Mar 31, 2013

Recent updates of week 4.

Assalammualaikum :)

I am missing my super free, lazy time. But, that does not mean I hate my current routine. No no. Learning is fun. Meeting friends are awesome - they are all crazy. Yup. Mama abah are great, as usual, Alhamdulilah. Kekasih hati pun semakin memahami orangnya. Hee. Blessed. Terima kasih lah semua org yg memahami. Terima kasih banyak banyak! :')

Dah 4 minggu weyh start kelas. Kejapnyaaa! Another 10 weeks, then dah exam =,= Eh jauhnya fikir. Lajuuu bukan main. Tapi betul lah, time exam last semester pun, (January 2013), dah fikir - "Hurm, lagi 5 bulan final exam lagi" Aherherher. Di saat semua org gelabah study utk exam semester tu, kita dah jauh ke depan pulak. Over kau.

Okaylah. See, kalau tulis blog, tak merepek panjang-panjang mesti tak sah. Bila mula bercakap atau menulis mmg susah nak stop. Nampak je pendiam. Yerlahhh, kadang, baik diam lagi bercakap. Kan? Btw, let see apa yang best sejak dua tiga menjak ni...


24 March 2013 - Went to Janda Baik dgn Mama, Abah dan kesayangan. Air, sejuknya. Tenang. 
Then, lunch at Secret Recipe. Alhamdulilahhh, seronok sgt! :)


 27 March 2013 - Hadiah dari Tiaaa! Oh suka gila gila. Hahaha. Mmg suka benda bulat-bulat ni.
Lagipun muka Eeyore ni mmg sgt innocent, sukaaa! Thanks Tia :)


28 March 2013 - Hari mama dan abah balik kampung. Duduk rumah bersama sepupu-sepupu. 
Kita bz dgn kelas. Jadi kucing-kucing ni mmg rasa sunyi bila rumah tak ada mama abah. 
Bila balik rumah, tiba-tiba si gemuk ni melompat laju ke bean bag. Amboi! 


30th March 2013 - Hari ini ke Sogo sekejappp je. Mmg sebab nak beli semua ni - pencuci muka. 
Sebenarnya dah setahun pakai Clarins. Jadi, paling dkt dgn rumah, KLCC atau Sogo.
Pergi Sogo, ramainya org, mcm esok raya. Setelah dikira-kira, pilih Clinique. 

Kenapa Clinique?

1. Allergy tested (Mukaaa allergy sangat-sangat. Kalau tak, dah lama pakai Eversoft je. Serius.)

2. Moisturizer Clarins 50ml - RM180. (Tahan sehingga 5 bulan)
Moisturizer Clinique 125ml - RM170

Nampak tak penjimatan nyataaa dkt situ? Insya Allah tahan 10 bulan - setahun :)

3. Banyak items yg habis SERENTAK. So, banyak items perlu dibeli. Haruslah berkira-kira dan cut cost.


Clarins is a little bit expensive than Clinique. TAPI, perlu tahu ye moisturizer memang lg mahal dari cleanser & toner. Cleanser & Toner Clarins contohnya, RM90... tahan utk setahun ya! Seriously tahan setahun. Berbaloi lah kan? :) Clarins pun sgt sgt sgt best utk kulit kering. Dulu asalnya try Clarins pun sbb kulit kering sgt tiba-tiba. Alhamdulilah, memuaskan.

Clinique pun okay, allergy tested. Dan banyak feedback positive jugak. Paling bestnya kalau shopping dkt Clarins atau Clinique ni, mesti dapat banyak free give! Yeayyy! Dulu pakai Clinique tak sampai setahun, so tak nampak lagi kesan jangka panjang. We will see after this. :) Thank you mama & abah for the presents! Till then, good night & have a great weekends ahead! 


Mar 16, 2013

Mesyuarat besar classmate

Assalamualaikum :)


14th March 2013 - Barra, Seksyen 7 Shah Alam. Love love love!


Muka-muka classmate sepanjang tiga semester di UiTM nihhh. Oh ada juga beberapa orang yg tak dpt join. Dah lama tak makan meja panjang macam ni dgn mereka. Selalunya kalau habis kelas, rushing nak balik, nak elak jammed katanya. Ye lah, kalau kelas habis petang, memang rushing gila nak tempuh Duke, Jalan Duta, NKVE segala bagai. But this sem, most of the class habis malam. Phewww~

Saja share. Kenangan :) Nak share dkt Instagram tunggu beli handphone baru nantilah. Bila? Wa tatau lagi. Ini student tadak PTPTN, tadak MARA, tadak kerja. Jadiii, duit terhad. Doakan dipermudahkan urusan beli handphone baru cepat-cepat ya! Gilaaa tak ada hati dekat handphone yg sedia ada. 

Assignments makin menimbun. Tadak masa nk update blog sgt. Kalau ada masa pun, gunakan dgn family & kucing & org org tersyg. Minggu ni pun straight Sabtu & Ahad ada program UiTM. Sooo, tidur dulu! Esok hendak ke uni lagi, ada ceramah! Astalavista babeh!


Mar 10, 2013

Minggu pertama semester ketiga

Assalammualaikum :)

Huwarghhh weekends akhirnya! Nak habis dah pun. Tskkk. Ahad dah hari ni. Masa semakin laju, sekejap je habis cuti 2 hari weekends neh. Pernah I cakap dkt abah, "Kalau lah boleh ambil masa lapang lepas SPM dulu letak dkt masa hari ni, kan best". Yesss, lepas SPM bapak punya bosannya, lagi-lagi 3 hari lepas SPM terus pindah Sarawak. Tak ada kawan time tu. Bosan gila tak buat apa. Time tu dah lah baru putus cinta. Buka laptop, layan cerita My Heart, nangis sorang emo dalam bilik. Boleh? HAHAHAHA

Sooo, back to the topic, as for this week, subject registration pun dah selesai, Alhamdulilah. Kalau ada, kalaulah ada adik-adik yg baca blog nih, kalau nak masuk UiTM kan, time minggu subject registration, silalah bersedia untuk berebut-rebut subject dgn student lain. Paling parah nak berebut KOKO and subject minor lah. Sila bekerjasama dgn kawan-kawan utk saling ingat-mengingati!


9 subjects - 1 minor, 1 third language, 1 KOKO 


Sem ni, 9 subjects termasuk KOKO. Tambahan third language uolls! German haaa. No 2 itu ya, German Language. Dan akan belajar subject tu utk 3 sem sehinggalah sem 5 nanti. Sem ni, banyak subject yang perlu tulis skrip, skrip radio & TV. Baca berita jugaaa, buat PSA (Public Service Announcement). PSA tu macam yg korang tengok iklan anti-rokok, budi bahasa dkt TV tu, haa PSA la tu. Maknanya di sini, sem ni banyak assignment mingguan. Kita dah ada assignment ni walaupun baru minggu pertamaaa.

And here, I would like to thank youuu semua yang wish goodluck dari hari pertama lagi! Goodluck, selamat belajar, macam-macam lagi. Through whatsapp, comment blog ataupun FB. Thank you so much! Sorry kalau ada terlepas pandang. Thank you jugak Tia sebab hari pertama dah suruh positif jangan malas-malas! Haha. Siap pakai baju ceria lagi 1st day utk menaikkan mood! Insya Allah akan cuba sedaya upaya! Terlalu banyak sokongan akan kecewa kalau tak cuba yang terbaik :') Till then people!


I am so much flattered! 


Mar 5, 2013

Permulaan semester 3

Assalamualaikum :)

Semester 3 sudah pun bermula. I am not so sure about others, but, I really do appreciate this opportunity given to be a student of one of our local universities. Looking forward to be a graduated degree holder of UiTM, insya Allah in 2 years time. Hee, may Allah ease my way.

Hari ini - 5 Mac 2013 genaplah setahun I masuk kelas yg pertama di sini. Genaplah setahun kelam kabut cari kelas dalam Fakulti Komunikasi & Pengajian Media tu. Genaplah setahun berkenalan dengan Tia. Genaplah setahun berjalan berpeluh-peluh mencari jadual, pusat koko, dataran cendekia (DC), menara semualah. Genaplah setahun naik bas UiTM. Heh. Lucuuu. Genaplah setahun juga belajar untuk daftar kelas secara online. Oh penting juga ni, genaplah setahun parking kereta di carpark sesak tu. :P

Alhamdulilah. Jumpa kawan yang baik. Tonton drama pelbagai ragam manusia secara percuma. Belajar tolak kereta dengan segala kudrat yang ada di tempat letak kereta. Belajar mendalami media. Jauh bezanya Diploma Penyiaran dengan Ijazah Penyiaran. Seolah-olah kosong, budak baru belajar walaupun asasnya sama. Luas sungguh kalau hendak dihitung ilmu. Alhamdulilah, I made it through the 1st year :')

Bulan Januari & Februari, banyak post blog dengan tajuk bilangan hari. Contohnya : Day 19 - Voucher Buku 1M & Kad Siswa Pelajar dan juga Day 29 - Penuh rasa syukur. Itu semua menghitung hari cuti, untuk tgk I manfaatkan tak cuti 45 hari bermula 19 Januari 2013 - 3 Mac 2013. Hehe. It was greattt! Alhamdulilah. Not a single day has been wasted.

Tamat sudah 45 hari. Hari ni dah pun hari kedua semester ketiga. And, currently preparing myself for this new semester! Physically and mentally. Wish me luck ppl! Till then ;)


3 notebooks for 9 subjects. And bookmarks! Thank you abahhh! :)


Mar 2, 2013

Day 44 - Baking during holidays

Assalamualaikum :)

Awop tahu tak, ini adalah weekends terakhir sy cuti. Pas nih sekolah dah! Sungguh lah I tak percaya, cepatnya 6 minggu ni berlalu. Habis dah cuti I. Anddd, cuti kali ni, I sempat baking & masak beberapa cakes & dessert. Hee. Orang lain sebaya I dah berkoyan-koyan masak (I know, I know).

I sempat cuba 2 resepi baru. Which are Marbled Cream Cheese Brownies & Carrot Cake with Cream Cheese. 2 lagi resepi, Puding Karamel & Puding Berkuah tu, resepi sifu terhebat I lah - Mama :)

Dan untuk hari ke 44 cuti ini, which is today, I sempat try buat Carrot Cake with Cream Cheese. Sambil tu Mama buat Puding Karamel, kiranya hari ni kalau buka peti ais, boleh sengih gosok perut sebab ada 2 makanan best! Haha. Senonoh sangat perangai kan kan. Kalau nanti ada anak, masa anak kecil, mesti dia suka main buka tutup peti ais. Bila dia buat macam tu nanti, boleh join sekali :P


Inilah antara menu-menu yang I sempat masak cuti ni. *wink wink*

Day 25 - Marbled Cream Cheese Brownies
Day 27 - Puding Berkuah (Fruit Cocktail)
 Day 32 - Puding Karamel (Gula Hangus)
Day 44 - Carrot Cake w Cream Cheese 


Memang seronok sangat bila masak resepi baru terus jadi, sedapnyaaa! Seronok sebab tengok family makan & seronok jugak sebab at least kita tau resepi tu menjadi. Hee. Walaupun banyak lagi tips-tips dan petua-petua yang perlu ditambah, well, one step at a time. At least, I tried :)

Looking forward to try something new later on! Teringin nak buat Cheese cake or Red Velvet juga nanti. Insya Allah. Till then people. Remember, anyone can cook - Ratatouille.