Aug 25, 2013

Dua pilihan.

Assalammualaikum.




Dalam hidup kau boleh buat dua pilihan :-

1) Kau boleh lantang bersuara, usah fikir perasaan atau pandangan orang lain. Berani, biar dibenci. Yang pasti itu diri kau. Apa kau suka, kau bilang. Apa kau benci, kau lontarkan. Sakit hati kalau semua mahu ikut kata orang. Mungkin kau dilabel si kurang ajar, tapi ada yang mengagumi ketegasan kau, itu pasti.

2) Kau boleh sabar diam diri. Ya, mungkin ada hikmah kau bersabar tapi kebiasannya kau dipijak-pijak, dibuli, diperkatakan kelemahan kau walaupun kau mungkin lebih kuat dari itu. Erti kata lain, kau nampak paling tabah walaupun kau mungkin si hipokrit yang penakut.



No comments: