Jul 29, 2013

Of Tudung People and Bella Ammara

Assalammualaikum! :)

Hye hye! So, macam mana puasa so far? Okay tak? Hopefully semuanya okay, or better indeed? :) hey, been a while kan. Lately blog ni macam dipulaukan. Boleh kata sebab malas, boleh kata sebab tak ada masa yang saaangat lapang, atau boleh kata banyak alasan jugak sebenarnya ni. Haha! Iyolah, bulan puasa ni kita sibuk buat kuih raya je. Siang bangun terus laju-laju buat kuih raya. Petang habis, berbuka, terus laju-laju pergi terawih pulak. Haa dah habis terawih, konon badan penatlah satu hari buat kuih dan terawih, jadi lagilah macam mood santai nak update blog itu hilang. Hilang, macam angin lalu. Tibeee.

Okay sebenarnya excited ni nak cerita aktiviti hari ni. Bukan apa pun, tapi kan dah lama tak shopping. Jadi bila shopping beria-ria sikit sekarang, rasa excited pulak. Lagi excited sebab shopping dkt tempat yg kita sukaaa sangat sangat. Both of them online shops, but now both dah ada butik. Yeayyyness for Tudung People & Bella Ammara! Congratulations koranggg :)

Tadi kita bangun pagi laju je mandi, bersiap sebab sibuk nak kejar pergi Tudung People yang buka pukul 10:00am. Sejak hari Jumaat lagi dah kecoh bagitau Mama dgn Abah, hari Ahad ni nak kejar pergi dua tempat penting kejap. Eceh, penting tauuu! Jadi, hari ni mama bagi kelonggaran half day kerja buat kuih. Hehe. Dan Abah yang baik sudi menemani dan drive ke Setapak. Terima kasih mama abah!

Bayangkan, sampai je Tudung People dalam 10:30 pagi, dah penuh orang. Penuh okay. Kita pun terus jadi kelam kabut jugak, nak berebut kan. Butik Tudung People baru buka, ada 10% off pula hari ni, haa mulalah rambang mata. Ada warna yang kita nak, tak ada. Tapi bukan senang nak rebut kan, so warna yang second choice pun ambik jugak. Tapi memang sangat puas hati dengan kualiti tudung dia orang.


Kalau purchase RM150 and above in single receipt, boleh join membership dia orang.
And purchased over RM100, cardholders dapat 1 free shawl! Yeayyy!


Lepas tu, pergi beli barang buat kuih lagi dekat Taman Melawati, then pergi rumah kawan abah kejap dekat Wangsa Melawati utk bagi kuih yang dia tempah. Boleh pulak abah gi borak sikit punya lama, adalah dekat 45 minit. Sabor je lah kita ni. Haha. Padahal mama tunggu dekat rumah ni tau sebab kita kan assistant mama buat kuih. Sampai rumah dalam 12:30pm, dan kita tak sabar nak tunggu zohor pulak! 

Lepas Zohor, kita pergi Bella Ammara! Yahooo. Kali ni, kita ajak mama sekali. Sebab nak mama tengok sendiri telekung dia orang and baju Melayu yang ada dekat butik tu. Kita sampai dalam 2:30pm. Butik Bella Ammara buka 2:00pm hari Ahad bulan puasa ni. Sampai-sampai je, pun sama, dah ramai orang haa.


Anddd yes! Managed to grab them! Eh sukanyaaa. 
Suka sebab kita nak telekung ni sampai tak boleh tidur malam tau. 
Over. I know. Tapi sampai tak boleh tidur ni memang benda extra special :')


Tapi serius laaa, telekung-telekung dia cantik sangat-sangat. Kita dah ada target dah nak beli yang mana, tapi sampai sana terus jadi ragu-ragu jugak sebab lawa sangat. Baju Melayu lelaki pun lawaaa sangat aih. Yang penting, owner dia Kak Belle yang kita sukaaa sgt tengok, Masya Allah cantiknya dia! Cantik sangat! Terus kita speechless tak berlagu depan dia. Huhu. By the way, mesti selalu tak sempat beli telekung Bella Ammara bila jual online kan, sekarang dah ada butik ni boleh lah pergi dan tengok sendiri material dia. Puas hatiii :)

Settle Bella Ammara, terus pergi Giant dgn mama abah untuk beli barang dapur sikit. Balik, tolong mama masak, berbuka, solat maghrib, dan terus bersiap ke terawih. Malam ke 20 ni, special sikit sebab kami berterawih di masjid. Selalunya kami pergi surau dkt rumah je sebab dekat kan, dalam seminit dua kalau naik kereta sampai dah. Kalau jalan kaki dalam 5 minit je. Selesa pun selesa. 


First time kita bawak handphone pergi terawih. 
Nak jugak gambar bertelekung kan :P Tu salah satu telekung Bella Ammara kita.
Ini kita upload gambar dekat instagram kita... Nak tau tak siapa yang like dan comment?


Both kak Belle & husband, Carl Samsudin like and comment gmbr kita dkt instagram!
Ya Allah memula carl, cool lagi kita. Bila kak belle yang like, terus nak pengsan.
Hahaha! Sangat happy! Hee. Sebenarnya tu je motip kita tulis blog hari ni :P


Siapa peminat Tudung People and Bella Ammara mesti kenal dia orang. Hehe. Sangat happy ni! Hee. By the way kalau korang ada di sekitar Setapak KL, silalah pergi kedua-dua butik ni. Seronok gilaaa butik kesayangan dua ni dekat Setapak, tak jauh dari rumah. Butik lain semua jauh nun dekat Shah Alam. Kalau hari kita ada kelas, tak ada masa pun nak meronda butik dkt Shah Alam nun. 

Okay lah dah panjang lebar pulak! Haha! That's all for now. I am just sharing the littlest things that makes me happy :) Till then, selamat menghabiskan sisa-sisa terakhir bulan Ramadhan ini. 


Jul 25, 2013

Cinta sampai syurga.

Assalammualaikum :)

Sepanjang hidup aku, sejak kecil lagi aku selalu dengar orang kata "I will love you til the day I die" or dalam bahasa Melayunya "Saya akan sayang awak, cinta awak sehingga hembusan nafas terakhir". Amboi panjangnya bahasa Melayu dia.

Yes, aku selalu dengar dan malahhh aku doakan benda yg sama. Tipikalnya aku akan doa - Semoga bahagia ke anak cucu! 

Tapi sejak dewasa ni (kononnya) aku selalu doakan - Semoga bahagia dunia akhirat

Jujurnya dari hati aku... aku tak mahu cinta hanya sampai mati. Aku ingin cinta sampai syurga. Cinta sampai mati tu, sudah indah. Tapi, kalau nanti aku berkahwin, esok dia pergi meninggalkan aku, sampai situ saja cinta dia pada aku? Sampai situ saja cinta aku pada dia? :(((

Kalau boleh aku minta, doa, dan berharap, cinta dia pada aku kekal sampai syurga, sampai setelah mati nanti. Kalau boleh aku nak cinta dia pada aku, cukup tebal sehingga aku tidak pernah rasa dia hilang walaupun dia kini tiada lagi. Tapi siapalah aku nak melukis masa depan? Wallahhualam. Entah apa jadi 20-30 tahun lagi. Namun, kalau bukan itu takdirnya, Allah sebaik-baik perancang.

Pesan aku untuk bakal suami yang Allah telah ciptakan untuk aku dan yang terbaik untuk aku insya Allah - Kalau benar engkau cinta, CUBALAH cintai aku sepenuhnya sampai syurga nanti walaupun jika salah seorang daripada kita telah tiada. Bahagia bukan bersama insan tercinta di syurga yang kekal abadi?


Jul 9, 2013

Happy holiday classmate!

Assalammualaikum :)

Happy holiday dan selamat berpuasaaa guys!

Presenting my dear MC223(3A) *drumroll*


gif maker

Situasi 1.



free gif maker

Situasi 2.