Nov 17, 2012

Trip ke Utara (part 1): Batu Ferringhi, Penang

Assalamualaikum :)

NEW HEADER! 
as you can see above :P

Hampir terlupa sebenarnya tentang trip ni. It was on cuti Hari Merdeka, starting from 31st August 2012. Kami convoy dua buah kereta. Abah, mama, I dgn cik sebuah kereta. Then mama ngah, abah ngah, teh, Aisyah, Faris sebuah kereta. Kali ni memang banyak berjalan dalam kereta je. Singgah semua sekejap-sekejap. Penang-Perlis-Kedah. Sebenarnya tujuan utama dia nak pergi kenduri kahwin pemandu abah, Abg Ayob, jadi alang-alang ke Utara, jalan terus semua negeri. 

Banyak sgt peristiwa lucu jadi. Abah lah, tak jumpa jalan. Macam-macam jadi. Kalau cerita secara tulisan ni, takut ada yg tak faham lucunya. Jadi biarlah buat tatapan dan ingatan kami sekeluarga je kot. But yg pasti, memang gelak pecah perut sampai tak keluar suara. Gara-gara tak jumpa jalan. :P


1st sekali, kalau ke Utara, memang wajib kami berhenti di R&R Tapah. I don't know, rasanya it is the best R&R kot? Besar, banyak jual buah, banyak choice makanan. Ada foodcourt biasa, foodcourt Pak Tam, KFC, Baskin Robbins, Coolblog, waffles semua tuh, jeruk-jeruk, semualah. That day, kami makan Nasi Beriani kot, dekat Pak Tam & beli buah jambu banyak-banyak. Jambu batu, jambu madu, jeruk jambu.



 Then sampai Penang, kami beratur naik feri. Lama gila tak naik feri besar ni! 
Menghayati angin laut dan pemandangan Penang :)

Gambar kiri : Abah ngah dan Mama ngah. 
Gambar kanan : Abah, Mama dengan Aisyah.


 Random - Bunga-bunga liar di kawasan kita orang overnight :)




Yes! Kita orang stay di Batu Ferringhi. Sampai-sampai, rehat makan, terus turun pergi pantai. Sangatlah seronok sebab memang betul-betul turun bawah je, sampai dah pantai! Bahagian tak ramai org plak tu, jadi dptlah main puas-puas. Tapi I tak mandi, I ambik gambar je, as usual :P 




Gambar atas : Mama, Teh dan Aisyah... Bawa atas darat pun jadilah ye? :P
Gambar bawah : 1st time abah beria-ria nak ambik gambar macam tu... HAHA


 Ahli bertambah! Abah, Mama dengan Teh.


Geng-geng main air hari tu. Teh, Aisyah dengan Faris. 


"I don't need a parachute, baby if I've got you! -Cheryl Cole" Hehe...
Yes dkt sini ada parachute, banana boat, semua-semua lah. Tapi dah nak senja kan, so gambar ni je.


 Sebelum Maghrib. I personally think cantik bayang-bayang mak dengan anak tu :)


Then malam tu pergi night market dekat Batu Ferringhi. Tapi yang mampu berjalan lagi hanya orang-orang tertentu je. Hehe... Macam biasalah ketua dia mesti Teh. Teh kalau dia pening, migraine pun, kalau ajak jalan, memang laju. Haha! Menurun dkt anak dia, si Akma. Hehe. Aisyah ni lah adik bongsu Akma. 

Night market Batu Ferringhi, banyak barang-barang lawa juga. Semua yang menjual situ, orang Cina. Jadi best jugalah sebab Aisyah kan boleh cakap Bahasa Cina. So bolehlah tawar-menawar sikit. Dekat Batu Feringghi ni lah kita orang beli lampu comel-comel tu macam yg I tunjuk dekat sini.



Time ni tak bawak camera. Sebab nak jalan! Ini camera phone Teh :)
Thank you teh sebab belanja Qila! Hehe. Then kita orang makan McD plak malam-malam buta.


Overall, Penang memang cantik. No wonder lah Nora dgn Fatyn syg sgt Penang depa. Hehe. Too bad we don't have much time. Banyak kali pergi Penang pun tak puas-puas jalan lagi. Rasanya kene duduk seminggu lah! Insya Allah someday. Okay, to be continue~!


6 comments:

Anonymous said...

mama pun berhajat nak pergi Penang lagi...dok sana beberapa hari dan menikmati keindahan pantainya...kagum melihat bangunan nya yang cantik dan unik...moga Penang akan terus maju...

Norafarhanis Rahman said...

Hehheheheh. Penang has it all!:)

Anonymous said...

Abah yg drive sambil cari jalan, sambil on line tel, memang kelam kabut sungguh hari itu. Sampai kita pusing dua kali jalan yg sama. Bukan senang nak dilakunkan semula lawak spontan tu.

Aqilah Amin said...

Haha. Nanti kte gi lah holiday lelama skit mama... sedaknyeee! huhu. tp lelama rindu gemuk ngan blur tu plak!

Nora : SEtujuuuu! :)

nadya ajhman said...

Penang memang bestt!! :D

syakey said...

opkosss penang cantik! hehe

lamanya tak pegi night market :O