Jul 25, 2013

Cinta sampai syurga.

Assalammualaikum :)

Sepanjang hidup aku, sejak kecil lagi aku selalu dengar orang kata "I will love you til the day I die" or dalam bahasa Melayunya "Saya akan sayang awak, cinta awak sehingga hembusan nafas terakhir". Amboi panjangnya bahasa Melayu dia.

Yes, aku selalu dengar dan malahhh aku doakan benda yg sama. Tipikalnya aku akan doa - Semoga bahagia ke anak cucu! 

Tapi sejak dewasa ni (kononnya) aku selalu doakan - Semoga bahagia dunia akhirat

Jujurnya dari hati aku... aku tak mahu cinta hanya sampai mati. Aku ingin cinta sampai syurga. Cinta sampai mati tu, sudah indah. Tapi, kalau nanti aku berkahwin, esok dia pergi meninggalkan aku, sampai situ saja cinta dia pada aku? Sampai situ saja cinta aku pada dia? :(((

Kalau boleh aku minta, doa, dan berharap, cinta dia pada aku kekal sampai syurga, sampai setelah mati nanti. Kalau boleh aku nak cinta dia pada aku, cukup tebal sehingga aku tidak pernah rasa dia hilang walaupun dia kini tiada lagi. Tapi siapalah aku nak melukis masa depan? Wallahhualam. Entah apa jadi 20-30 tahun lagi. Namun, kalau bukan itu takdirnya, Allah sebaik-baik perancang.

Pesan aku untuk bakal suami yang Allah telah ciptakan untuk aku dan yang terbaik untuk aku insya Allah - Kalau benar engkau cinta, CUBALAH cintai aku sepenuhnya sampai syurga nanti walaupun jika salah seorang daripada kita telah tiada. Bahagia bukan bersama insan tercinta di syurga yang kekal abadi?