Feb 16, 2013

Day 29 - Penuh rasa syukur

Assalamualaikum :)

Sepanjang cuti ni. Rasanya tak ada mulut I ni kepoh cakap pasal result sangat. Memang malas nak fikirlah senang cerita. Bukan malas cuak, malas yang tak nak fikir dah. Noktah. Dalam tak berfikir tentang result ni, sempat lagi Sabtu lepas, 9hb Feb mimpi tentang result. Dapat tengok awal kononnya - 2.47. Bangun pagi, teringat angka-angka tersebut. Dalam hati - Tolonglah lebih 3.00. Tolonglah.

Keputusan dah ada, tak ada guna merintih. Cuma tunggu masa untuk diagihkan kepada pelajar. Tawakal.

Semester 1, dapat tahu result jam 5:00pagi. Jadi, tidurlah dulu. Tak kuasa menunggu, terseksa jiwa raga. Tidur lena, tiba-tiba waktu berguling guling atas katil, terjaga jam 4:00 pagi. Saja belek-belek HP, kot-kot ada. Eh sekali ada dah email jam 2:25am lagi! Uishhh dari mamai tak boleh buka mata tu terus bangun, terus duduk bersila atas katil. Scroll melalui HP, terus tengok killer subject - Marketing Communication. Mata bertambah segar, tak percaya dapat B+. Sungguh, hanya mampu berdoa untuk lulus subject tu. Alhamdulilah. Terus laju air mata mengalir.

Kemudian baru tengok all the other subjects, and Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Ahh sungguh terasa kerdil, sangat. Terharu sangat. Sebak sangat. Bersyukur tak usah cakap. Tak pernah menangis seinsaf itu rasanya untuk sebuah rezeki yang amat berharga. Malu, malu dengan Allah. Aku yg kadang lalai ini pun diberikan peluang ini, rezeki ini. Saat itu memang, memang, terasa keajaiban yang terindah. Alhamdulilah.


Alhamdulilah, turun 0.04, tapi masih rezeki DL lagi *Sobsss* :') 
Sungguh, jujur, ini di luar jangkaan. Jauh sekali. 


Terusss jam 4 pagi tu berlari dalam gelap ke bilik mama dan abah, terus duduk di tengah katil.


Saya : Mamaaaa. Abahhhh. (dengan menangis nya lagi)

Mama abah : (Serentak bangun dan menggelabah terus tengok I menangis) Kenapa ni kenapa ni?

Mama : Kakak mimpi siapa pulak meninggal ni?

Saya : T_____T  Result lah mama. Huhu.


Ini pun lawak antarabangsa ni sebab memang selalunya kalau I mimpi bukan-bukan, I mimpi mama meninggal, I mimpi kucing I meninggal, memang I akan menangis dalam tidur sampai terjaga. Dan selalunya pergi ke bilik mama abah sambil menangis. Manja, I tau.

Alhamdulilah. Dalam mamai-mamai tu pun mama dan abah sempat peluk dan cakap tahniah. I dah remind awal-awal banyak kali dah yg this sem, tak janji utk DL lg. Sebab mmg sgtlah toughnya sem ni. Sebulan terakhir sebelum exam blh ckp hari-hari balik malam. 10pm-11pm nak drive Shah Alam - Setiawangsa plak.

Macam yg boleh dilihat dari gambar di atas, 2 subjek teratas yg dapat B+ termasuklah killer subject tu, Marketing Communication. Ya Allah I am more than blessed. Bersyukur teramat sangat. Alhamdulilah. Bertambah happy sgt sgt sebab kawan sekepala, Tia, pun dapat DL kali ni! Alhamdulilah, so happy for you! Congrats dear! ;')

6 subjects yg lain, dpt A dgn A- termasuklah Kelab Chess. Hehe. Takde A+ sem ni. Tapi, jujur teramat-amat sangat, result seadanya ini lebih dari apa yang I jangka, apa yg I harap. Alhamdulilah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih sangat sangat sangat :') Alhamdulilah, dapat memberi hadiah berharga buat mama dan abah utk kali kedua. 

Alhamdulilah. Ini semua berkat doa mama abah, dan kalian. Dengan serendah hati, terima kasih atas segala doa dan kepercayaan. Tolong doakan kejayaan I untuk 4 sem yang akan datang! :)


7 comments:

Mizznadeiya said...

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas sem lepas, akhirnya berbuah jugak hasil

Tahniah QIla :D

Aqilah Amin said...

Alhamdulilah :') Thank you fatyn.

Atika Azumi said...

congratulations !!!

Aqilah Amin said...

Thank you so much Atika! :)

Anonymous said...

Tahniah Aqilah...Insha ALLAH setimpal dengan usaha.....mama faham sangat betapa tensionnya hidup bELAJAR NI....tapi ada kemanisannya....Kami berdua sentiasa berdoa untuk kejayaan anak Mama di dunia dan akhirat...Teruskan usaha...jangan letih belajar ya.....nikmatnya akan dikecap sepanjang usia kita....Kalau boleh kekalkan keputusan ini ya...

~lyssa~ said...

qila, congratulations!! :)

Aqilah Amin said...

Mama, thank you. Insya Allah cuba lagi, teruskan berdoa utk qlaaa :)

Thank you lyssa!