Jan 11, 2013

Happy 50th birthday mama

Assalamualaikum :)

Happy 50th birthday Mama Kesayangan! 

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dilindungi Allah dari segala perbuatan jahat & hasutan syaitan, dan semoga bahagia selalu di samping keluarga yang tersayang di dunia dan di akhirat nanti, insya Allah. Aamin :)


50 years old and still looking great. Alhamdulilah :)


Mama. Anugerah terindah dalam hidup. Terima kasih Allah, kerana masih meminjamkan mama kepada aku. Terima kasih juga kerana aku terpilih menjadi anaknya, di antara berbillion-billion manusia yang ada. Terlalu bersyukur. 

Dia yang memeluk aku dengan penuh kasih sayang sedari kecil. Dia yang mengajar aku solat seawal 7 tahun. Dia yang menjadi guru membentuk seorang anak yang sangat sukakan Matematik. Seorang yang garang sewaktu sekolah rendahku. 

Masa berganti masa. Aku semakin membesar, semakin suntuk waktu yang ada. Semuanya dah berubah, kini mama sahabatku. Dulunya yang marah bila aku bercinta monyet (dah bercinta beria-ria sangat padahal hingusan lagi), kini menjadi pendengar setia masalah cinta aku. Kesedihan aku. Kebahagiaan aku.

Didik aku dengan sempurna sewaktu kecil. Diberikan satu demi satu kelonggaran bila aku semakin dewasa. Masih lagi teringat dikejar mama dengan senduk sewaktu kecil. Dirotan, di-hanger. Oh ya, anak tunggal pun dipukul tau. TAPI, jujur, itu semua lucu bila dikenang semula. :) Terima kasih mama, seburuk-buruk anakmu ini hari ini, tetap manusia. Sejauh-jauh aku sesat, masih bersisa iman. 

Mama ini terlalu baik untukku. Terlalu banyak kasih sayang dan pengajaran. Ketahuilah kalian, baik aku dari Allah dan didikan mama abah. Buruk aku itu tak lain tak bukan pilihan aku sendiri. Jangan pernah dibandingkan "Anak siapa lah niii?" bila aku berkelakuan buruk, kerana setitik pun bukan salah mereka. Mereka melakukan tanggungjawab sebaiknya. Cuma aku yang kadang membuat kesilapan.

Jujurnya, tidak pernah terdetik bila aku dewasa, mama menjadi seperti hari ini. Garangnya dulu sudah tiada. Kelakarnya tak habis-habis. Rumah tak pernah sunyi dengan adanya Mama. Pesannya, yang terkini, 

"Kakak kahwin sebelum umur 26 tahun ya!" Tesedak aku makan. Oh tak mungkin mama! 

Mama terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan kawan-kawan seusia dengan Mama sibuk menyambut kehadiran menantu. Ini lucu. Sebab dulu  bila aku kata nak kahwin lambat, dia setuju. Sekarang, dia minta diawalkan. Hehe. Sabar ye ma! Insya Allah. Someday. At the right time, on the right place.

Terima kasih Mama. Terima kasih di atas semua kasih sayang, didikan, masa, tenaga, wang, segalanya untuk 24 tahun ini. Jujur, tak mungkin dapat dibalas, tapi insya Allah akan dicuba sebaiknya. Terima kasih. Terima kasih Allah.


8 comments:

Cik Nesha said...

happy birthday untuk mama awak, Aqilah.

Aqilah Amin said...

Thank you nesha :)

Cik Nesha said...

saya suka baca belog awak sebab mama awak pun suka komen. dia follower kuat awak. haha.

all the best this exam.

Anonymous said...

Salam Cik Nesha....kami berdua memang suka membaca ..lebih lebih lagi hasil nukilan anak sendiri....Auntie tahu dia ada bakat dalam penulisan...tapi yang penting Aqilah boleh berkongsi cerita dan pengalaman..Yang baik tu jadikan tauladan..yang tak baik tu jadikan sempadan ya....Cik Nesyapun tulislah boleh Auntie baca....

Mizznadeiya said...

Selamat ulang tahun kelahiran buat mama Aqilah :)

Norafarhanis Rahman said...

Ini penulisan sangat ikhlas. Penulisan matang. tulus seikhlasnya. sy suka. Happy Birthday to mama awak! hihihih :)

Aqilah Amin said...

Hehe. Thank you cik nesha.

Mama. Dengan ada blog ni, mama lg kenal aqilah kan. Dan mama pun tahu qla tipu ke, qla ckp btol ke, tak kisahlah org lain ckp apa. Thanks mama :)

Thanks atyn!

Noraaaa, haha, thanks awk. :)

Cik Nesha said...

haha, dah panjang komen-mengomen. Ni belog Nesha, auntie. http://patrickjambu.blogspot.com/