May 13, 2013

Buah ciku, Buah Nona dan Laksa

Assalammualaikum :)

Buah Ciku, Buah Nona dan Laksa.


Dua tiga hari ni, sy penat dan mengantuk dan busy sangat. Yes, walaupun busy sempat juga scroll homepage facebook dan like gambar serta status kawan-kawan. Update gambar di Instagram dan Facebook. Tapi betul, mmg mengantuk gila lah sejak kebelakangan ni. Sampaikan ada hari test, nak study ni... Bangun 4:30 pagi, basuh muka dah, (Basuh muka dah tau), study dalam 20 minit, terus tidur balik. Mengantuknyaaa. Selama ni bangun tak payah basuh muka pun, boleh je segar study dan buat kerja. 

Semlm, walaupun Ahad, sy dah keluar rumah seawal jam 8 pagi dan drive sejauh 45km ke UiTM Shah Alam di saat orang lain sedap tidur. Yes, tidur tu sedap. Sejak sambung degree baru sedar nikmat tidur. Kalau diploma dulu ada masa untuk main-main lagi, jadi kalau ada masa free pun pergi jalan dan makan-makan dengan kawan. Tp sejak degree ni, kalau ada masa free 1 hari je pun, memang yg lain tolak tepilah. Tidur dan rehat puas-puas. 

Sampai UiTM, habis kelab Chess (Koko) dah tengah hari. Untuk pertama kali, pergi makan beramai-ramai ahli kelas Chess. First time kot. Padahal tinggal berapa minggu je lagi sama-sama. Sem depan dah tak ada koko. Habis lunch, rushing utk group assignment - janji 3:00pm. Terus berkumpul, makan, dan shooting sampai hampir 1:00am. Sekejap je, dah masuk hari Isnin. Tapi tak pe, enjoy dengan kawan-kawan. Hilang penat. Thank you Khalid sebab belanja kitaorang. Budak tgh masyuk. Hehe.

Tidur malam tadi 2:00pagi. Set jam 3:30 pagi, tutup. 4:30 pagi, tutup lagi. Begitulah juga 5:30 pagi. Akhirnya subuh baru bangun dan sambung buat kerja. Nasib baiklah Isnin kelas mula tengah hari. Siapkan kerja, terus rushing ke UiTM lagi... straight kelas sampai malam. Habis jam 9:00 malam tadi. Sampai rumah lambat sikit hari ni, dalam pukul 10:00 malam sebab traffic jammed dkt Subang semata-mata ada kereta rosak di line kanan sekali. 

Sampai, dengan mengantuknya, dengan penatnya, tak mampu nak bercakap dah. Duduk meniarap atas katil mama abah. Memang biasanya mcm tu, setiap hari balik dari kelas, mesti jumpa mama abah dulu utk bgtau yg sy dah sampai rumah. Selalunya hari Isnin malam, sy mmg tak makan dkt rumah sebab balik dah malam. Tp hari ni mama masak laksa Penang. Sy mmg hantu laksa Penang sejak setahun dua ni. Mungkin selera berubah sebab peredaran usia? HAHA. Jadi penat-penat pun, terasa nak makan.

Mama yang sibuk dengan kerja sekolah pun terus bangun siapkan laksa utk anak dia ni. Abah pun, terus potong buah ciku dgn buah nona utk anak dia. Terharu sangat... Walaupun tak ada apa. Tapi tetap terharu. Nak cakap depan-depan, segan pulak sebab hari ni diam je. Jadi sini, Aqilah nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab sediakan makanan walaupun hari ni Aqilah diam je. Sorry eh mama abah, penat sangat, mengantuk sangat. Tapi, terharu sangat dengan mama abah. Terima kasih mama, terima kasih abah. I love both of you so much :)


2 comments:

Anonymous said...

Salam Aqilah walaupun susah nak baca tulisan Aqilah mama cuba juga..kena beli tel besar sikitlah nanti...Jangan risau tentang menyusahkan kami berdua sudah jadi tanggungjawab kami..Mamapun tahu perasaan student Mama dah tempoh dari muda sampai ke usia senja..Tapi tak apa susah dahulu senang kemudian...anak Mama akan berjaya dunia akhirat In sha Allah..Jadi pelajar yang baik ya...doa tetap mengiringi Aqilah

Aqilah Amin said...

Salam. Haha. Mama baca je lah kat rumah, semangat baca dkt BB kenapa :P Insya Allah... Thank you mama doakan dan banyak sgt sgt tolerate dgn anak mama. Love you!