Sep 7, 2012

semangat semester baru

Assalamualaikum! :)

Haiii, sekejapnya masa, dah jumaat. Esok sabtu, lusa ahad, kemudian Isnin sudah, semester baru! Few days back waktu dalam bilik, teman aisyah study utk UPSR, fikir nak buat apa sambil teman dia. Kalau tak diteman, dia pergi ambik hp mama dia, dia pergi buka youtube, lagu taylor swift. Menyanyi bukan main, studynya ke mana tahu =,= Sy jugaklah mcm mak nenek duk ckp, "Aisyah, study lah! Banyak main!" Nasib bukan adik, kalau tak lg garang. Hahaha.

So, ambiklah buku nota sem 1, guna yg tu utk sem 2 nanti. Wahh, jimat haaa. Pdhal nampak sgt lecturer ajar, sy tak salin, ye dak? Taklah, sbb lecturer ajar laju, serius, kadang mmg tak tersempat nak salin nota. Hahaha. Ada setgh subject plak, mmg selalu highlight dlm buku je mana yg lecturer tekankan. So buku nota ni taklah habis diconteng dlm 1 semester. Makanya sambil teman mek jijah (aisyah), sy pun merajinkan diri utk menghias sikit buku tu... like this!


Bukan main ha, lukis love atas kerta warna, gunting, tampal! Hahaha. Harap-harap sabar, tabah, dan kuat menjalani sem baru ni. Doa mama abah, dan sokongan semua orang diperlukan dan sgtlah dihargaiiii! Sangat nehhh. Thank youuu btw! :))


Subject, baru 4 boleh register daripada 8 subjects. Bilalah boleh selesai semua. Yuran pun dah siap bayar tau! Semangat2... Semangat apa kene mengene dgn yuran? Thank you abah bayarkan yuran! Hehe... By the way, so far, jadual kelas baru ni, Khamis & Jumaat sampai 9mlm. Yes, you heard me, 9malam 2 hari berturut-turut tauuu! Lepas tu Sabtu kene bangun pagi sbb ada Koko... Indahnyaaa~ tapi tak confirm lglah, tgklah 1st and 2nd week mcm mana, kot-kot boleh adjust :)

Tapi tak apalah, Isnin tak ada kelas. Boleh blah monday blues! Bahaha... Okay, till then! Take care ppl!

2 comments:

Anonymous said...

Selamat menempoh semester 2 agar terus cemerlang...tabah dan kuatkan semangat dalam menempoh apa saja halangan...H..a..l..a..n..g...a..n...bila jiwa kuat dan kental...setiap perkara dapat diatasi dengan mudah..Doa kami seiring waktu...untuk anakanda tercinta...moga berjaya dan berbahaguadi dunia dan akhirat

ra|nbOw said...

Baiklah mama, insya Allah i will try my best to remain calm as it is. Insya Allah i will try to be stronger, wiser than I am today. Thank you mama, tlg doakan selalu. Amin.