Feb 21, 2013

Buku biodata dolu-dolu - Form 4 & Form 5 (Part 1)

Assalamualaikum :)

Day 34 - Alhamdulilah bernafas elok sihat walafiat lagi walaupun masuk hari ke-4 dah selsema dan sakit tekak. Rasanya demam dah okay kot. Cewah confident je, padahal semalam pergi klinik, doctor cek, doctor cakap "Demam lagi lah Aqilahhh" Eh? Ingat tak dah. Hehe. Okay mula dah lari topik! Back to the topic...

Time kecik dulu mesti ada buku biodata kan! Ish sampai sekarang confused lagi "Biodata" ke "Biadota". Nampak tak kekeliruan di situ sebab ada kawan tulis "My Biodata", ada yang tulis "My Biadota". Sampai sekarang ni pun mesti google dulu! Haaa yg betulnya Biodata ye kawan-kawan. Ingat! DATA. Jadi Personal details kitalahhh. Confident je kawan-kawan dulu tulis "Welcome to My Biadota" Hahaha. Bunyi macam Nobita dah! :P 

Sebenarnya I ada banyak buku Biodata. Sebab banyak pindah sekolah kan. Ini buku time Form 4 & Form 5 time I SPM di MRSM Kuala Lipis, Pahang. Tahun 2005-2006. Sedar tak sedar tak dah 8 tahun buku ni! Uishhh kalau ada anak, darjah 2 dah diaaa. Hari ni part 1 dulu, sebab banyak sgt gambar. Itu pun dah digabungkan semuanyaaa. Check it out yo!


Part 1 = Cikgu-cikgu dan Dearest girlfriend the D12


(click picture to enlarge)

Haaa inilah buku biodata I yang siap dengan soletape lagi dekat tepi tu sebab dah mengembang sangat. Warna pink aje, tak nak kalah! Tapi seingat I lah kan, buku ni pun hadiah, tapi dari siapa serius I lupa. Lupa sangat. Thank you siapa yang bagi buku ni! :) 

Buka-buka je, I letak nota siap gambar sendiri lagi, tak boleh blahhh kau Qilahhh! And the next page gambar mama dengan abah dekat padang golf. Time ni I duduk dkt Kem Sungai Besi, rumah dekat sgt padang golf, dekat plak dengan lombong, jadi memang best. Tengok tulisan tu, sama je sampai sekarang. Bulat-bulat, tak ada tokoh tulisan doktor lansung uolls.


(click picture to enlarge)

Ini gambar kelas waktu Form 5! Kelas 5G - 5 Al-Ghazali. Silap besar lah I masuk je MRSM, terus dapat kelas ni. Kelas ni semua pandai-pandai gilaaa, terasa macam makhluk asing. Hahaha. Majoriti dia orang ni Terengganu Kelantan. Jadi I banyak gilaaa belajar bahasa Terengganu Kelantan dari dia orang. Yup, walaupun mama abah orang Terengganu Kelantan, I tak reti nak kecek Kelate Ganu sangat! 

Waktu form 4 kan dia orang pemaluuu ke segan ke tak tahu lah. Tapi waktu form 4 memang macam I diam je banyak, I pun sama juga takut ke segan tah. Segan kot, sebab dia orang pandai-pandai. Tapi form 5 I dah boleh bergaul dengan semuaaa dengan jayanya jugak kecuali budak lelaki yang memang pemalu-pemalu. Hehe. Alhamdulilah, dia orang semua baik gila! Baik sangatlah dengan I. Banyak sgt ajornyeee :') 

Tu yg duduk tengah tu, Cikgu Kimia I, Cikgu Azmi merangkap guru kelas. Trust me, Kimia subject paling lemah tapi cikgu paling best! Best gila yang gila punya lah! Budak kelas yg Cikgu Azmi tak mengajar pun, semua suka sikap ramah & lawak gila Cikgu Azmi ni. Cikgu, terima kasih susah payah ajar sy Kimia dulu walaupun cikgu boleh nampak muka saya blank habis. Thank you cikgu sbb tak putus asa :)


(click picture to enlarge)

Yang ni semua cikgu cikgu I, cikgu yang mengajar I dan cikgu yang tak ajar, tapi I ada bertanya soalan yang I tak faham dengan mereka jugak. Muka selalu masuk bilik guru ni memang kenal ramai cikgu. Hehe

Dari atas kiri = Cikgu Adnan - cikgu BM, Cikgu Rosbi - cikgu homeroom, Cikgu Mariam - cikgu kaunseling, Madam Sal - Teacher, Miss Elle - cikgu add math, Cikgu Saadah (Ceekgu) - cikgu Fizik, Cikgu Faridah - cikgu sejarah, Miss E - Teacher, Ustaz Mar - Ustaz.


 (click picture to enlarge)

Kiri dari atas = Cikgu Syafura - cikgu Math, cikgu Asma - cikgu yg tak ajar I, tapi selalu I tanya soalan juga. Hehe. Sir Vern - cikgu BI yg tak ajar I juga, tapi selalu jumpa beliau dengan Sherry!

Haaa yg belah kanan besar punya tu, korang tengok siapa tulis! Pengetua tahu pengetua. Hahaha. I pun tak ingat macam mana I boleh berani muka tebal minta Pengetua untuk tulis dalam buku I yang tak seberapa ni. Semua orang terkejut beruk I berjaya! Haha. "Anakanda Qilah" lagi. Terima kasih Tuan Pengetuaaa :)


(click picture to enlarge)

 Ini  dia part girlfriend D12 I bermula. Ini ditulis dan direka khas dengan penuh kasih sayang dan keihkhlasan oleh Shafinaz. Yang I selalu cerita tu, yg dekat Russia sekarang. Dearest babe yang membuatkan I semakin gila pink dan Hello Kitty. Boleh? Peneman manicure & treatment di hair saloon! Seorang kawan yg sgt sgt tak lokek dgn kawan & pandai baking! Semua cantik cantik dan sedap! Dan sudah tentu peneman shopping...

Tengoklah rajin gilaaa Finaz buat. Terharu gila sebab lawa sangat! Dengan nak gunting tampal kertas tu, kad top up maxis lagi, gambar kita orang lagi, name tag siap haa. Lepas je Finaz buat lawa-lawa... 

Yang lain pun tak nak kalah haa....


(click picture to enlarge)

Kiri atas = Naiya, tak ku sangka kau begitu rajin. Haha. Naiya ni pun kita selalu cerita, sebab rumah kita orang dekat area KL jugak kan, so selalu jumpa compared to yang lain. Ini tahap dah kenal mak bapak, adik beradik semua dah. Sama macam Finaz jugak :) Insya Allah Naiya kahwin bulan 9 ni.

Kanan atas = Haa Syida. Dalam geng 12 orang ni, Syida la paling rock gangster minah slumber. Budak JB yang kalau jumpa je mesti tengok je muka dia, korang dah gelak dulu. Dalam brutal-brutal dia, beria juga buat lawa-lawa tu. I terharu ye Syidaaa!

Kiri bawah = Keyna. Yang tak siap buat. Boleh? Haha. Sebab buku ni dipas-pas time dah nak dekat SPM dah, so macam bila tension study, dia orang akan buat. So ni maybe dah tak sempat sangat. LOL. Keyna baru habis belajar dkt New Zealand, sekarang dah ada dekat Malaysia. Keyna selalu dibuli oleh I dgn Sherry. Haha. Sorry Keyna :P

Kanan bawah = Sherry. Ini pun dah tak asing lagi dah dalam blog ni. Budak ni kalau buat muncung, I panggil  "Muncung 3 hanger". Sebab bukan main panjang muncungnyaaa boleh sangkut hanger! Peminat setia Eminem. Sherry ni pun I rapat jugak sebab selalu call-call and dia pun kadang datang KL. Dalam geng 12 org kita orang, kita orang dua paling nakal suka sakat orang. Main kejar-kejar dekat dorm & main hujan pun dengan Sherry gila ni lahhh. Begegar asrama ha! Nampak je ganas tapi kuat merajuk! Haha.


(click picture to enlarge)

Kiri atas & bawah = Yasmin. Atau Yamin, atau Pikachu. Yamin ni lah yg kawin paling awal antara kita orang 12 dan mengejutkan semua orang! Haha. Siot je kahwin dulu! Tulisan dia memang lawa gila, mcm yg korang boleh nampak. Cita-cita dari kecik nak jadi architect, Alhamdulilah rezeki dia, sekarang tengah buat Master Architecture dkt Aussie. Yamin ni kehebatan dia cari SALE yg 70% - 80%. Oh yesss.

Kanan atas = Sohaila. Kita orang panggil So. So ni mulut paling bingit. Haha. Bukan bingit banyak cakap tuh, tapi dia punya tone, high tone tau tajam je suara diaaaa, korang semeter pun korang boleh tau dia yang bercakap! So ni kuat cakap jugak, ramai peminat sebab cun melecun. Ramai adik angkat juga. Ini paling susah nak jumpa jugak ni. Sekarang tengah study di Bandung.

Kanan bawah = Fatin Aqilah! Fatin. Fatin ni duduk sebelah I dalam kelas. Kiranya daripada 12 orang ni, kita orang dua je sekelas. Yang lain 10 org lagi semua kelas lain-lain. Fatin ni ada cikgu suka panggil Aqilah juga, so kalau time mengantuk tiba-tiba cikgu panggil, terkejut beruklah serentak kami berdua sebab cikgu jerit "Aqilah!" Tapi tatau Aqilah mana kan. Hehe. Sgt gila Naruto, baru habis belajar di Aussie, dan sekarang sedang meneruskan cita-cita menjadi seorang pendidik.


Mana lagi 3 orang daripada 12 orang ni? Yana dah keluar MRSM time form 4 sebab tak boleh catch up katanya. Sobsss. Yana si mata Hazel yang lemah lebut dan innocent gilaaa. Yati dan Syuhi pula dua orang yang paling baik dalam geng ni. Hehe. Lemah lembut je orangnya. Syuhi pun sama, pindah MRSM lain sebab nak dekat dengan rumah sikit. 

Yati plak tak sempat tulis biodata dalam buku ni jugak, senasib dengan Keyna tadi. Tskkk. Yati ni mata bulat, lembutnyaaa orangnya. Kalau dia cakap terima kasih dekat kita, macam, alahai lembut eh hati gue, sama-sama kasihlah sayang. Ingat lagi bila I kasi kaset UNIC dekat dia, punyalah dia suka :')

Haa panjang lebar dahh haa. Nanti sambung Part 2 - My classmate, juniors and few other peoples. Till then!


No comments: