Jan 15, 2013

Kisah pendek 4Flat

Assalamualaikum :)

Pagi tadi. Rushing nak pergi kelas. 9:30am dah ni. Kelas 10:00am. Nak drive 45km. Hebakkk sungguh keluar rumah setengah jam. Dah bangun awal tau. Tapi tudung tak menjadi =,=

Turun lif, terus nampak Uncle Faiezzelan. (Ejaan nama uncle ni memang mcm ni tau). Teringat mama pesan, "Kalau jumpa jiran-jiran, tegur, jangan buat bodoh macam sesetengah anak orang lain."  Sesetengah je ye, bukan semua. Dalam lambat-lambat tu sempat juga otak ni teringat pesan mama. Hehe.


I : Hye uncle! (sambil jalan laju-laju sebab dah lambat)

Uncle Faiezzelan : Haa, ada exam ke? 

I : Eh tak, ada kelas tambahan. 

Uncle Faiezzelan : Oh, bila exam?

I : Aaa, ada last paper Jumaat ni - Jumaat ni NO1 killer subject tau.

Uncle Faiezzelan : Haa, all right lah, dapat 4 FLAT tau! (Senyum bersemangat)

I : Errr... Haa... Insya Allah (perlahan je suara). Dalam hati, rumah flat 4 tingkat boleh lah =,=


Apa pun thank you uncle, semuanya doa! :) Alhamdulilah tadi, time drive terdetik dalam hati, "Kalau kelas start 10:30am all right juga, dah lambat ni". Sekali setelah dah pecut 130km-140km, dah nak sampai lagi 5-10minit, dapat BBM dari Nani, kelas start 10:30am.

Wahhh, Alhamdulilah. Dipermudahkan segala urusan hari ni. Sempat berhenti isi minyak dulu, sampai kelas 15minit sebelum kelas mula! Dan macam biasa, kelas pendek pun memang sakit perut gelak dengan En Ahmad ni. Haha.

Katanya "Insya Allah boleh jawab. Kalau tak boleh, Innalillah" Hahaha. Yerrr, kalau tak boleh jawab, nanti I lukis gambar kubur dengan tulis 'A'l-Fatihah. Sebab tak mungkin dpt A, so kita highlight A. =,=

Okay wish me luck, good night! :)


4 comments:

Cik Nesha said...

kelakar cikgu tu. err, haha~

Anonymous said...

Amboi...lajunya bawa kereta...ingat MYvi aja bukan Ferrari....

Mizznadeiya said...

goodluck for your last payyyperrrrrrr.. Hehe i dah habis, selamat ber-holiday kat rumah dah XD

Aqilah Amin said...

Cik Nesha : Haha. Lecturer yg kelakar! :)

Mamaaaa. Hehehehe... Kejap2 je, kalau blh laju je laju. :D

Atyn! Hehe. Thank you! Dah start berjima jgk! Hahaha