Apr 19, 2013

Day 1 - Changi Airport & Orchard Road, Singapore

Assalammualaikum :)

Yeay hari ni start cuti mid sem seminggu! Yeay! Walaupun seminggu je, tapi bermakna sbb banyak gila kerja, so dear me, please please please do your homework! Jadi, sebab ada masa lebih sikit ni, haa bolehlah cerita pasal trip ke Singapore bulan 1 hari tu. Perghhh dah 3 bulan lepas punya cerita. Tak kisahlah, still, it was the best day of my 2013, setakat ni. Today, cerita hari pertama dulu okay! :)

Trip ke Singapore ni sebenarnya agak last minute. About 2 months before kot, tiba-tiba je mama yang ajak. Yes you heard me, mama ajak ke USS. Kami ke Singapore ni pun memang tujuan utamanya nak ke USS lah! - Universal Studios Singapore. Waktu booking ticket flight tu, I was really busy with my final exam preparation. So, macam tak ada rasa excited lansung. Zero. But then, bila masuk je USS, pergh sumpah tak berhenti senyum the whole day! Happy gila gila gila. Itu akan diceritakan esok - hari ke 2!


Untuk pertama kalinya naik flight Tiger Airways. Quite similar to Air Asia. 
KL - Singapore took about 70 minutes. Tapi tak silap, dalam sejam dah sampai.


Biasalah bila ke luar negara, ada borang perlu diisi. Our details, duduk mana, berapa hari dekat sini.
Ohhh ini Aban, suami Kma, my cousin. 


At Changi Airport, Singapore. Aban, Mama, and kak Sally. Kak sally, my cousin as well.


Haaa. From left, kak sally & her husband. Mama and abah. Me me me!


This is us, without me. 7 orang semuanya. Waktu ni tengah tunggu transport nak ke hotel. 
From left : Aban, Kma, Abah, Mama, Kak Sally, Husband Kak Sally


I love the concept of indoor garden at the airport :)


Shutter bus sampai! Selesa. Sebab hanya family kami sahaja. Harga 9SGD / per head = RM22.50 sehala.


See, selesa. 1 seat sorang. Siap dgn seat belt lagi haa. Luasss. Sukaaaa.


Sooo, dah penat berjalan seharian, check in hotel dulu. Lunch, solat dan rehat jap.


Kami duduk di Geylang. Dekat sini ada stesen MRT yang dekat jugak. Senang berjalan.
Dalam 15-20 minit berjalan kaki. Sini jalan kaki seronok, sebab semua pemandu bagi jalan. Good!


Sampai stesen MRT, haa silalah tengok information board dengan hati-hati. Sebab dia ada banyak lane.
Dan sangat banyak stations. So, pilihlah dan ikutlah hentian-hentian dia.


Don't you worry child. Lengkap haa bahasa semua ada. Malay, English, Chinese and Tamil. 


Tiket train dia dalam 1SGD - 3SGD atau lebih jugak. Dalam RM2.50 - RM7.50 sehala. 
Jadi sila pastikan bawa duit secukupnya. Ini tiket kami! Jom ke Orchard Road! 


Haa sini MRT station sentiasa full. Sebab kalau org kita kan macam sikit je guna LRT kan, mostly orang berkerja je kan. Sini, macam ramai gila-gila guna MRT. Seriously ramai gila. Mari beratur!


Lebih kurang macam dlm LRT kita, cuma sini lagi canggih dan panjanggg, dan laju gila gila gila.
Laju MRT ni macam KLIA Express. Panjang dia memang panjang lah since it's MRT. Kita LRT.


Sampai dah Orchard Road haa. Sini macam the center of the city. Macam kawasan KLCC, Bukit Bintang, Pavilion kita lah. Sangat sangat ramai orang. Macam semut berjalan. Sini penuh dengan shopping malls.


Mostly brand-brand dia, semua ada dkt Malaysia juga. Samaaa. Cuma ada juga yg dkt sini ada, dekat Malaysia tak ada. Pilihlah mana-mana yang berkenan nak masuk. 


Zoom in sikit. Siap lampu ha dekat tangga dia.


Interior design of one of the shopping mall. Nice right?


Keluar je dah malam. Huhu. Sekejap je dah malam!


On the way balik hotel, ternampak ini. Aherherher.


Habis macam tu je hari pertama. Memang penat juga berjalan satu hari ni. Nanti update hari kedua pulak, hari paling besttt sekali. Best gila gila gila. Hehe. Hari kedua ni lah baru ke USS :) Bahagianyaaa!!!

So far, untuk hari pertama ni, kami nampak dekat sini sangat amat banyak CCTV. The whole town memang ada CCTV everywhere. You heard me. Kalau dekat sini kan, dkt kaunter LRT contohnya, ada 1 je kan. Dekat sana, memang 5 terus. And memang ada je mana-mana. And sini, sangatlah bersih. Sampah susah nak cari. Dan pemandu dia semua memang akan bagi jalan kepada kita yang jalan kaki. Yang lain just barang dia mahal, Maggie goreng pun RM15. Hukkk. Okay, till then! Good night :)


3 comments:

Halida Idrus said...

Rindu Singapore. Dah lama sangat tak masuk wpon berduyun sedara mara kat sana.

Anonymous said...

Ha...dah lama tunggu cerita ni...dan akhirnya....

Aqilah Amin said...

A'ah lah halida. Mcm dah lama je halida tak pergi sana...

Haha. Sabor eh mama.