Sep 10, 2012

Memperkenalkan, keluarga belah abah :)

Assalamualaikum :) 

Selalunya asyik cerita tentang family belah mama je kan? Malam ni cerita tentang family belah abah. Sebenarnya family abah, kte org jarang berkumpul. Selalunya bila balik beraya atau ada ahli keluarga yang kahwin je baru dapat berkumpul. Kadang ada jugak yang duduk di Sg Buloh (3 daripada 5 adik abah) singgah rumah dkt KL ni. Oh, abah anak sulung. Hehe. Ni semua time raya dkt rumah pak ngah waktu dkt Kelantan hari tu. Dari rumah nek ma dkt Machang, kami semua (5 daripada 6 beradik abah) berkumpul di rumah pak ngah di Kota Bharu. 


Sampai je rumah pak ngah, terus boleh nampak kolam ikan dengan air pancut buatan ni.
Pak ngah sangat suka pokok bonsai, jd landscape rumah pak ngah mmglah sgt lawa. 


Ini plak belah kanan rumah pak ngah. Lawa gila kan? Suka kot tengok semua ni.
Sebab dulu waktu kecik, abah pun suka bonsai. Tapi bila pindah sarawak, tinggal semua... Huhu.


Bonsai kecik yg comel. Ni salah satu koleksi pak ngah.


Dari kiri : Syaza, Makcik Ida, Mama, Mak Ngah, Nek ma, Ainaa, Ammar

Syaza cousin sy, Makcik ida tu mak Syaza, Mak ngah tu dah tentu lah isteri pak ngah kan. Hewhewhew. 
Nek ma, nenek sy, dari nek ma lah sy warisi keturunan Cina. Adik beradik nek ma yg lain semua Chinese.
Ainaa, sepupu sy, anak kedua pak ngah dan mak ngah yg sgt pandai masak! Sedap semuanya!


Mak Sue La dan Ammar. Mak sue la ni adik bongsu abah. Ammar si comel ni anak mak sue la.
Selalunya kalau balik rumah nek ma, sy akan borak sampai lewat mlm dgn mak sue la je lah. Hehe.


Okay, yg ni semua dah diperkenalkan tadi. Kecuali yang kanan sekali : Amira, si budak kecik comel!
Yang Ainaa dukung tu namanya Amira, anak sulung pak cik awie (adik ke 5 abah).


Dari kiri : Hanafi, Ayah Su, Pakcik Awie, Abah, Pakcik Hassan, Zulhelmi, Pak ngah.
Yang depan pakai tshirt hard rock ni, Sepupu sulung, Aizat. Sy sepupu kedua sulung belah abah.

Hanafi dgn Zulhelmi tu sepupu sy jugak. Ayah su, suami kpd mak sue la. Pakcik awie. ayah kepada Amira.
Pakcik hassan suami kpd makcik ida, ayah kpd Hanafi, Zulhelmi. Haaa, pak ngah lah tuan rumah. Cuba tengok muka adik beradik abah, semua putih macam cina. (Pak ngah, Pakcik Awie, Makcik Ida, Mak sue la) Abah je muka Melayu sbb makin gelap sejak hampir 10 tahun lepas, asyik main golf. :P


3 Generasi.


Ha dekat wakaf plak. Ada yg panggil wakaf, ada yg panggil gazebo. 
Ini dkt pokok bonsai banyak-banyak tadi.


Ammar! Ammar antara sepupu paling muda sekarang. Tapi ada lagi seorang yg kecik lg.
Ammar comel gilaaa, I mean dah lah muka comel, badan tembam, yg lagi comelnya sbb Ammar baik gila! Lepas tu dia periang sangat, dia boleh baik dgn semua org. Suka tgk dia gelak and main. Kalau pasang lagu je, mesti dia menari-nari. Haha.


Raya dah nak habis, update pasal raya tak habis-habis lg. Dah hujung cuti ni baru ada masa lebih sikit. Hujung cuti apa? Hakikatnya hari ni hari pertama semester baru. Update blog sebab, sebab malas nak iron baju utk esok. Boleh?

Esok akan mula bangun sesudah subuh semula. Eh bukan, sebelum subuh. Perlu tidur awal! Sebab dah rasa mengantuk, and nak iron baju pagi esok je. Hehe. Selamat kembali ke sekolah pd semua orang yang masih lagi belajar! Best of luck, take care ppl!


2 comments:

Anonymous said...

Teruskan menulis....mama rindukan tulisan kakak....terima kasih atas tulisan dan coretan ini ....sekurang kurangnya kita akan selalu mengingati walaupun jarang bertemu..

ra|nbOw said...

Insya Allah mama... Tak ada yg istimewa pun di blog ini. Thank you mama :)