Jan 26, 2013

Day 8 - Sepi


Bisikku pada bulan, kembalikan.
Temanku. Kekasihku. Syurgaku.

Tanpa dia, malam menemani aku.
Sepi memelukku.

Bulan jangan biar siang.
Biar alam ini kelam.
Biar ia sepi, sepertiku.

- Puisi Filem 'Sepi'


Jan 23, 2013

Day 5 - Happy Yippy 24th birthday shafinaz!

Assalamualaikum :)

Happy 24th birthday dear shafinaz :)

Wishing u the best, more success and no stress. May Allah guide you in everything u do, and bless you all the way in walking through this life. Thank you for everything! I hope u had a blast today! Hehe.


Hari ini hari seronok! Birthday kesayangan sy, dan Alhamdulilah beliau selamat sampai ke Malaysia pada hari Isnin, 2 hari sebelum birthday! Terharu jugak bila difikirkan sanggup dia balik dari Russia walaupun cuti pendek :') 

First, beli ticket wayang, cerita Mama - 10am. Ada org tu teringin nak tengok cerita hantu :P So tengoklah mama. Memang hantu dia huduh gila. Ya, huduh. Tapi kelakar juga cerita ni. Walaupun ada terkejut-terkejut, tapi tak kurang juga sesi di mana I tiba-tiba gelak sebab terasa lucu. Aherherher. 

Then, kami singgah Watson. Oh ini saje dah berpuluh minit. Tengok jam dah 11am. Maka kami breakfast ice cream. Boleh? ice cream? Haha. Boleh je! Lama gila tak makan gelato. Sem 2 ni memang tak ada makan lansung. Sooo, makanlah ice cream sambil tunggu 12pm.


Gelato Fruity utk hari ini! Puas dapat makan flavor After 8 :)
Birthday girl sangat gembira mendapat novel Wani Ardy - Langit Vanilla 


12pm - almost 2pm. 

To me, it's kinda of funny story, with a funny audiences (LOL).
But yeah, the ghost really is uglyyy!


Lunch time! Naiya came and join us around 2:30pm at Chili's Mid Valley. And ta-daa, dtg bawa Pavlova tau. Home made okay! Uishhh sedapnyaaa. Sedap sangat Naiya buat. Tak manis macam biasa makan tu. Ohhhh dah lapar sangat, first time makan beria sampai order appetizer dulu. 

 Above : Classic Nachos, delicious! Great for cheese & Nachos lover. Do Try Everything listed below!
From left : Shafinaz's Crispy Honey Chipotle Chicken Crsipers 
Naiya's Fire Grilled Chicken & Portobello 
Mine is Country Fried Chicken. 


Waiters are friendly and helpful as always. Hehe. Especially this one uncle, yg datang tolong pasangkan lighter lah time makan dessert. Cake birthday ganti dengan Pavlova! Hehe. Sedapnyaaa! And Tolong refill lemonade kitaorg. Lemonade Chili's sgt sedap! Asyik order air yg sama setiap kali datang. Huhu


Pavlova yang sedap! Dan lilin yang terpaksa dihidupkan 2kali. Haha


And so, we talked for hoursss. Like almost 3 hours? Or more. Hehe. Then baru slow slow jalan window shopping. Ohh thank you Naiya sebab datang dari office, halfday especially for birthday girl, and belanjaaa kita org makan! Haaa part ni memang excited gila. Haha. Part paling manisss plak adalah makan Pavlova Naiya ni, serius sedap gila. Tak manis mcm Pavlova lain. 

Thank you jugak dear birthday girl! :) And again, Happy birthday dear! 


Jan 19, 2013

Day 1 - Steamboat dinner with Family

Assalamualaikum :)

Alhamdulilah! Akhirnya cuti semester. Last paper sangat menakutkan, terasa bengap seperti tidak pernah belajar apa-apa. Sungguh, dah lama tak rasa sebingung ini. Sekarang hanya mampu berdoa, supaya berlaku magic blink-blink. Aamiin!

Hari pertama cuti? Perghhh, dah lama tak rasa selepak ni! Semalam, terus pergi Setia City Mall dgn Tia, Nani and Nadia. Dinner, gelak banyak-banyak utk lupakan paper last. First time sampai sana. Nice! Besar, banyak choice utk makan dan shopping! Me like! Tidur dkt 3am sebab badan penat, tapi tak boleh lena.

Bangun subuh, tidur balik, bangun 830am. Rasa nak tidur lagi ni, tak puas. Tapi tak boleh lena. Main game FB (haha), mandi, then dari tengah hari sampaiii petang, duduk dpn TV. Berborak dgn Aishah, cousin kesayangan. Toncang rambut. Buatkan jadual bertugas kelas mama. Gelak gila-gila marathon Maharaja Lawak Mega. LOL.

Malam, last minute mama decide nak makan satay. Tapi tiba-tiba ubah kepada steamboat, dan paling dekat, Johnny's AEON Setiawangsa - Service are good, so far. Do speak English, Most of the waiters are from Nepal, so they don't really understand Malay. Alhamdulilah kenyang sangat!


Abah ada hal, tak dapat join. So pergi makan dgn sepupu - mama, kma & faris, teh, cik (nenek).
Sambil makan steamboat ni sambil kunyah cookies Subway jugak tau. Teringin. 


Yang tudung pink-putih-biru berbaju hitam itu mama. 
Mama tersayang mmg gila-gila dan habis slumber punya orang. Tengok gambar tengah.

Itulah mama saya. Haha.


Thank you teh, mama, kma, faris sebab belanja. Terasa beruntung plak jadi student. *Tetiba*. Alhamdulilah. Cuti ni memang obvious sangat guna sebaik mungkin utk spend time with family. Tak memerap dalam bilik lansung. Hee.

Esok plan nak siapkan jadual bertugas kelas mama. Then Isnin, we will see. I have a list of "Wishlist of semester break" Haha. More to, things to do. Insya Allah will share more later on. Till then! Happy holiday to all students! 


Jan 15, 2013

Kisah pendek 4Flat

Assalamualaikum :)

Pagi tadi. Rushing nak pergi kelas. 9:30am dah ni. Kelas 10:00am. Nak drive 45km. Hebakkk sungguh keluar rumah setengah jam. Dah bangun awal tau. Tapi tudung tak menjadi =,=

Turun lif, terus nampak Uncle Faiezzelan. (Ejaan nama uncle ni memang mcm ni tau). Teringat mama pesan, "Kalau jumpa jiran-jiran, tegur, jangan buat bodoh macam sesetengah anak orang lain."  Sesetengah je ye, bukan semua. Dalam lambat-lambat tu sempat juga otak ni teringat pesan mama. Hehe.


I : Hye uncle! (sambil jalan laju-laju sebab dah lambat)

Uncle Faiezzelan : Haa, ada exam ke? 

I : Eh tak, ada kelas tambahan. 

Uncle Faiezzelan : Oh, bila exam?

I : Aaa, ada last paper Jumaat ni - Jumaat ni NO1 killer subject tau.

Uncle Faiezzelan : Haa, all right lah, dapat 4 FLAT tau! (Senyum bersemangat)

I : Errr... Haa... Insya Allah (perlahan je suara). Dalam hati, rumah flat 4 tingkat boleh lah =,=


Apa pun thank you uncle, semuanya doa! :) Alhamdulilah tadi, time drive terdetik dalam hati, "Kalau kelas start 10:30am all right juga, dah lambat ni". Sekali setelah dah pecut 130km-140km, dah nak sampai lagi 5-10minit, dapat BBM dari Nani, kelas start 10:30am.

Wahhh, Alhamdulilah. Dipermudahkan segala urusan hari ni. Sempat berhenti isi minyak dulu, sampai kelas 15minit sebelum kelas mula! Dan macam biasa, kelas pendek pun memang sakit perut gelak dengan En Ahmad ni. Haha.

Katanya "Insya Allah boleh jawab. Kalau tak boleh, Innalillah" Hahaha. Yerrr, kalau tak boleh jawab, nanti I lukis gambar kubur dengan tulis 'A'l-Fatihah. Sebab tak mungkin dpt A, so kita highlight A. =,=

Okay wish me luck, good night! :)


Jan 11, 2013

Happy 50th birthday mama

Assalamualaikum :)

Happy 50th birthday Mama Kesayangan! 

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dilindungi Allah dari segala perbuatan jahat & hasutan syaitan, dan semoga bahagia selalu di samping keluarga yang tersayang di dunia dan di akhirat nanti, insya Allah. Aamin :)


50 years old and still looking great. Alhamdulilah :)


Mama. Anugerah terindah dalam hidup. Terima kasih Allah, kerana masih meminjamkan mama kepada aku. Terima kasih juga kerana aku terpilih menjadi anaknya, di antara berbillion-billion manusia yang ada. Terlalu bersyukur. 

Dia yang memeluk aku dengan penuh kasih sayang sedari kecil. Dia yang mengajar aku solat seawal 7 tahun. Dia yang menjadi guru membentuk seorang anak yang sangat sukakan Matematik. Seorang yang garang sewaktu sekolah rendahku. 

Masa berganti masa. Aku semakin membesar, semakin suntuk waktu yang ada. Semuanya dah berubah, kini mama sahabatku. Dulunya yang marah bila aku bercinta monyet (dah bercinta beria-ria sangat padahal hingusan lagi), kini menjadi pendengar setia masalah cinta aku. Kesedihan aku. Kebahagiaan aku.

Didik aku dengan sempurna sewaktu kecil. Diberikan satu demi satu kelonggaran bila aku semakin dewasa. Masih lagi teringat dikejar mama dengan senduk sewaktu kecil. Dirotan, di-hanger. Oh ya, anak tunggal pun dipukul tau. TAPI, jujur, itu semua lucu bila dikenang semula. :) Terima kasih mama, seburuk-buruk anakmu ini hari ini, tetap manusia. Sejauh-jauh aku sesat, masih bersisa iman. 

Mama ini terlalu baik untukku. Terlalu banyak kasih sayang dan pengajaran. Ketahuilah kalian, baik aku dari Allah dan didikan mama abah. Buruk aku itu tak lain tak bukan pilihan aku sendiri. Jangan pernah dibandingkan "Anak siapa lah niii?" bila aku berkelakuan buruk, kerana setitik pun bukan salah mereka. Mereka melakukan tanggungjawab sebaiknya. Cuma aku yang kadang membuat kesilapan.

Jujurnya, tidak pernah terdetik bila aku dewasa, mama menjadi seperti hari ini. Garangnya dulu sudah tiada. Kelakarnya tak habis-habis. Rumah tak pernah sunyi dengan adanya Mama. Pesannya, yang terkini, 

"Kakak kahwin sebelum umur 26 tahun ya!" Tesedak aku makan. Oh tak mungkin mama! 

Mama terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan kawan-kawan seusia dengan Mama sibuk menyambut kehadiran menantu. Ini lucu. Sebab dulu  bila aku kata nak kahwin lambat, dia setuju. Sekarang, dia minta diawalkan. Hehe. Sabar ye ma! Insya Allah. Someday. At the right time, on the right place.

Terima kasih Mama. Terima kasih di atas semua kasih sayang, didikan, masa, tenaga, wang, segalanya untuk 24 tahun ini. Jujur, tak mungkin dapat dibalas, tapi insya Allah akan dicuba sebaiknya. Terima kasih. Terima kasih Allah.


Jan 7, 2013

2012 birthday presents!

Assalamualaikum :)

It has been like 3 months ago and it's kind of late - it was on 20th October 2012, BUT i sincerely would like to thank each and everyone of you for all the wishes (ALL), surprises especially Namin & Tia, love and pray especially undeniable love from mama and abah! Thank you so much :')

Thank you for all these wonderful gifts, especially those who have been supporting me a lot throughout this path of life. Sorry for not been able to write more, exam week dude! Just, thank you, from the bottom of my heart.




A new desktop from Namin, A coach handbag yg abah beli time abah pergi US, and a longchamp dari mama, yang dibeli oleh sepupu time gi France. Honestly sini harga longchamp almost double. Tak adil!


These are all from mama & abah, except the picture at the center - Cute japanese notebook & famous amos cookies from my cousin, Akma & Aban

Directly from US - A Levis jeans, Victoria's Secret Lipgloss, Hershey's Chocolates (Major love)!, Victorias' Secret Pure Seduction set consits of body wash, body lotion and body spray, PINK perfume, Sheppard Shirt, Victoria's Secret Love Spell set. Victoria's Secret is like 3x cheaper in US compared to any that could be found at any local shops or online blogshops :)

Last but not least, My penguin! Siang malam termimpi-mimpi sampai tulis blog!


1st row from left = Birthday card from Tia, and a cute colorful small drawer from Tia too! Ini pun terharu, ada orang tu balik dari kelas, terus belikan kita hadiah, and hantar hadiah dekat rumah, malam birthday kita :') Thanks dear Tia! And the last one is a card, with a tudung actually, from Japan, tak nampak plak. Thank you as well si comel!

2nd row from left = Chocolates from Auntie Farah - Bestfriend mama. 4 pair of shoes from Kak Sally & Faris. SALE gilaaa dkt Vincci, so beli berbaloi-baloi. Hitam tu dah jad kasut pergi kelas! Thanks cousins! :) And a Red Velvet birthday cake from my D12 gf, Naiya, for details of the cake, click here. Sangat sedaplah Naiya! Hari tu cousin & Auntie datang, semua puji sedap! Thanks dear! 

3rd row from left = Gelang mutiara dari Sabah, Ishh terharu gilalah Mia! Thank you yang! Hairband & Keychain from Nadia, my classmate, yg banyak sgt membantu sem ni. Hairband tu dia belikan sama juga utk Tia. Hee. Kita org kan suka pink! :) Thanks Nadia! And lastly, tudung bawal dr cousin di Kelantan, Ainaa. Hehe, lawaaa! Thanks ainaa :)


P/S: Learning to appreciate those who appreciate me,
And go die those who didn't. Haha. No lah. 
Just, learning to ignore too.

I am blessed after all. Alhamdulilah :')


Jan 1, 2013

Goodbye 2012, Hye 2013

Assalamualaikum :)

I slept around 11pm yesterday! Hahaha, yeah yeah, I don't celebrate new year, for god sake, I'm 24 years younggg today! Haha. Seriously, 24 is quite an adult numbers for me. I really need a kick start for something serious, such as, a steady life, and man, I need to pray a lot and lot for aaa, marriage? Well, who knows.

I woke up, and suddenly I feel like listening to Secret - One Republic. Wahhh mcm new spirit di pagi tahun baru kan :P So, I decided to pull off my 2012 calendar, and this might be the weirdest thing ever said, but, I mmg duduk sekejap, macam termenung, macam sayangnyaaa nak buang calendar 2012. It was a year full of erm, I don't know, things was pushing me out from my comfort zone. And I made it anyway. Yeah, no matter how weak I was, how terrible I was in managing things, 2012 was, erm, a year full of lessons. Alhamdulilah. And tell ya, I can feel that 2013 would be a year where more lessons to be learn. And yeah, I gotta get out from my comfort zone again.


2013 - getting prepare for it. And yeah, I begin 2013 with my final exam. Wish me luck.