Sep 12, 2012

Setiap kali memandang mama dan abah...

Assalamualaikum :)

Dah lama berniat nak tulis, cuma selalunya jari ni tak tergerak... kaku, tak tahu nak mula dari mana. Hari ini, dengan cuaca hujan, dengan mimpi malam semalam, mungkin saat yg sesuai. Mama dan abah. Jujurnya, belum mula menaip, sekadar terfikir utk buat post ini pun, air mata dah mengalir. Mama dan abah, sakitnya rasa kalau kehilangan mereka... Siapalah sy utk bercakap tentang kehilangan. Tapi, cukup pedih sy rasa bila melihat kawan baik (Sherry dan Shafinaz) kehilangan ayah dulu... Pedih lagi melihat auntie (mama namin) pergi Ramadhan lalu... Saat itu sy tahu, berkali-kali ganda pedih kalau nanti, tiba saat sy kehilangan mereka...

Kenapa sy berniat nak cerita tentang mama dan abah? Beberapa minggu lepas, sy sedar, yang semakin sy dewasa, setiap kali melihat mereka, setiap saat, hampir setiap hari hati mesti merasa sebak. Beribu persoalan timbul... "Kenapa aku membesar terlalu cepat, kenapa mereka semakin tua, kenapa masa aku bersama mereka semakin pendek?" Kadang melihat mereka sahaja, airmata mahu mengalir. Bukan sedih apa, bukan menyalahkan kitaran hidup, cuma sedar dan sedar, setiap saat yang berlalu bermakna masa utk bersama mereka semakin suntuk...

Ya Allah, air mata tak boleh berhenti mengalir... Kakak syg mama abah sangat-sangat :')


Abah, mama... Aqilah sayang sgt mama, Maafkan semua salah silap Aqilah.
Maafkan semua kekasaran andai kata setiap hari kita bersama, 
ada tersinggungkan hati mama abah.


Biar sy cerita tentang mimpi semalam. Jaganya sy dari subuh td bersama linangan air mata. Ya, sy menangis dlm mimpi, dan sy menangis sungguh-sungguh. Airmata basah sewaktu sy terjaga... Pernah juga mcm ni, tapi jarang sy mimpi mcm ni. Semalam, sy mimpi. Sy tahu mainan syaitan, tapi sy cukup rasa sedih. Sy mimpi melihat Angah (kakak Namin) cerita tentang auntie (arwah mama Namin). Dan betapa Namin cuba sembunyikan sedihnya dia sejak auntie tiada. Sy tahu, cerita tu terlalu pedih, tapi lg pedih sbb dlm mimpi tu, sy seolah-olah nampak Auntie dr jauh, tp tak ada org lain boleh nampak auntie... Auntie senyum, tp dia sedih, sedih sebab melihat anak-anaknya bersedih... Sy tahu, auntie pun rindukan keluarganya. Sy menangis nangis sedih, sampai terjaga... 

Mimpi tu mungkin mainan syaitan, Wallahhualam.

Tapi yg sy tahu, memang sekarang setiap hari sy tgk mama dan abah, selalu rasa sebak walaupun mungkin sy nampak biasa. Selalu sy ckp, "Tak nak kahwin awal sbb tak puas duduk dgn mama dan abah". Mama selalu marah, katanya lambat laun sy perlu kahwin. Kalaulah mereka tahu bahawa sy semakin dewasa dan mula risau tentang waktu sy untuk bersama mereka... Sy bersyukur, sebab sy dilahirkan oleh seorang wanita yg cemerlang sebagai seorang ibu dan isteri, dan berbapakan seorang lelaki yang paling baik sy pernah jumpa dalam dunia ni. Sungguh, sy lihat lelaki lain di dunia ini, baik bapa orang lain atau kawan-kawan, tiada yg sebaik abah... Abah dan mama bukanlah sempurna, semua ada kekurangan dan kelebihan, tapi, merekalah yg terbaik utk sy... Terima kasih Allah, kerana masih meminjamkan mereka kepada aku.

Jujurnya. Kalau nanti tiba masa sy kehilangan salah seorang atau kedua-dua mereka, sy buntu. Sy tak tahu apa yang perlu sy buat, ke mana sy nak pergi, apa lagi perlu sy teruskan dalam hidup ini? Yang pasti... yang sy tahu sy mungkin tak kuat, adalah menahan kerinduan terhadap mereka kelak. Kalau hari ini, kalau rindu sy boleh berlari ke bilik mereka, berbual, mengusik, bergaduh dengan niat bergurau. Tapi kalau nanti mereka tiada? Bilik itu kosong. Handphone itu tidak berguna... Ke benua mana sy cari pun, mereka tak mungkin ada. Kalau ada pun jasad mereka di depan sy, apalah guna ketiadaan roh mereka utk sy peluk, cium, dan melepaskan rindu?

Ya Allah, tolong, aku redha ya Allah kalau nanti tiba masa, kau ambil semula apa yang kau pinjamkan kepada aku. Cuma, aku mohon tolong berikan aku kekuatan supaya dapat beribadah dan menyinari kubur mereka dgn amalan-amalanku. Tolong tetapkan imanku, supaya nanti, aku bertemu mereka di SyurgaMu. Mungkin orang lain rasa sy berfikir terlalu jauh, tapi dlm hati sy sungguh sy berharap, dapat bersama mereka semula di Syurga nanti. Sy mungkin terlalu selesa sekarang dengan apa yang sy perolehi, kasih sayang, kebebasan, kepercayaan, dan mungkin kadang kala akibat terlalu selesa, sy mementingkan diri. Tapi jauh di sudut hati, sy terlalu sayang dua insan ini. Terlalu amat.

Kalau dulu, mungkin masih terlalu muda, sy tak fikir semua ini. Sy tak hargai semua ini. Tapi semakin sy dewasa baru sy sedar dan hargai masa itu emas. Bersama mereka berdua itu emas. Maaf sy tak boleh nak teruskan lagi menulis, sy tak mampu. Airmata sy tak berhenti dari td. Cuma yang penting, Aqilah syg mama dan abah sangat-sangat, tolong maafkan semua salah dan silap Aqilah kalau salah seorang dari kita pergi dulu nanti... Terima kasih tak terhingga utk semuanya. :)

7 comments:

Anonymous said...

salam anakandaku...alhamdulilah mama bersyukur dikurniakan seorang anak yang baik dan mendengar kata...walaupun semasa dilahirkan anakanda banyak ragam...tetapi abah selalu berkata tangisan baby itu berzikir ....Aqilah mama dan abah selalu berdoa semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik sehingga tugas kami berdua selesai...Selagi anak mama tidak berkahwi dan berkeluarga selagi itulah kami tidak tenang...Kami akan pastikan mama berdua sempat menimang cucu yang comel comel...Bila Aqilah sudah ada tanggungjawab dan commitment terhadap keluarga Aqilah akan menjadi lebih kuat..kuat dalam menghadapi gelombang kehidupan...Ingat sayang dunia ini hanya pinjaman dan tempat persinggahan sementara kita semua pulang ke kampung asal kita yang kekal abadi...Bila kami dijemput ke sana Aqilah pasti bersedih...mama tahu tetapi kesedihan itu akan terubat dengan kehadiran zuriat mama iaitu anak anak aqilah...Insyaallah kita pasti akan bertemu di syurga nanti...Kuatkan hati,,kuatkan iman dan ingat akan kekuasaan Allah.....kami berdua sudah hidup lama dan biarlah nak mama merasai hidup berkeluarga...mama berdua sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak mama...Ingat di mana dan bila kita berada selagi hidup kita berlandaskan Al quran...hidup kita pasti akan selamat..moga anak mama panjang umur...bertemu jodoh yang soleh dan dapat membahagiakan kakak sebaimana mama dan abah membahagiakan anak mama...InsyaALLAH

Rara Nasiha said...

dear takmo sedih2. both of them love you so much. :)

ra|nbOw said...

Salam mama. Thank you utk semua doa, dorongan mama... Qla harap mama dan abah dpt berada di sisi qla sampai bila2 :')

Rara, thank you! Sedih sbb tau mereka syg sy. hehe

tiafazunia said...

sedihnya baca ni. air mata tia pon mengalir sekali. sama mcm tia fikir.

tp betul ckp mama qila, ayah n mama pon tak sabar nak tia kahwin sbb at least sebelum diorang pergi diorang dpt tgk dgn siapa tanggungjawab diorang beralih arah. siapa yang akan jaga tia bila diorang takde nnt. baru diorang akan rasa tenang..

and bila diorang xde, dialah (joodh kita, hihi) akan jadi kekuatan kita untuk hadapi semua tu...harap harap.. :')

ra|nbOw said...

Oleh itu, cepatlah kawin yang! hihi. :D

nadya ajhman said...

air mata bergenang tunggu masa menitik jer..dah la kat office ni..hee
Qilah buat naiya rindu giler kat umi and abah now.. :'(
beruntung Qilah sebab sentiase ade dgn mama n abah.. :)

ra|nbOw said...

:) qla pun pernah berpisah jauh dr mama abah jgk. esp time diploma dlu. Alhamdulilah skrng turn utk bersama dia org.