Jun 18, 2013

Anugerah Dekan - Glam Safari

Assalammualaikum :)

Hello ppl! Walaupun cliche, still nak cakap jugak... "LAMANYAAA tak tulis blog!" Haha. Lamalah utk I ni. Takpe, nanti cuti, kembali seperti sedia kala. Sekarang ni, minggu ke-14. Maknanya, inilah minggu akhir belajar. Dah kurang kelam kabut macam minggu ke-8 sampai minggu ke-13. Minggu depan dah start final exam. Rasa nak tutup tutup je mata. Tapi jujurlah, for me, berdebar tunggu result lg melampau, boleh sampai tak tidur satu malam. Kalau exam, boleh jugaklah lelap mata.

Okay, back to the topic. Pada minggu akhir ni jugaklah akhirnya Majlis Anugerah Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (MassComm) diadakan. Kali ni, seriously, nak pergi, beria nak pergi, sebab ada Tia jugak :) Congratulations again my OG! So so proud of you. Good luck again for this upcoming exam! And good luck jgk utk kengkwn lain, memandangkan sekarang mmg musim final exam.

Alhamdulilah, ini semua berkat doa mama dan abah dan sokongan padu orang tersayang. Thank you! :)))

Tema kali ni Glam Safari which are leopard ke, zebra ke, tiger ke, haaa apa-apa yg melibatkan safari. Oh tiba-tiba teringat cerita Madagascar. Hehe. Nasib baiklah ada jugak baju leopard, so tak perlu beli baju baru. Gambar tak banyak, ambik gambar handphone je. Jommm tengok!


Ni freshhh sebelum masuk dewan. Both of us pakai leopard print. 
Tengok mata Tiaaa, cantik gila kan? Suka sangat tengok! 
Congratulations Tiaaa :)


 Masuk hall tepat 8pm, duduk meja kedua dari belakang. 
Honestly, anugerah dekan this sem much much better dari last sem. Congrats guys!
This sem sangat cantik dewan, all the lighting, decorations, presentation. Happy with the outcome! :)


 MC 223 - Major in Broadcasting. 
With Lee (above) and Tia (below). Before makan sempatlah bergambar. 


Overall, semuanya okay. Makanan pun sedap, cuma ayam kecik sangat. Haha. Yang lain semua okayyy. Tapi perangai budak masscomm, tak menyabar nak makan. Malu tau tak :P

Best student utk semua 8 sequence Masscomm, adalah pelajar Major in Broadcasting! Bangga sangat! Pointer diaaa kan, tekalah berapaaa? It's 4 FLAT. Fuhhhh, Congratsss utk kamu! Sequence lain semua highest 3.7++, 3.8++ or 3.9++. Hebak ngat niii! Sakit tangan kita tepuk kuat sangat. Hee.

Okay till then people, esok ada Final Test. Take care, be safe, and good luck again utk semua yang tengah atau bakal menduduki final exam. Astalavista babeh! :)


2 comments:

Anonymous said...

Tahniah Aqilah dan Tia...moga semester ini dapat keputusan yang cemerlang....itulah doa dari Mama dan abah...

Aqilah Amin said...

Thank you mamaaaa. :D