Feb 7, 2013

Day 19 - Voucher buku 1M & Kad Siswa Pelajar

Assalamualaikum :)

Semalam keluar lagi, tapi dengan matlamat yang jelas dan padu!  Ditemani Tia, kami bergerak ke Shah Alam semata-mata nak ambil voucher buku 1 Malaysia. Wahhh kali ni naik lagi RM50, jadi RM250. Tahun lepas RM200, tahun ni RM250. Alhamdulilah, berkesempatan merasa rezeki sejak jadi pelajar.

Pergi- pergi je, kosong gila, haha, seronoknya tak payah beratur! Ye lah cuti sem kan, manalah ada student sangat. Sampai-sampai je terus bagi kad pelajar dengan kad pengenalan. Ini wajib ada ye!

Time dah ambil voucher tu, akak dekat office tu tanya, "Dah ambil kad siswa?" Belum! Sebab dari semester lepas, ramai cakap belum boleh ambil lah, jauh lah, sebab dekat Menara. Sekarang kad siswa dah diagihkan di unit kewangan berdekatan semua fakulti. So, boleh lah ambil terus!

Penting : Tulis nama penuh sebiji macam dalam kad pengenalan. BINTI tu penting. Sebab ada kedai yang tak terima kalau tulis BT tapi dalam IC tulis BINTI.


Yeay! Dapat ambil dua-dua sekaligus. Jangan lupa bawa IC dan student card!
Kali ni siap dengan sampul macam duit raya, dan ada ucapan dari PM lagi haaa.


Sekejap je settle! Terus ambil gambar macam masuk surat khabar kan! Hahaha
Eloklah Tia dengan Qla sama pakai selipar. Kalau kelas, harapannn. Jarang2. Beretika gitu.


Dalam otak, memang dah aim beberapa buah buku yang mahal, macam segan-segan nak guna duit sendiri. Hukkk. So teruslah dari Shah Alam, ajak Tia ke MPH di JJ Wangsa Maju. Malas nak pergi yang jauh-jauh sebab semalam jammed. Jadi pergi yang dekat area rumah je.

Berjam-jam jugak haa beli buku je pun. Siap duduk bersila. Sebab, voucher tu memang banyak RM250. Tapi buku kan mahal-mahal, jadi perlu fikir masak-masak! Buku yang ada potensi jumpa dekat Big Bad Wolf tak payah beli, beli dekat sana lagi jimat :)


Beli terus buku! Kita ada cameraman semalam. Hee :P
Thanks Tia teman semalam :)


MPH yang kecik tu pun berjam-jam duk dalam, kalau yang besar macam dekat Mid tu lagi dahsyat lah. Tapi semalam je dah habis RM150. Tapi berbaloilah utk 5 buah buku :)

Yang lagi bestnya, Kad Siswa Pelajar tu boleh guna juga di MPH! Semua items termasuk semua buku, dan stationery dapat lagi 10% off tau! Jadi time nak bayar tu, dah buat kira-kira, tak cukup lg RM150 rupanya. Tambah 2 highlighter, jadilah RM150.60. Baki 60 sen tu tambah lah sendiri ye!

Kemudian, minum sekejap di Old Town, terus balik rumah sebab ada orang tu rushing nak tengok Setia Hujung Nyawa. =,= That's all for now, jangan lupa manfaatkan voucher tu sebaiknya!


4 comments:

Atika Azumi said...

bestnyaaaa ~ me jelly T_T

tiafazunia said...

Hikhik! Klu dah gila 1 cerita mana boleh tggl! Weeeeee!

Mizznadeiya said...

bestnya! Fatin kalau boleh nak beli printer. Harap sangat ada kedai yang terima voucher tu kalau tak, tak tau la nak beli buku apa. Beli buku teks jela

Aqilah Amin said...

Atika : Hee. Best! Alahhh takpe, nanti big bad wolf borong lg. Hehe :)

Tia : Hahaha. Thank u sesgt tau teman! Hee. :D

Atyn : Haa kene cari jugak tu kedai yg kasi beli printer. Kalau tak, btol, beli buku kelas lagi nanti. Tskk.