Nov 13, 2012

Traumatized by Street Thug


I saw a man, holding a big steering lock, knocking on the car's window. 
I am thankful it wasn't a gun. But still, I might be dead.


Tak akan boleh lupa semalam. Tak akan. Dikejar samseng jalanraya, di kawasan perumahan yang gelap, diikuti kawasan jalan yang sempit sangat menakutkan. Sangat... Aku tak boleh nak berfikir. Hanya menjerit-jerit, dlm hati tertanya, "Ya Allah, macam ni ke aku mati?" Sungguh, ingat mati. Ingat Allah. Hanya sebab tak mengalah dgn sikap kurang ajar mereka, pemandu sebuah kereta Perodua mengejar aku sambil menekan bunyi hon bertubi-tubi. Tiba di simpang 3 jalan, terpaksa berhenti. Tak ada pilihan. Tiba-tiba keluar seorang lelaki, mengetuk cermin kereta. Aku ketakutan yg amat, walaupun bertiga bersama abah dan mama. Abah memandu, mama di sebelah, aku di belakang. Di tangan kanannya dipegang steering lock yang besar dan diperbuat daripada besi... Pintu abah dah separuh terbuka, aku menjerit-jerit sambil tolong abah tarik pintu. Yang aku tahu, aku hanya menjerit "Jangan! jangan! Abah, tolonglah jalan! Jalan lah abah!"

Aku tak boleh berfikir. Yang aku tau dia sangat marah, sangat dan bila-bila masa besi tu boleh pecahkan cermin kereta. Aku tak pasti samada ada org lain bersama dia, sebab aku hanya cuba selamatkan abah. Akhirnya setelah desakan dan jeritan aku, abah jalan meredah simpang. Tapi belum selamat lagi... Dikejar kereta kedua. Satria... Aku sempat melihat, mereka dua orang atau lebih. Satria, terlalu gelap di kawasan kampung tu. Lampu jalanraya pun tak ada. Lagi sekali, terpaksa berhenti di simpang 4. Aku minta abah bawa laju-selaju lajunya. Tapi abah mcm biasa, terlalu ikut peraturan. Walhal aku hanya fikirkan mati, mati, mati. 

Kalau sanggup dikejar kami, sanggup turun kereta dan hampir pecahkan cermin kereta, bagi aku, tak mustahil kalau mereka ada senjata lain. Sepanjang jalan aku berdoa supaya kami sampai dengan selamat. Walaupun tertekan sebab abah masih boleh bawa ikut hadlaju, sedangkan sudah masuk highway... Aku pusing belakang terlalu banyak kali, tapi aku hanya nampak lampu-lampu kenderaan, aku tak pasti dikejar lagi atau tak. Mama dah pun mendial 999, tapi, mereka hanya bertanya "Di mana sekarang? Masih dikejar tak?" Hampa. Aku, sendiri, hampa. Dengan harapan ada kenderaan polis akan escort kami. Tapi akhirnya apa yang dikata "Kami tak boleh buat apa, tiada polis di kawasan tu". Apa guna talian 999 di saat ni? Mati katak dulu kami. Perjalanan 45minit itu aku rasakan terlalu lama. 

Saat-saat genting macam ni juga, aku dinasihatkan supaya "cuba fikir positif". Maaf, aku tak boleh. Aku nampak macam mana bengisnya, marahnya lelaki tu. Aku nampak dia cuba pecahkan cermin kereta aku. Melihat mereka yang lebih ramai, beribu kemungkinan boleh jadi. Yang aku tahu... kalau kami tak sempat lari, aku tahu, bukan abah sahaja yang dipukul atau dibunuh, mungkin aku dan mama akan mati bersama. Mati katak. Mati semudah itu... Murahnya nyawa manusia hari ini. 

Tidur malam disulami mimpi ngeri. Perbuatan syaitan yang terlalu kuat sehingga semua medium yang boleh digunakan untuk mengalurkan ayat-ayat suci Al-Quran tidak boleh digunakan. Nauzubillah. :( Gambaran kejadian semalam terus-menerus bermain di fikiran. Yang aku yakin, aku dah tak mahu jejakkan kaki ke kawasan itu lagi. Dan aku tak mahu naik kereta yang sama lagi di kawasan KL. Takut. Terlalu takut. Alhamdulilah, terima kasih ya Allah sebab selamatkan kami, kalau tidak mungkin kami yang menghiasi muka pertama surat khabar hari ini...


8 comments:

Anonymous said...

Alhamdulilah...kita terselamat..akan jadi kenangan pahit dan menakutkan bagi tahun ini...penutup akhir tahun Islam..Alhamdulilah masih sempat menyambut Awal Tahun Hijrah..Pesan pada semua amalkan sifat sabar bila berhadapan dengan kerenah pemandu jalanan yang kurang ajar kerana mereka mungkin samseng jalanan yang amat bahaya yang boleh melakukan apa sahaja untuk memuaskan hati mereka hatta membunuh sekalipun...

Aqilah Amin said...

Alhamdulilah sgt mama... Mmg ingat mati je saat-saat genting mcm semlm :(

Anonymous said...

Allahu Allah. Qilah, syukur nye you and your family are safe. MasyaAllah, if i were you. I might freak out as well. Semoga Allah beri keselamatan to you and your family. :')


-keyna

Atika Azumi said...

ya Allah qla.. alhamdulillah nothing bad happened. i xleh bayang..

nadyNad said...

qila,are u okay?

soory,baru je tgk blog. kat area mane tu?

Aqilah Amin said...

Keyna, atika, nadia : Thank you korang... Alhamdulilah semuanya selamat. Tp mmg fobia lagi :(

Izah Ibrahim said...

kat area mana tu? takutnya.. bahayanya sekarang..

Aqilah Amin said...

Erm area sungai buloh :(