Feb 15, 2013

Day 28 - Kisah lucu puding berkuah

Assalamualaikum :)

Beberapa hari ni, memang kerap memasak kek dan puding. Kerap belek resepi. Puding tu dah pernah buat beberapa kali, cumanya kalau hari ada kelas memang tak sempat lah oi. Tidur pun tak sempat, Sugar dengan Pepper pun murung je tak dilayan, ini kan nak buat puding. Minta maaf eh.

Tapi bila kekerapan memasak tu tinggi sikit minggu ni, semua penghuni rumah ni terkejut beruk. Boleh tak boleh tak? (sila menangis) Seolah-olah diri ini tak pernah masak, tahu. Sobsss.

Kisah Puding berkuah (fruit cocktail)


Puding berkuah resepi turun - temurun keluarga. Hehe.


Puding ini di buat semasa abah dan mama tiada di rumah. Bekerja. Sudah tentu. (Sebenarnya memang suka buat kerja bila tak ada orang. Cth - semua tidur, semua keluar, etc)

Lewat petang, abah ketuk pintu bilik. Dengan muka tak boleh blah abah tanya...


Abah   :   Puding mama buat tu, mama letak mana kuah dia? (Muka penat mencari kuah)

Saya  :   Puding mama buat? (Muka nak gelak + muka geram)

Abah   :   Haa, puding mama buat tu, mana kuah dia? (Muka sama)

Saya   :   Puding tu qilah buatlah! (Sambil senyum bangga)

Abah   :   Oh patutlah tak ada kuah... (Muka bertambah tak boleh blahhh)

Saya   :   Abah! Kuah adalah qilah simpan dekat atas sebab tadi panas lagi! Eeeeee abah ni! 
Ingat orang tak boleh buat puding ada kuah ke?
(Sambil melompat kegeraman + ketawa)


Kelakar dan sakit mental bila abah cakap macam tu! Grrr. Apa kita tak boleh buat ka puding berkuah? Amboiii. Haha. Macam kita tak pernah buat pulak. Ye lah setahun sekali kan. Haha. Lawak gila. Kejadian ini disaksikan oleh sepupu yg ada di rumah - Kma dan Faris. Habis semua gelak. 

Abah punya dialog dengan reaksi muka memang best-best semuanya. Haha.


2 comments:

Mizznadeiya said...

Qila, saya suka makan puding apatah lagi puding camni. nanti share resepi naa :) TQ

Aqilah Amin said...

Atyn! boleh :) Next post ttg result, then resepi puding insya Allah, dlm masa terdekat ni. Welcome!