Feb 25, 2013

Day 39 - Sepetang bersama Sugar & Pepper

Assalammualaikum :)

Hallu people! Selamat hari Isnin! Hari ini hari malas, tak berapa produktif sebab cuaca yang mendung dan hujan petang-petang ni.Tapi berpeluh-peluh jugak bila kita spend masa dengan dua ekor makhluk comel. Jeng jeng jeng... Presenting Sugar & Pepper! Intan payung, permata hati, labuci baju blink blink semua lah. Ahhh, memang penambah seri rumah! Semakin ceria sejak ada mereka, sangat :')

Alhamdulilah, dah 3 tahun mereka dengan family I. Dan 3 tahun jugaklah umur mereka berdua. Pepper tua sebulan. Tapi Sugar lagi gedempol sebab Sugar kuat tidur, Pepper ni macam vampire, susah bebenor nak tidur. Tapi Pepper memang lg kuat makan dibandingkan dengan Sugar tau. Cuma memang kurus.


Sugar & Pepper adalah kucing jantan... Tapi mereka hidup bersama dengan baik!
Sugar memang friendly dengan semua kucing. Pepper pula memang pendiam. 


 Belakang itu Pepper, Depan ini Sugar. 
Sugar & Pepper adalah kucing biasa + exotic short hair - Doktor yang bagitau tau...

Sebab itulah hidung mereka tak mancung sangat macam kucing kampung biasa, dan taklah kemek macam kucing exotic biasa. Dan sebab tu bulunya lebat, gebu, walaupun tak sekembang kucing exotic biasa.


Pepper - Si pemalu, manja, setia, dan mengadaaa! Sangat lembut dalam melentur badan. 

Dia baik. Dia diam je... Dia terkurung mana-mana pun, kalau dari malam, sampailah esoknya tu dia diam je sampai kita jumpa dia. Adoiii. Mama panggil Pak Misai. Haha. Suka curi-curi makan pokok mama! Setia, dia akan tunggu dekat pintu rumah setiap kali kita balik rumah. Pandai niii, nampak je innocent habis. Memang alim-alim kucing. Makan macam tiada hari esok, walaupun kurus aje. Sangat suka dibelai.


Sugar - Si ceria, aktif, nakal dan bijak! Sangat kuat tidur, macam-macam gaya tidur adaaa!

Sugar ni memang kuat tidur, kuat sangat. Tapi makan sikit... Dan sangat nakal! Walaupun dia gemuk gedempol macam tu kan, dia aktif gila. Pagi-pagi dia akan melompat sana sini, lari sana sini, walaupun dah 6KG badan tu. Aherherher. Dia ikut mood, kalau dia nak manja, dia datanglah dkt kita. Kalau tak, panggil-panggil pun dia buat taktau je... Kuat semangat, jatuh dari tingkat 3, masih kuat, Alhamdulilah :')


I berharap and berdoaaa, mereka dipanjangkan umur. At least sampai I kahwin boleh? Nak masuk dalam wedding potrait. Sungguh ni... Huu. Siapa tak sayang kucing kan? Sayanggg sangat! Wuu wuu.

Sugar, Pepper, harapnya kalian bahagia di samping kami sekeluarga walaupun selalu dibuli. Okbaiii! 


9 comments:

Mizznadeiya said...

Tak exotic pun takpa sebab tu pun dah comel habis!!

Ambuihhh pepper, makan macam tiada hari esok ye?

Sugar ni mesti best peluk kan sebab badan mantap! Hehe

Aqilah Amin said...

Haha, kucing sebenarnya semuaaa pun comel! Ha'ah pepper makan mcm esk tadak org nk bg mkn. Sugar mmg selalu dipeluk wlpun dia tak suka digomol. Haha

miss fluffy said...

geramnya tgk!!gemuk2 lak..hihi comel>,<

anis_zafirah said...

mcm kucing sy jgak..comey ^_^

Syahirah Nabilah said...

Comelnye kucing akk..hihihi ^_^

Aqilah Amin said...

Miss Fluffy : Hee. Bila peluk best!

Anis : Haha. Semua kucing comel kan!

Syahirah : Hee. Comellll :)

: : l e e x a h r e n : : said...

whoaa!!cute nyep meows !! haha .. rasa cam nak peluk2 jep .. hehe

Aqilah Amin said...

Hee. Cuteee, ngade semua lah! Best pelukkk :)

anis_zafirah said...

Yup..sume kucing comey...diorang pandai bt cute..hehe