkan angle yang betul. Memang seronok datang sini sebenarnya. Oh, nak masuk kena bayar tau, dan sekali lagi, IC tu penting. Hehe. Enjoy the pictures!

More Information
Made in Penang Interactive Museum Facebook
Address: No. 3 Pengkalan Weld, 10300 George Town, Penang, Malaysia.
Opening Hours : Daily 9 am – 6 pm.Admission Fee : Adults RM 15 (with Mykad), Children RM 10 (with Mykad), Adults RM 30 (without Mykad).
Tel : 04 2626 119





















Feb 1, 2014

PENANG Day 2: Muzium Burung Hantu, Bukit Bendera, Penang

Assalammualaikum :)

Muzium Burung Hantu terletak di puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang. Bayaran dikenakan sebanyak RM10 seorang untuk dewasa & RM5 untuk pelajar. Sebagai peminat burung hantu, mestilah I excited. Tapi rupanya, dalam dia teramatlah kecil, macam tak puas masuk. 5-10 minit dah keluar semula :( Dah nama pun muzium, dalam ni hanya dipenuhi lukisan, patung, dan ruang untuk kanak-kanak bermain.

Kalau nak tengok burung hantu hidup, kena pergi taman burung atau zoo lah gamaknya. Disebabkan muzium ni teramatlah kecil, tak rugi pun kalau tak masuk. Huhu. Jom tengok sikit ada apa je dalam muzium ni sebelum ke destinasi seterusnya, Made in Penang Interactive Museum.














PENANG Day 2: Bukit Bendera (Penang Hill), Penang

Assalammualaikum :)

Masuk hari kedua di Penang. Bangun pagi-pagi terus bergerak ke Bukit Bendera. Sampai dalam 10:30 pagi pun dah penuh tau. Maklumlah, Chinese New Year. Time sampai, parking kereta dah penuh, tempat beratur beli tiket utk naik ke puncak bukit pun dah penuh. Jadi kami parking bahagian atas sikit, jalan jauh sikit. Jadi sesiapa datang hari cuti umum tu, lagi awal lagi bagus.

Dekat sini, mula-mula sampai taklah sejuk. Tapi sampai je atas, terus sejuk terketar-ketar. Tapi boleh tahan lagi, sebab cuaca Malaysia kan makin panas. Hehe. Boleh lah bawa spare baju sejuk atau shawl buat sesiapa yang tak tahan sejuk. Untuk beli tiket masuk, perlukan IC juga ya, jangan lupa! :) Okay next post adalah Muzium Burung Hantu! Hehe.

P/S: Makanan foodcourt dia sedap-sedap belaka. Boleh sangat makan, harga berpatutan :)


 Okay kami dah sampai di pintu masuk Bukit Bendera!


 Nak bergambar dekat sini pun tunggu giliran. Hehe


 Disebabkan kami parking bahagian atas-atas, kena jalan jauh sikit untuk ke kaunter tiket train. 
Bukan train sgt, mcm mini train untuk naik ke puncak bukit.


 Haa sampai pun. Dekat sinilah beratur panjang nak beli tiket.
Rasanya seorang ahli keluarga jadi wakil pun cukup. Yang penting, kumpul  IC awal-awal.


 Dah selesai beli tiket, tunggu giliran naik train pula. Boleh tahan juga, dalam 30 minit.
Kalau weekdays mungkin kurang sikit.


 Haa train ni penuh gila, berdiri mcm sardin juga. Hehe.
Sini banyak anak tangga mcm tu, jadi hati-hati.


 Tak lama pun naik train, dah sampai puncak.
Boleh nampak bandar Penang dari atas puncak ni.


Walaupun sejuk, sinaran matahari tetap terik.
Dekat atas ni ada tempat restoran, foodcourt, muzium burung hantu, dan ada tempat bergambar dengan burung-burung dan ular. Contohnya burung kakak tua.


 Hehe, jenuh jugak nak tunggu line clear nak bergambar.