May 29, 2013

May 14, 2013

Tea time at Häagen-Dazs

Assalammualaikum :)

Amboiii katanya hari ni nak study. Err, rehatlah dulu kejap. Hewhewhew. Nak cite and share ice cream best. Silalah terliur walaupun gambar tak seberapa sebab tak reti lg guna camera handphone. Haha. Sorry okay. Plusss dah excited gelojoh sgt nak makan ni ha, ambik je mana sempat. Lagi pun makan ice cream kan, kan cepat cair, so kene makan laju-laju. Hmmm dapnye dapnye!

Sebenarnya time kelas Chess lah, pergi google gambar ice cream tu sebab nak tau harga. I dgn Tia mmg dah lama teringin nak mkn ice cream dgn chocolate tu. It is call Häagen-Dazs Indulgence Fondue. Selalu tengok gambar orang lain je. Ice cream dia pernah lah makan, but not yet this fondue. The price is RM66. So time tu kita org fikir, kalau pergi jap lagi dgn Nadia and Khalid, okay lah kan sekepala dlm RM16.50. So semangatlah google nearest location of Häagen-Dazs. Haa paling dkt dr Shah Alam is AEON Bukit Tinggi.

Semangatlah lepas lunch, terus pergi AEON tu semata-mata nak makan ice cream. Discuss kerja dekat sana. Häagen-Dazs AEON Bukit Tinggi ni, staff staff semua baik-baik, polite. Cuma kalau nak makan fondue ni terpaksa tunggu lama sikit sebab bekas fondue tu limited. Jadi kalau ramai  orang, terpaksa tunggu orang lain makan dulu, baru dapat guna bekas fondue tu. Ice cream lain okay je, laju je dia serve :) Haa lagi satu yg tak best just aircond tak ada. I mean, tak sure rosak ke apa. Panas amat. Okay jom tgk fondue tu macam mana rupa dia.


Häagen-Dazs Indulgence Fondue


I dgn Tia, Khalid dgn Nadia. Khalid tgh masyuk, jadi dia belanja kitaorg hari tu! Yeayyyy! Thank you :)
Menu dia comel warna pink. Haa sampai dah Fondue kte org akhirnya. 


Ada buah-buahan utk dip kan dalam chocolate tu.
Dan 4 jenis ice cream (total 16 mini scoops) yg memang sedap-sedap semuanya.


Ada chocolate chips and brownies as well. Chocolate tu, kalau tak cukup boleh tambah dgn charge RM5.
4 different flavors of mini scoops are - Belgian Chocolate, Strawberry, Cookies & Cream, Vanilla


Kalau nak rasa, bolehlah pergi ramai-ramai dalam 3-4 orang jugak. Kalau kongsi, taklah mahal sgt. Chocolate dia mmg sedap, ice cream pun mmg semua sedap sangat. Boleh tengok dekat laman web Häagen-Dazs (clickable) kalau nak cari lokasi kedai paling hampir. :)

Looking forward to eat this fondue again next time! Till then, have a good day!


May 13, 2013

Buah ciku, Buah Nona dan Laksa

Assalammualaikum :)

Buah Ciku, Buah Nona dan Laksa.


Dua tiga hari ni, sy penat dan mengantuk dan busy sangat. Yes, walaupun busy sempat juga scroll homepage facebook dan like gambar serta status kawan-kawan. Update gambar di Instagram dan Facebook. Tapi betul, mmg mengantuk gila lah sejak kebelakangan ni. Sampaikan ada hari test, nak study ni... Bangun 4:30 pagi, basuh muka dah, (Basuh muka dah tau), study dalam 20 minit, terus tidur balik. Mengantuknyaaa. Selama ni bangun tak payah basuh muka pun, boleh je segar study dan buat kerja. 

Semlm, walaupun Ahad, sy dah keluar rumah seawal jam 8 pagi dan drive sejauh 45km ke UiTM Shah Alam di saat orang lain sedap tidur. Yes, tidur tu sedap. Sejak sambung degree baru sedar nikmat tidur. Kalau diploma dulu ada masa untuk main-main lagi, jadi kalau ada masa free pun pergi jalan dan makan-makan dengan kawan. Tp sejak degree ni, kalau ada masa free 1 hari je pun, memang yg lain tolak tepilah. Tidur dan rehat puas-puas. 

Sampai UiTM, habis kelab Chess (Koko) dah tengah hari. Untuk pertama kali, pergi makan beramai-ramai ahli kelas Chess. First time kot. Padahal tinggal berapa minggu je lagi sama-sama. Sem depan dah tak ada koko. Habis lunch, rushing utk group assignment - janji 3:00pm. Terus berkumpul, makan, dan shooting sampai hampir 1:00am. Sekejap je, dah masuk hari Isnin. Tapi tak pe, enjoy dengan kawan-kawan. Hilang penat. Thank you Khalid sebab belanja kitaorang. Budak tgh masyuk. Hehe.

Tidur malam tadi 2:00pagi. Set jam 3:30 pagi, tutup. 4:30 pagi, tutup lagi. Begitulah juga 5:30 pagi. Akhirnya subuh baru bangun dan sambung buat kerja. Nasib baiklah Isnin kelas mula tengah hari. Siapkan kerja, terus rushing ke UiTM lagi... straight kelas sampai malam. Habis jam 9:00 malam tadi. Sampai rumah lambat sikit hari ni, dalam pukul 10:00 malam sebab traffic jammed dkt Subang semata-mata ada kereta rosak di line kanan sekali. 

Sampai, dengan mengantuknya, dengan penatnya, tak mampu nak bercakap dah. Duduk meniarap atas katil mama abah. Memang biasanya mcm tu, setiap hari balik dari kelas, mesti jumpa mama abah dulu utk bgtau yg sy dah sampai rumah. Selalunya hari Isnin malam, sy mmg tak makan dkt rumah sebab balik dah malam. Tp hari ni mama masak laksa Penang. Sy mmg hantu laksa Penang sejak setahun dua ni. Mungkin selera berubah sebab peredaran usia? HAHA. Jadi penat-penat pun, terasa nak makan.

Mama yang sibuk dengan kerja sekolah pun terus bangun siapkan laksa utk anak dia ni. Abah pun, terus potong buah ciku dgn buah nona utk anak dia. Terharu sangat... Walaupun tak ada apa. Tapi tetap terharu. Nak cakap depan-depan, segan pulak sebab hari ni diam je. Jadi sini, Aqilah nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab sediakan makanan walaupun hari ni Aqilah diam je. Sorry eh mama abah, penat sangat, mengantuk sangat. Tapi, terharu sangat dengan mama abah. Terima kasih mama, terima kasih abah. I love both of you so much :)


May 10, 2013

Instagram - Qilalaland

Assalammualaikum :)

Sekarang ni, dah tinggal kurang 50% je lagi utk tamat semester ketiga. Maksudnya, semakin banyak kerja, semakin kurang hari cuti, dan semakin kurang tidur. Fuhhh sem tiga ni, erm, teori dan projek dah sama banyak. Maksudnya, ada event, recording lagi, ada research jugak, test lagi, Huwaaa. Mcm mana korang korang kakak-kakak, abang-abang ni dah lepas dengan jayanya degree ni ha? Degree baru. FYI, Degree Masscomm ni bukan kacang goreng yg korang selalu dengar tau. Jgn pandang sebelah mata.

Doalah kita berjaya. Kita dgn kawan-kawan kita. Sobsss. Sesak nafas sem nih. Tapi insya Allah, kuat dengan berkat doa mama abah yg tak putus-putus doakan :')

Panjang pulak. Sebenarnya nak cakap dah ada Instagram je. Hewhewhew.



Boleh click ---> Qilalaland.


Kenapa Qilalaland? Sebab Qilala dah ada orang. Qilalala pun ada. Pastu alang-alang Qilalaland. Qila, a part of my name, and La la land tu kan macam 'in the world of fantasy'. It's a bout dream. Yes, you boleh google La La land kalau tak pernah dengar term tu. :) So gabung je terus Qilalaland. Senang. Hee.

Motif promote instagram? Taklahhh, bukan retis mahupun superstar. Yang kita follow pun kawan-kawan sendiri dengan Schaaa kesayangan kita and Nabila Huda baru. Hikkks. *Gedik* Cuma kekangan masa ni, jaranglah update blog sikit, hari cuti yang ada kelapangan boleh lah nak berceloteh. Jadi, dekat instagram ni senang sikit update, walaupun majoriti gambar kucing dengan makanan je T___T 

Okay itu je as for now, happy weekends utk siapa siapa yg cuti tuh. Untunglahhh. Haha. Esok je free, Ahad ada Chess & siapkan group assignment dkt faculty nanti. Till then, take care people!


May 6, 2013

My new HTC Butterfly

Assalammualaikum :)

Hello people! It's been a while kan. Well this is short, I'm just happy that.... jeng jeng jeng... I manage to get a new phone! Yeay! After all these years. Cehhh mcm lama sgt pdhal baru dua tahun. But, seriously tak mampu dah bertahan dengan BB Torch itu. Walaupun itu hasil duit gaji sendiri.

Dan ini jugak secara tiba-tiba dipercepatkan pembelian. Kalau ikut yg dirancang, lambat 4 minggu lagi. Hehe. Terima kasih kpd mama dengan abah! Alhamdulilah, rezeki :D Setelah berfikir panjang lebar, dan buat perbandingan melalui pelbagai medium, fikir lagi berjam-jam time nak beli, akhirnya, HTC Butterfly ini yang terpilih. Pilihan lain termasuklah HTC one, Samsung Note 2, Samsung S4 atau Sony Xperia Z.

So here it is. My new HTC Butterfly - 4th May 2013 !


Thank you mama dgn abah sebab sudi berkongsi bahagian. 
Hehe. Ini tambah hasil duit sendiri jugak tau!


So far I am happy with it, worth every cent spent. Instagram semua dah ada. Hehe. Graphic best, applications pun best, size, display, screen semua best. I love it so much! dulu pun love at first sight kannn. Puas hati sangat sangat. Hopefully, we will suit each other best. Aminnn.

And before I go, here's a little preview of HTC homescreen: