Oct 28, 2012

Kita merancang, Allah menentukan.

Assalamualaikum.

Salam Aidiladha... Hurm, jari kaku terhenti, memandang kosong keyboard computer. Cumanya, kita hanya merancang, Allah yg menentukan. Rancangnya nak balik kampung dari Rabu - sehingga hari ni, Ahad. Tapi kelmarin, dah balik KL. Ya, sesudah abah selesai solat raya, dan kami breakfast dgn saudara mara. Org lain beraya dgn berbaju kurung dan makanan raya, tapi bukan kami sekeluarga tahun ni. Tapi sy tahu, bukan keluarga sy seorang. Sy tahu ada keluarga yang tak menyambut hari raya jgk, atas sebab-sebab tertentu. Tak apalah, Aidiladha kan lebih kepada penghayatan pengorbanan. :)

What I can conclude is, malam raya kami di hospital. Malam raya sy menangis sampai tertidur. Hahaha... Mama abah jgnlah risau, but, Aqilah yg tak cukup kuat lagi waktu tu. Tapi dah tak menangis dah. Cukuplah sehari. Sekarang kena kuat! Ulang-alik ke hospital, perlu kekuatan mental & fizikal.

Kuat utk tanggungjwb yg lg besar sebagai seorg hamba Allah, sebagai anak kpd mama dan abah, sebagai anak buah kpd makcik-makcik dan pakcik-pakcik, sepupu kepada sepupu-sepupu, dan pelajar. Bila dah diuji sehebat ni, baru mula nak perbaiki diri. Tapi tak apalah, rasanya belum terlambat utk jadi lebih baik dan baik. Inilah manusia, sudah kalah baru berkubu.

Banyak sgt belajar 5 hari sejak cuti ni. Erti pengorbanan seorang isteri, anak, saudara mara. Budi bahasa dengan orang tua. Isi hati org tua. Hasad dengki orang Melayu yg tak sudah. Sy juga belajar memang kita perlukan duit utk hidup, tapi duit memang tak boleh memberi semua kebahagiaan. Banyak buka mata yang dalam kematangan diri ni, sebenarnya masih belum matang.

Tapi tak apalah, Allah nak suruh Aqilah ingat Dia. Suruh jangan pandang remeh tentang solat. Jangan pernah berhenti berdoa. Jangan pandang remeh tentang keluarga. Apa pun, life goes on kan? Dan again, orang lain blh assume macam-macam, sebab semua org punya kisah berbeza-beza. Maha kuasa Allah, punyalah ramai manusia di muka bumi ni, tapi semua cerita berbeza-beza.


Akan update blog mcm biasa. 
Tak bermakna semuanya dah selesai. 
Cuma, lagi sekali, hidup perlu diteruskan. :)


No comments: