Sep 6, 2013

Selamat Hari Raya! - Part 1

Assalammualaikum :)


Gambar family di pagi hari 1 Syawal.


Hyeee, syawal nak habis dah pun sehari dua lagi. Esok lusa pun I dah mula kelas. Sobssss! Haha. Cuti kali ni paling jarang update blog, sebab banyak sgt aktivitnya. Tengok-tengok dah habis cuti. Mcm tu je habis 8 minggu... Duit pun sama habis kering kontang dah. :P Okay, sebenarnya malas nak cerita details sgt raya ni sebab dah tak ingat dah pun. Hahaha! Baju raya kami tahun ni semua beli siap termasuk baju melayu abah sebab kami duk sibuk buat kuih raya. 

Tema asalnya nak buat emerald green, tapi ramai gila org buat hijau tahun ni, jadi nak buat warna purple. Purple pulak susah nak cari yg sama tone. Kami dah penat nak jalan cari banyak tempat bulan-bulan puasa ni, jadi pilih warna yg sedia ada dalam kedai tu, warna electric blue. Ada cousin cakap warna BN. Tak ada maknanya. Haha. -__- Warna BN tu navy blue.

Pagi raya kami solat raya dulu di KL. Lepas tu kami bersiap nak bergambar dan bergerak balik Kuantan. Macam biasa, kami bertiga je memandangkan I anak tunggal. Jadi kami ambil gambar pun dgn menggunakan kecanggihan teknologi, gunakan stand camera dan remote. Kalau tgk tangan belah kanan I, tertutup je gitu sbb pegang remote. Hehe. Time ni mama dah bising suruh siap cepat, tudung pun tak berapa betul lagi tu.

Kali ni, saja nak try ambik gambar raya dgn kucing-kucing. Mcm comel ja kan. 


Memang tak boleh duduk diamlah semuanya :P
Abah pegang Sugar, Mama pegang Pepper, I pegang Chocky.


Selesai semua, kami bergerak ke Kuantan. Kurang satu jam, kereta dah lain macam. Laju sikit je dia bergegar. Time tu kami dkt area Genting Sempah dan Janda Baik. So pergi ke Janda Baik, mana lah tau kalau ada workshop yang buka. Kami terpaksa berehenti jgk, sbb kereta bergegar kuat. I dah risau jugak sebenarnya, yerlah raya kot ada ke workshop yang buka? Raya pertama pulak. Hurmmm, tak balik kampung lah jawabnya kang.

Tapi Alhamdulilah, nasib baik sungguh. Pekan Janda Baik tu kan kecik je, tapi ada bengkel yg buka :)


Bengkel ni terbuka, open air gitu. Sedap je berangin sejuk pulak tu.


Dah tak ada org lain, seronoklah kami lepak situ mcm rumah sendiri. Pekerjanya pulak baik. Seronok sgt tengok org bekerja hati ikhlas ni. Time dkt sini lah sempat betulkan tudung pakai gaya lain. Haha. Baru rasa kemas and puas hati sikit. Sempat makan biskut raya lagi sebab dah lapar pula tiba-tiba, dah nak dekat tengah hari kan. Rupanya ada masalah dengan tayar dan brek kereta. Nasib baik dah okay, selamat balik kampung. Alhamdulilah.

Sampai Kuantan, makan tengah hari, tapi dalam pukul 2-3 petang dah. Barulah kami ambil gambar family sikit. Muka semua dah sememeh dah. Hehe. Again, pun guna stand camera dan remote :)


Candid VS Formal.


And here, I know it's pretty late, I would like to take this chance to wish you guys Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Harap dimaafkan salah silap selama menulis blog ni, atau pun selama kita kenal buat kawan-kawan, selama bersama, tertarik muka, tersalah respond, tergurau kasar, tak dapat selalu ada di saat diperlukan, ter-tak puas hati atau segala terrr yang lain. Minta maaf sesungguh-sungguhnya. Semoga Allah memberkati kita semua, dimaafkan dan memaafkan orang lain. Supaya hati kita, manyak tenang! :)

Late that evening, I received one bad and sad news. Will story later on in the next post. Al fatihah. 


2 comments:

Mizznadeiya said...

Masih belum terlambat nak wish selamat hari raya buat qila sekeluarga :)

hihi. sugar always be my fav. cute sungguh!

Aqilah Amin said...

Thank you so much atyn! Selamat hari raya jugaaa! :) Haha. Cute angattt!