Aug 25, 2013

Dua pilihan.

Assalammualaikum.




Dalam hidup kau boleh buat dua pilihan :-

1) Kau boleh lantang bersuara, usah fikir perasaan atau pandangan orang lain. Berani, biar dibenci. Yang pasti itu diri kau. Apa kau suka, kau bilang. Apa kau benci, kau lontarkan. Sakit hati kalau semua mahu ikut kata orang. Mungkin kau dilabel si kurang ajar, tapi ada yang mengagumi ketegasan kau, itu pasti.

2) Kau boleh sabar diam diri. Ya, mungkin ada hikmah kau bersabar tapi kebiasannya kau dipijak-pijak, dibuli, diperkatakan kelemahan kau walaupun kau mungkin lebih kuat dari itu. Erti kata lain, kau nampak paling tabah walaupun kau mungkin si hipokrit yang penakut.



Aug 3, 2013

Result semester tiga. (Perghhh tajuk karangan)

Assalammualaikum :)


Hari ni result keluar. Malas cerita panjang.

Cuma air mata dan result exam memang tak dapat dipisahkan. Haha. Alhamdulilah. Jujurnya aku terkedu sangat sangat dengan rezeki yang Allah berikan hari ini. Terima kasih ya Allah! Tambah gembira kawan-kawan rapat pun keputusan membanggakan. Tia pun dapat lagi AD! Tahniah Tia!

Result ni aku terima jam 2:08pagi tadi melalui email. Waktu nampak je result ni, terus aku menangis. Walaupun turun, which is mengecewakan, tapi sungguh aku cakap, aku tak sangka masih dapat AD. Gembiranya. Gembira sebab masih dapat memberikan senyuman kepada mama dan abah :)

Perlahan aku menyelinap masuk bilik mama dan abah lebih kurang jam 3 pagi tadi. Tak sampai hati nak kejut mereka semata-mata nak bagitau tentang keputusan aku. Sebak aku lihat raut wajah mama dan abah, yang aku tahu, susah payah membesarkan aku. Aku senyum, pusing, dan keluar dari bilik. Tadi, waktu bersahur, aku beritahu. Ahh, puas melihat senyuman di wajah mereka!

Doakan aku terusss kekal mendapat Anugerah Dekan sehingga tamat pengajian! 3 semesters to go! Mana tahu berkat doa kalian, dapatlah aku merasa pakai selimpang pink pada hari graduasi nanti! Amin.


Thank you untuk semua doa terutamanya yang tersayang,
dan kawan-kawan yang amat sgt prihatin ;')