Sep 4, 2013

Resepi Carbonara

Assalammualaikum :)


Homemade Carbonara Fetucini :)


Bahan-bahan
300g fetucini (biasanya dekat giant ada brand San Remo, satu bungkus selalunya 500g)
2 sudu besar minyak jagung atau sunflower oil
2 labu bawang merah / 1 labu bawang besar dipotong dadu atau dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
1 paket sosej (selalunya 10 batang)
10 biji cendawan butang dipotong halus (1 tin - dalam 14-15 biji)
3 biji tomato dipotong dadu
1 cawan susu segar (I guna Dutch Lady low fat)
1 sudu besar serbuk black pepper
1 sudu besar serbuk oregano
Garam secukup rasa
125g keju Cheddar dipotong kecil (utk cepat cair) - (I beli brand Kraft)
100g keju parmesan yang dihiris halus

Cara-caranya:
1- Rebuskan fetucini bersama 1 sudu besar minyak masak seingga lembut di dalam periuk.

Di dalam periuk lain pula ;

2- Panaskan minyak jagung / sunflower oil tadi, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
3- Masukkan sosej, cendawan, tomato dan susu segar. Kacau mcm biasa.
4- Kemudian masukkan serbuk oregano, black pepper & garam. Kacau lagi.
5- Masukkan keju Cheddar dan masak sehingga sebati dan pekat.
6- Siap! :) Keju parmesan ditaburkan di atas fetucini mengikut selera masing-masing.

TIPS:
- Masukkan satu sudu makan minyak masak sewaktu merebus fetucini supaya fetucini tidak melekat antara satu sama lain dan mudah dileraikan.

- Personally, I lebih suka guna bawang merah, tapi kalau guna bawang besar pun okay.

- Gunakan sosej kosong seperti sosej ramly. Jangan guna sosej yang ada black pepper, cheese dan sebagainya sebab nanti akan jadi terlebih masin kalau tambah garam mengikut sukatan secukup rasa kita.

- Serbuk oregano susah sikit nak cari kalau dekat Giant dll, kalau tak ada pun tak apa.

- Kalau terlebih masin, boleh masukkan lebih banyak susu segar dan kacau sehingga sebati :)


5 comments:

Atika Azumi said...

yummy :9

Aqilah Amin said...

Selamat mencubaaa dear :)

Mizznadeiya said...

Insha Allah will try later :) Thanks Qila!

Aqilah Amin said...

Welcome atyn! ;)

Anonymous said...

Sedap....sedap...s..e...d..a...p...Mama suka....buat lagi...ump...