Sep 24, 2012

Musim Rambutan Aidilfitri lepas

Assalamualaikum :)

Hari ni kelas petang sampai malam! So bolehlah tulis belog kejap... Lepas ni lagi jarang update kot, dah ada bau-bau assignment yg bakal menimbun dah minggu ketiga ni. Tp kalau dah minat tu, mesti curi masa jgk kan utk tulis blog ni. So busy-busy pun kadang update jgk. Hehe. :D Sampai dah habis basi cerita. Mcm cerita hari ni lah. Sampai dah habis raya haa. Huhu. Raya ni time balik Kelantan hari tu, musim buah rambutan dkt rumah nek ma. Seronok gila!

Tapi kan tgh demam seminggu tu. Jadi makan pun beringat-ingat lagi sbb tekak sakit. Tp lepas tu tengok abah yg sakit tekak pun bantai jgk, makan je lah. Banyak kot, dgn fresh nya, manisnya, banyak sampai tak termakan dah. Sampaikan semua adik-beradik abah bawa balik rumah berplastik-plastik sorang. Itu pun sampai tak muat kereta dah. Pun tak habis lagi.


 Abah dengan semangatnya. 


 Rambutan merah, rambutan budak sekolah.


 Dekat sini bolehlah tengok ayam. 


 Rambutan kuning plak! Yes, buah dia boleh kutip mcm tu je. 


 Mama kesygan dgn Ammar comel anak mak sue la. Ammar pun suka mkn!


Rambutan merah dan kuning yang sama laku. Sedapnyaaa!


Walaupun time ambil rabutan merah ni banyak nyamuk, ku gagahkan juga kaki utk ambil gambar. Haha. Nasib baik tak ada pacat dengan penyengat mcm tahun lepas. Kadang bila balik ada buah katak puru, buah langsat, buah mata kucing. Tengok musimlah. That's the best thing ever about going back to kampung! :D

Till then, happy Monday everyone! :)


4 comments:

Anonymous said...

Sedap makan buah dari pokok....tapi bila ada kebun banyak pula nyamok dlm kebunkan....tapi memang best..

ra|nbOw said...

Banyak nyamuk! tp mmg bestlah :D

ahmadhiSyam said...

tembamnya budak ammar tu...cute!

ra|nbOw said...

ahah, sgt cute kot! :)