Nov 7, 2012

Bila kita sedar tidur itu satu nikmat dan rezeki.

Assalamualaikum :)

It's now november. And yes, It's currently 4am. Alhamdulilah rasanya semakin sihat. Demam sejak sampai dr Melaka. Sampai KL hari Sabtu malam, Ahad bangun je dari tidur terus sakit tekak, kepala berdenyut-denyut belah kanan. Which is migraine. Mula-mula ingat, mungkin penat sgt kot. Badan pun sengal habis. Mana taknya weyh, Sabtu tu mula-mula panas. Sampai je Melaka, hujan. Lepas tu panas. Lepas tu pergi Bandar Hilir, jalan kaki jauh ya rabbi dari UiTM Bandaraya Melaka, sampai-sampai hujan. Terus borong payung beramai-ramai. Dan gigih panjat Bukit St.Paul walaupun hujan. =,=

Habis basah kuyup jugaklah. Time tu protect camera je ha. Handbag mmg basah 100%. Diri sendiri pun blh tahan sbb payung kecik. Eh? Haha. Kasut mmg basah lecun sampai ke stokin, it was raining heavily. Around 930pm baru sampai hostel semula. Gigih kan? Thank you my groups-mate Tia, Nadia & Khalid, korang sgt banyak membantu! :)

Esoknya, Ahad, bangun pagi, breakfast, ambik gambar dulu ramai-ramai. Terus rushing shooting dulu. Time ni ha panas ya rabbi plak, sampai berbelang sunburn tangan ni. Kita orang semua sampai beli topi plak =,= Then pukul 2pm and above, hujan... Maybe, well maybe, sebab tu kot tetiba demam ni. Gila, punya nak explain kemungkinan demam pun dah 3 perenggan. Time on the way balik KL, dlm bas tu normal je rasanya. 5jam tak tidur langsung. Kenapa 5jam Melaka - KL? Panjang ceritanya. Nanti cerita.


Haa teruk jugaklah demam kali ni sampai terpaksa minta injection. Mama gelak okay. 
Gelak sebab I nangis depan doctor, sebab tension nak test tp tak boleh study. Huu


Ahad, muntah-muntah banyak. Demam mmg sejuk, 3 hari ni buka kipas no 1 je, or tak buka langsung-lansung. Air cond tayah cakaplah. Sejuk gila rasa. Isnin, selsema pulak muncul. Terlebih banyak ha pakej demam kali ni. Pergi klinik tengah hari, balik klinik muntah lagi. Sabar je lahhh. Tapi migraine dah hilang, Alhamdulilah. Isnin petang, pergi juga kelas sebab ada test tu. Thank you Tia sebab tlg ambik dkt rumah :)

Alhamdulilah pergi jgk kelas, buat test tu. Of course la dlm kelas pasang aircond kan, haaa mmg hidung terus sedap banjir lah. Tu pun dah pakai shawl, ganti sweater. Lecturer sgtlah memahami. Siap tunggu bagi extra time :') Thank you so much Miss! 

Selasa, hari ni, or semalam lah blh kata, blackout jugak. Dpt MC 2 hari. Tadi tak pergi kelas. Mmg bangun, tidur, bangun, tidur je sampai tengah hari. Tidur tadi 1130pm, bangun 130am, tak boleh tidur sampai sekarang. :( Pasang kipas no 1, berselimut litup, berpeluh tp rasa sejuk. Panas tapi sejuk. Try baring dkt bawah atas tikar, sejuk sikit belakang. Tapi sejuk sangat pula. Sekarang ni serba salah ada rasa sejuk ada rasa panas. Penyudahnya tak boleh tidur. Org yg selalunya tidur lewat, kita kacaulah Namin dgn Tia, semua tidur dah. =,=

4:44am dah. Bila jadi mcm ni baru rasa tidur tu nikmat dan rezeki. Selalunya bila sakit sikit tak boleh tidur baru sedar indahnyaaa tidur tu. Hehe. Jadi selagi sihat, dan boleh tidur, tidurlah. Tapi tlglah jgn tidur lebih-lebih. Jealous dengar! Haha... Okay, wish me luck for my test tomorrow. Walaupun study mcm taktahu masuk apa. Till then, take care! 

No comments: