Feb 23, 2013

Buku biodata dolu-dolu - Form 4 & Form 5 (Part 2)

Assalamualaikum :)

Selamat pagi Sabtuuu! Kelmarin I dah cerita Part 1 - Cikgu & D12 girlfriends, so hari ni cerita tentang classmate kita dan junior. Waktu dkt MRSM dulu, form 4 dgn form 5 kelas sama je. Takde turun naik setiap tahun macam sekolah biasa tu. Time form 5 ni, Alhamdulilah semua dah boleh bergaul baik punyaaa, mcm acuan tepung bercampur dgn butter, telur, dan sebati menjadi gebu. Hee.

Juniors pula yg I kenal selalunya yang muda setahun je. Tak kenal yang form 1 or form 2. And mmg selalu lepak dengan dia orang juga especially dekat surau, time tunggu solat berjemaah, itu je lah pun chance kita orang nak jumpa. And malam minggu di bilik-bilik tertentu. Bila ada yang tanya soalan add math, fuhhh berpeluh I. Nasib ah yg dia tanya tu I dpt jawab betul. :P


Part 2 = My classmates, juniors & few other people. 


(click picture to enlarge)

Classmate I ramai buat guna pensel dan pen hitam atau biru. TAPI I sukaaa sgt bila ramai yang put so much effort utk curi masa and tulis dalam buku ni. Masa itu emas okay di asrama zaman sekolah. And paling suka bila ada yang buat ayat essay panjang bukan main. Kalau baca, tersenyum je :)

Dari kiri atas = Zai, Zaidi, Hasmah, Syuhada, Arinie, Wanie, Amal, Raihan, Wafi


(click picture to enlarge)

Dannn, tak kurang juga yang buat lawa-lawaaaa bukan main ha. Hee. I jujurnya tak de lah I ngada cakap "Korang buat lawa-lawa tau" - NO NO. Sebab memang tak de masa. But still, ohhh, flattered. :')

Dari kiri atas = Fatin Isma, Hafish, Syafiqah, Mirah & Yana, Farah, 
Dari kiri bawah = Atikah, Ain, Syue, Acap


 (click picture to enlarge)

Ada siap tulis lagu lagi, Zuki & Syafiqah. Hee. Comel sangat korang nih!  Dannn belah kanan siap dengan sajak versi football! Thank you acap, nice one dude. 


(click picture to enlarge)

Haaaa, ini paling best ni. Ini dibuat oleh kawan I yg pemalu sikit, tapi kelakar, muka slumber, Nik Aira. I panggil Nik je. Nik buat skrip bahasa Kelantan 1 page korang tau tak. Ini sampai sekarang kalau I baca I gelak. Seriously, creative gilaaa! Thanks Nik syg! :)

"Aku kenal kenal mu bukannyo lamo tp aku raso beh ngat dpt kawan macam mu... ceria, sporting, baik, n.......... mu gak mudah mesra nga ore.. I love u very very very much" - Nik 

I love u tooooooo! :')


 (click picture to enlarge)

Sekejap je dah 7 tahun. Mestilah ada yang dah kahwin. :)

Dari kiri = Azrina (10 Februari 2013)
Nadia Izzah (25 Ogos 2012)
Atikah (2 Februari 2012)


(click picture to enlarge)

Dan ada yang dah meninggal :'((( Al-Fatihah Arwah Nawawi. (Ketua kelas)

Sedih. Arwah pergi tiba-tiba. Mengejutkan semua orang. Baik dan comel sangat orangnya, pandai sudah tentu. Moga Arwah tenang di sana...


(click picture to enlarge)

Habis sudah classmate, ini lah juniors kitaaa yang rajin-rajinnya adik-adik! Dalam 8 orang yang sempat tulis. Mereka ni mostly satu geng. Tapi ada je yang masuk dgn semua orang :) Ini memang semua sekepala lah dulu. Cuma ada perkataan 'kak' je depan nama kita orang. Yang lain semua sama je. Haha.

Dari kiri atas : Nadya, Fara, Mieza, Azzu, Peep, Naquiah, Dlin, Fara. 


(click picture to enlarge)

Dannn 2 orang terakhir ni, roommate Sherry (D12) sebenarnya. Tapi selalu pergi bilik Sherry, jadi walaupun tak sekelas, selalu lepak dengan Nasz dan Emmy ni. Hee. Comel je kan!


Alhamdulilah. Walaupun dulu dkt asrama nangis nak keluar aje.,. (HAHA), but Alhamdulilah. Ramai kawan sehidup semati yang I jumpa dkt sana, especially D12 girlfriends. We've been through a lot. Yeah u have no ideaaa. Haha. Bittersweet! Oh rindu plak aih. And and sebab I masuk asrama ni juga lah I ramai kawan semuaaa negeri, sedangkan orang lain masuk uni baru ramai kawan seluruh negeri. Eh riak plak. Lololo

Tapiii paling best, sebab dia oranglah I ramai kawan pelbagai bidang. Segala macam doctor, pharmacist, segala macam engineer, architect, HR, mathematicians, accountants, lawyers, errr banyak gila lagi sebenarnya. Alhamdulilah, senang kerjaaa! :)

Thank you guys, for spending so much time and effort on this little book. Thank you Allah, for giving me this opportunity to see the good in the bad, true friendship and the meaning of independent! :)


No comments: