Feb 2, 2013

Al-kisah Kahwin.

Assalamualaikum :)

Hari ini pergi jugak akhirnya ke Majlis Persandingan kawan kolej masa diploma dulu. Dengan si Adilah Masham. Pergi plak tempat tak pernah pergi, walaupun dekat PJ je kan, at least kalau sesat, tidaklah sensorang kan.

Mulalah babak-babak aku menyalahkan peta setelah terlepas jalan. Apa punya co-driver lah.

Oh by the way, lama gila kita orang tak jumpa. Adilah? Last sekali bulan puasa tahun lepas. Dah dekat 5-6 bulan. Pengantin ni? Fae lagilah lama. Last time diploma. Boleh kata dekat 3 tahun atau lebih.

Cuaca sangatlah mengizinkan. Lucu, I dgn Dill sampai tepat jam 2, sewaktu kompang dipalu dan kami di belakang, macam rombongan sekali. Dill matching plak baju dengan tema pengantin, warna hijau. Bapak best kahwin dekat taman, macam garden wedding lah kan? Okay taman = garden Aqilah.


 Selamat pengantin baru dear Fae & Husband. Semoga bahagia hingga Jannah, 
dipermudahkan segala urusan rumah tangga insya Allah. 


Then bila pengantin bergerak ke meja makan beradab, terus cepat-cepat serbu ambik gambar, peluk cium dan minta diri dulu. Ohhh muka pasangan pengantin sangat serupa ye bila dilihat depan-depan. Happy for you Fae! :)


Qill & Dill - nickname college. Senang.


Habis kenduri. Pergi Alexis dkt Great Eastern Mall. Ada orang mengidam Pavlova. Ramai plak artis haa. Belah kiri Harith Iskandar, Belah kanan Johan Raja Lawak dgn Norman KRU. Depan Jehan Miskin. Mungkin nanti kitaorang pun termasuk dalam golongan artis? Kahkahkah. Takmau eh popular nih. Rimas.

Dan bila dah semakin bertambah umur ni, biasalah kalau jumpa kawan. "Kau bila lagi?" Aaaaa.

Potpet potpet dengan Dill pasal kahwin. Sampai I cakap.


Me : Aku paling tak sabar part nak shopping barang hantaran! Seronoknya!

Dill : Haaa samalah samalah!


Ohhh Girls.


2 comments:

Anonymous said...

Mamapun tak sabar juga nak shopping barabg kawin....he...he..

Aqilah Amin said...

Amboiii. Hahaha