Sep 24, 2012

Musim Rambutan Aidilfitri lepas

Assalamualaikum :)

Hari ni kelas petang sampai malam! So bolehlah tulis belog kejap... Lepas ni lagi jarang update kot, dah ada bau-bau assignment yg bakal menimbun dah minggu ketiga ni. Tp kalau dah minat tu, mesti curi masa jgk kan utk tulis blog ni. So busy-busy pun kadang update jgk. Hehe. :D Sampai dah habis basi cerita. Mcm cerita hari ni lah. Sampai dah habis raya haa. Huhu. Raya ni time balik Kelantan hari tu, musim buah rambutan dkt rumah nek ma. Seronok gila!

Tapi kan tgh demam seminggu tu. Jadi makan pun beringat-ingat lagi sbb tekak sakit. Tp lepas tu tengok abah yg sakit tekak pun bantai jgk, makan je lah. Banyak kot, dgn fresh nya, manisnya, banyak sampai tak termakan dah. Sampaikan semua adik-beradik abah bawa balik rumah berplastik-plastik sorang. Itu pun sampai tak muat kereta dah. Pun tak habis lagi.


 Abah dengan semangatnya. 


 Rambutan merah, rambutan budak sekolah.


 Dekat sini bolehlah tengok ayam. 


 Rambutan kuning plak! Yes, buah dia boleh kutip mcm tu je. 


 Mama kesygan dgn Ammar comel anak mak sue la. Ammar pun suka mkn!


Rambutan merah dan kuning yang sama laku. Sedapnyaaa!


Walaupun time ambil rabutan merah ni banyak nyamuk, ku gagahkan juga kaki utk ambil gambar. Haha. Nasib baik tak ada pacat dengan penyengat mcm tahun lepas. Kadang bila balik ada buah katak puru, buah langsat, buah mata kucing. Tengok musimlah. That's the best thing ever about going back to kampung! :D

Till then, happy Monday everyone! :)


Sep 19, 2012

Wordless Wednesday #13

Assalamualaikum :)

Recent purchased - Compilation of Under 18! :') 


One of the things I miss the most from childhood time! 


Sep 18, 2012

Selamat pengantin baru Nadia Izzah

Assalamualaikum :)

It's my 2nd week of my 2nd semester and I still haven't finished posting about my 2 months holiday! Enough about raya, nanti I sambung lg.. Haha. Today, I just wanna share about one of my sweetheart's wedding which was held on 25th August 2012! Tahniah, Wan  Nadia Izzah syg! She's a close friend of mine which used to be my add math sifu! She sat in front of me during my upper form (form 4 & 5) in MRSM Kuala Lipis. So sbb duduk depan-belakang je, bnyk jugak berkongsi luahan hati. Heh. Those time~

And here, again, I would like to thank both mama & abah sbb sudi teman singgah ke Terengganu sekejappp je, semata-mata sbb nak attend wedding ni! Thank you so much mama & abah! *hugsss* And thank you jgk dkt kesygan ainaaamira sebab tlg jd penyambut tetamu terhormat I! =,= Thank you yang sbb teman dr awal, sampai jmpa pengantin, sampai mkn, sampai balik hantar ke kereta hahhh. Tp kita tak ada gambar sama! Boleh?


The super nice groom Azim, the super gorgeous bride Nadia Izzah and me. 
I am so glad that I made it to her wedding day :') Alhamdulilah. 


Teringat few months back bila dia ckp dia nak kahwin... Mcm tak percaya! I was one of those yg paling awal dpt tau. It was so hard to keep my mouth shut from talking about a great news like this! Hehe... But I was super happy, and excited, and tersengih-sengih sambil whatsapp dgn dia. Rasa nak meletup je tunggu nak bercerita dgn Ainaa! Ohhh, ainaa pun rapat dgn Izzah. So, kami sama-sama excited gila bila Izzah ckp dia nak kahwin! Walaupun sedikit rushing time majlis hari tu, jumpa schoolmate lama pun hye2 & salam-salam je, tp sgt sgtlah happy sbb dpt jgk attend wedding Izzah... :)



Nadia Izzah. 


One of my closest friend from Terengganu. Dia ni, sangat simple orgnya. Only talk when she has to. She's super smart, a beauty with brain. Hebat gila okay, kecil-kecil cili padi. Straight A's student. Oh ya, sebenarnya blog ni wujud pun sbb dia. thee. Dia yg ajak tulis blog. And I only met her twice since we left high school. Soo, sangat rindu! Sekarang tgh bertungkus lumus tamatkan ijazah di Mesir, tahun dpn balik Malaysia dgn gelaran Dr. Wan Nadia Izzah insya Allah =)


Syg, muka awak sgtlah berseri-seri wkt sy mula-mula nampak awk dari jauh. :)
Am so so happy for you. Doakan awak bahagia sampai syurga!


Happy sangat bila kawan bahagia, 
cukup hanya dgn pandang mata dia.

Sep 15, 2012

Fresh cherry

Assalamualaikum :)



Pernah makan tak cherry merah ni? Selalunya atas ice cream atau atas cake.
Kalau sy lah, tak suka makan. Sbb manis gila kan, sbb diawetkan. 


But then, hari tu time mama pergi Chow Kit, beria-ria dia cerita dia nampak ada org jual buah cherry fresh. Al-maklumlah dkt Malaysia ni kan, susah nak cari buah macam cherry ni, apricot apa semua... But at least sekarang dkt supermarket dah banyak jugak jual apricot, peach and avocado, just mmg mahal jugaklah kan nak compare dgn buah lain... Tapi still, cherry fresh, sgt jarang nak jumpa. 

Sampailah pertengahan puasa hari tu, mama pergi Chow Kit lagi, dia dengan gembiranya bawa balik buah cherry fresh ni. Kira first time lah kita org nak makan yg fresh... Selama ni makan yg awet je. Sekali makan, wahhhh, lain gila dgn yg awet tu, sedapnyaaa!  


Harga tak nak kalah tau, 1KG = RM50.


Lagi gelap warna dia, lagi manis. Kalau merah, masam-masam manis.


Kalau teringin nak makan, beli 500g pun dah cukup, saja rasa kan? Tapi puas hati juga lah akhirnya dpt makan yg fresh! Hehe. Sampai ambik gambar ha. Beria tak beria? :D

Nanti bila-bila tetiba teringin ke, carilah dkt Chow Kit! Insya Allah ada. Till then ppl, good night!


Sep 12, 2012

Setiap kali memandang mama dan abah...

Assalamualaikum :)

Dah lama berniat nak tulis, cuma selalunya jari ni tak tergerak... kaku, tak tahu nak mula dari mana. Hari ini, dengan cuaca hujan, dengan mimpi malam semalam, mungkin saat yg sesuai. Mama dan abah. Jujurnya, belum mula menaip, sekadar terfikir utk buat post ini pun, air mata dah mengalir. Mama dan abah, sakitnya rasa kalau kehilangan mereka... Siapalah sy utk bercakap tentang kehilangan. Tapi, cukup pedih sy rasa bila melihat kawan baik (Sherry dan Shafinaz) kehilangan ayah dulu... Pedih lagi melihat auntie (mama namin) pergi Ramadhan lalu... Saat itu sy tahu, berkali-kali ganda pedih kalau nanti, tiba saat sy kehilangan mereka...

Kenapa sy berniat nak cerita tentang mama dan abah? Beberapa minggu lepas, sy sedar, yang semakin sy dewasa, setiap kali melihat mereka, setiap saat, hampir setiap hari hati mesti merasa sebak. Beribu persoalan timbul... "Kenapa aku membesar terlalu cepat, kenapa mereka semakin tua, kenapa masa aku bersama mereka semakin pendek?" Kadang melihat mereka sahaja, airmata mahu mengalir. Bukan sedih apa, bukan menyalahkan kitaran hidup, cuma sedar dan sedar, setiap saat yang berlalu bermakna masa utk bersama mereka semakin suntuk...

Ya Allah, air mata tak boleh berhenti mengalir... Kakak syg mama abah sangat-sangat :')


Abah, mama... Aqilah sayang sgt mama, Maafkan semua salah silap Aqilah.
Maafkan semua kekasaran andai kata setiap hari kita bersama, 
ada tersinggungkan hati mama abah.


Biar sy cerita tentang mimpi semalam. Jaganya sy dari subuh td bersama linangan air mata. Ya, sy menangis dlm mimpi, dan sy menangis sungguh-sungguh. Airmata basah sewaktu sy terjaga... Pernah juga mcm ni, tapi jarang sy mimpi mcm ni. Semalam, sy mimpi. Sy tahu mainan syaitan, tapi sy cukup rasa sedih. Sy mimpi melihat Angah (kakak Namin) cerita tentang auntie (arwah mama Namin). Dan betapa Namin cuba sembunyikan sedihnya dia sejak auntie tiada. Sy tahu, cerita tu terlalu pedih, tapi lg pedih sbb dlm mimpi tu, sy seolah-olah nampak Auntie dr jauh, tp tak ada org lain boleh nampak auntie... Auntie senyum, tp dia sedih, sedih sebab melihat anak-anaknya bersedih... Sy tahu, auntie pun rindukan keluarganya. Sy menangis nangis sedih, sampai terjaga... 

Mimpi tu mungkin mainan syaitan, Wallahhualam.

Tapi yg sy tahu, memang sekarang setiap hari sy tgk mama dan abah, selalu rasa sebak walaupun mungkin sy nampak biasa. Selalu sy ckp, "Tak nak kahwin awal sbb tak puas duduk dgn mama dan abah". Mama selalu marah, katanya lambat laun sy perlu kahwin. Kalaulah mereka tahu bahawa sy semakin dewasa dan mula risau tentang waktu sy untuk bersama mereka... Sy bersyukur, sebab sy dilahirkan oleh seorang wanita yg cemerlang sebagai seorang ibu dan isteri, dan berbapakan seorang lelaki yang paling baik sy pernah jumpa dalam dunia ni. Sungguh, sy lihat lelaki lain di dunia ini, baik bapa orang lain atau kawan-kawan, tiada yg sebaik abah... Abah dan mama bukanlah sempurna, semua ada kekurangan dan kelebihan, tapi, merekalah yg terbaik utk sy... Terima kasih Allah, kerana masih meminjamkan mereka kepada aku.

Jujurnya. Kalau nanti tiba masa sy kehilangan salah seorang atau kedua-dua mereka, sy buntu. Sy tak tahu apa yang perlu sy buat, ke mana sy nak pergi, apa lagi perlu sy teruskan dalam hidup ini? Yang pasti... yang sy tahu sy mungkin tak kuat, adalah menahan kerinduan terhadap mereka kelak. Kalau hari ini, kalau rindu sy boleh berlari ke bilik mereka, berbual, mengusik, bergaduh dengan niat bergurau. Tapi kalau nanti mereka tiada? Bilik itu kosong. Handphone itu tidak berguna... Ke benua mana sy cari pun, mereka tak mungkin ada. Kalau ada pun jasad mereka di depan sy, apalah guna ketiadaan roh mereka utk sy peluk, cium, dan melepaskan rindu?

Ya Allah, tolong, aku redha ya Allah kalau nanti tiba masa, kau ambil semula apa yang kau pinjamkan kepada aku. Cuma, aku mohon tolong berikan aku kekuatan supaya dapat beribadah dan menyinari kubur mereka dgn amalan-amalanku. Tolong tetapkan imanku, supaya nanti, aku bertemu mereka di SyurgaMu. Mungkin orang lain rasa sy berfikir terlalu jauh, tapi dlm hati sy sungguh sy berharap, dapat bersama mereka semula di Syurga nanti. Sy mungkin terlalu selesa sekarang dengan apa yang sy perolehi, kasih sayang, kebebasan, kepercayaan, dan mungkin kadang kala akibat terlalu selesa, sy mementingkan diri. Tapi jauh di sudut hati, sy terlalu sayang dua insan ini. Terlalu amat.

Kalau dulu, mungkin masih terlalu muda, sy tak fikir semua ini. Sy tak hargai semua ini. Tapi semakin sy dewasa baru sy sedar dan hargai masa itu emas. Bersama mereka berdua itu emas. Maaf sy tak boleh nak teruskan lagi menulis, sy tak mampu. Airmata sy tak berhenti dari td. Cuma yang penting, Aqilah syg mama dan abah sangat-sangat, tolong maafkan semua salah dan silap Aqilah kalau salah seorang dari kita pergi dulu nanti... Terima kasih tak terhingga utk semuanya. :)

Sep 10, 2012

Memperkenalkan, keluarga belah abah :)

Assalamualaikum :) 

Selalunya asyik cerita tentang family belah mama je kan? Malam ni cerita tentang family belah abah. Sebenarnya family abah, kte org jarang berkumpul. Selalunya bila balik beraya atau ada ahli keluarga yang kahwin je baru dapat berkumpul. Kadang ada jugak yang duduk di Sg Buloh (3 daripada 5 adik abah) singgah rumah dkt KL ni. Oh, abah anak sulung. Hehe. Ni semua time raya dkt rumah pak ngah waktu dkt Kelantan hari tu. Dari rumah nek ma dkt Machang, kami semua (5 daripada 6 beradik abah) berkumpul di rumah pak ngah di Kota Bharu. 


Sampai je rumah pak ngah, terus boleh nampak kolam ikan dengan air pancut buatan ni.
Pak ngah sangat suka pokok bonsai, jd landscape rumah pak ngah mmglah sgt lawa. 


Ini plak belah kanan rumah pak ngah. Lawa gila kan? Suka kot tengok semua ni.
Sebab dulu waktu kecik, abah pun suka bonsai. Tapi bila pindah sarawak, tinggal semua... Huhu.


Bonsai kecik yg comel. Ni salah satu koleksi pak ngah.


Dari kiri : Syaza, Makcik Ida, Mama, Mak Ngah, Nek ma, Ainaa, Ammar

Syaza cousin sy, Makcik ida tu mak Syaza, Mak ngah tu dah tentu lah isteri pak ngah kan. Hewhewhew. 
Nek ma, nenek sy, dari nek ma lah sy warisi keturunan Cina. Adik beradik nek ma yg lain semua Chinese.
Ainaa, sepupu sy, anak kedua pak ngah dan mak ngah yg sgt pandai masak! Sedap semuanya!


Mak Sue La dan Ammar. Mak sue la ni adik bongsu abah. Ammar si comel ni anak mak sue la.
Selalunya kalau balik rumah nek ma, sy akan borak sampai lewat mlm dgn mak sue la je lah. Hehe.


Okay, yg ni semua dah diperkenalkan tadi. Kecuali yang kanan sekali : Amira, si budak kecik comel!
Yang Ainaa dukung tu namanya Amira, anak sulung pak cik awie (adik ke 5 abah).


Dari kiri : Hanafi, Ayah Su, Pakcik Awie, Abah, Pakcik Hassan, Zulhelmi, Pak ngah.
Yang depan pakai tshirt hard rock ni, Sepupu sulung, Aizat. Sy sepupu kedua sulung belah abah.

Hanafi dgn Zulhelmi tu sepupu sy jugak. Ayah su, suami kpd mak sue la. Pakcik awie. ayah kepada Amira.
Pakcik hassan suami kpd makcik ida, ayah kpd Hanafi, Zulhelmi. Haaa, pak ngah lah tuan rumah. Cuba tengok muka adik beradik abah, semua putih macam cina. (Pak ngah, Pakcik Awie, Makcik Ida, Mak sue la) Abah je muka Melayu sbb makin gelap sejak hampir 10 tahun lepas, asyik main golf. :P


3 Generasi.


Ha dekat wakaf plak. Ada yg panggil wakaf, ada yg panggil gazebo. 
Ini dkt pokok bonsai banyak-banyak tadi.


Ammar! Ammar antara sepupu paling muda sekarang. Tapi ada lagi seorang yg kecik lg.
Ammar comel gilaaa, I mean dah lah muka comel, badan tembam, yg lagi comelnya sbb Ammar baik gila! Lepas tu dia periang sangat, dia boleh baik dgn semua org. Suka tgk dia gelak and main. Kalau pasang lagu je, mesti dia menari-nari. Haha.


Raya dah nak habis, update pasal raya tak habis-habis lg. Dah hujung cuti ni baru ada masa lebih sikit. Hujung cuti apa? Hakikatnya hari ni hari pertama semester baru. Update blog sebab, sebab malas nak iron baju utk esok. Boleh?

Esok akan mula bangun sesudah subuh semula. Eh bukan, sebelum subuh. Perlu tidur awal! Sebab dah rasa mengantuk, and nak iron baju pagi esok je. Hehe. Selamat kembali ke sekolah pd semua orang yang masih lagi belajar! Best of luck, take care ppl!


Sep 7, 2012

semangat semester baru

Assalamualaikum! :)

Haiii, sekejapnya masa, dah jumaat. Esok sabtu, lusa ahad, kemudian Isnin sudah, semester baru! Few days back waktu dalam bilik, teman aisyah study utk UPSR, fikir nak buat apa sambil teman dia. Kalau tak diteman, dia pergi ambik hp mama dia, dia pergi buka youtube, lagu taylor swift. Menyanyi bukan main, studynya ke mana tahu =,= Sy jugaklah mcm mak nenek duk ckp, "Aisyah, study lah! Banyak main!" Nasib bukan adik, kalau tak lg garang. Hahaha.

So, ambiklah buku nota sem 1, guna yg tu utk sem 2 nanti. Wahh, jimat haaa. Pdhal nampak sgt lecturer ajar, sy tak salin, ye dak? Taklah, sbb lecturer ajar laju, serius, kadang mmg tak tersempat nak salin nota. Hahaha. Ada setgh subject plak, mmg selalu highlight dlm buku je mana yg lecturer tekankan. So buku nota ni taklah habis diconteng dlm 1 semester. Makanya sambil teman mek jijah (aisyah), sy pun merajinkan diri utk menghias sikit buku tu... like this!


Bukan main ha, lukis love atas kerta warna, gunting, tampal! Hahaha. Harap-harap sabar, tabah, dan kuat menjalani sem baru ni. Doa mama abah, dan sokongan semua orang diperlukan dan sgtlah dihargaiiii! Sangat nehhh. Thank youuu btw! :))


Subject, baru 4 boleh register daripada 8 subjects. Bilalah boleh selesai semua. Yuran pun dah siap bayar tau! Semangat2... Semangat apa kene mengene dgn yuran? Thank you abah bayarkan yuran! Hehe... By the way, so far, jadual kelas baru ni, Khamis & Jumaat sampai 9mlm. Yes, you heard me, 9malam 2 hari berturut-turut tauuu! Lepas tu Sabtu kene bangun pagi sbb ada Koko... Indahnyaaa~ tapi tak confirm lglah, tgklah 1st and 2nd week mcm mana, kot-kot boleh adjust :)

Tapi tak apalah, Isnin tak ada kelas. Boleh blah monday blues! Bahaha... Okay, till then! Take care ppl!

Sep 6, 2012

Cousin's engagement on 3rd Syawal

Assalamualaikum :)

On the third day of Syawal, (the last day in Terengganu) salah seorang sepupu saya bertunang! Alhamdulilah a step closer to marriage. Memang tahun ni tahun perkahwinan sepupu sepapat betul. Huhu. Just a simple small ceremony, with family members of both sides and close friends of my cousin (Siti). Siti is 24, same age with kma, and insya Allah akan kahwin hujung tahun ni atau awal tahun depan. 

Siti adalah anak Pak Long (abg sulung mama) and adik kepada kak Sally tersyg! Mcm biasa naa, mai tgk gambar sikit, and of course dipenuhi oleh gambar family yg suka bebenor bergambar! :P

Mini pelamin, Black Red and White. 


Mama memang selalu jadi orang kuat di dapur dalam family. You can really count on her. :)
Dengan kak sally yang banyak uruskan pertunangan adiknya seorang ni.


Pengantin baru, (baru ke?) Haha. Aban dan kma. Coklat love pink tu, Siti yang buat.
Sebagai hantaran utk pihak lelaki. Mama yang ajar! Yeay!


Ayie, Teh, Lishah, Kak Sally and abah ngah. Lishah tu doctor terlampau! Bahaha.


Teh yang rasmikan dulu... Laju je nak bergambar. Hoho.


Pak Long (ayah kak Sally dan Siti) dengan cik... Pak long satu-satunya anak lelaki dlm family mama.
Bukan main mak dgn anak, macam bercinta uolls!


Tak habis-habis dgn posing ni tau. Menyempat kma dgn Kak Sally.


Kak Sally, Siti, Kma, Asma. Asma ni adik bongsu Kak Sally...


Abah jadi orang kuat urusan bertunang, merisik ni selalunya dalam family. 
Memang selalunya abah lah yang bercakap, dulu utk kma, mak sue la, kak lin jgk kot. 


Sarung cincin dah! yeay!


Siti dengan cincin, wink.


Inilah tunangnya, Man. Orang Terengganu jgk... 


Family! 


Selesai semua, lebih kurang pukul 2ptg, family sy bergerak ke Kelantan. Teh, mama ngah semua terus bergerak balik ke Kuantan. Next update tentang Kelantan plak! :) 

Sep 5, 2012

Adding some color to my room

 Assalamualaikum! :)

Most of the time, I can't stand lights when I'm trying to sleep. I can sleep with them on too, but it takes a little longer til I really fall asleep. The darker, the better. Well, I need my room to be dark and cozy after a long hot sunny day (usually) in Malaysia. I have a hard enough time getting to sleep as it is. Leaving the lights on would definitely make it harder to sleep. Normally I sleep with them off but if I am too tired to move and the light is on, I can still easily fall asleep (most of the cased, after a long dayyy full of classes).

BUT, few days back, when I was in Penang, I can't resist myself from looking at this colorful ball shaped lights, and the best part is, my auntie (Teh) gave it to me as a present! Thank you teh! The lights added some colors to my room during night! Ahh, I'm falling in love with my room over and over again, too many fancy things are here! :P Naaa, kididng, it just me. I am easily attracted to tiny cute things and I keep all the stuffs which means a lot to me (high sentimental value) in my room til I have no more space in this room. But still, whenever I left home for couple of days for a trip or vacation, things I miss the most about my home are my fluffy cats, Sugar & Pepper, and my room! Okay enough talking, let's check it out!

Yes, it's long, which consist of 20 balls of light and 3 different shades of pink color.
and my new desktop! (will definitely make a special post about it)



 Ohhhh pretty lights, my super-early birthday present & surprise (new desktop), anddd...
a close up shot of Sugar as my wallpaper! Hihi...



 Cute little speaker and cute little ball!



And lastly, a zoom-in picture of the ball!


Good night, have a beautiful nightmare! :)


Sep 4, 2012

Terengganu, raya pertama

Assalamualaikum :)

Raya dah nak habis, cuti sy pun kurang seminggu je tinggal, sobsob, sumpah cuti kali ni tak puas! Banyak sgt aktiviti. Eh? All rite jgk, org lain sampai tataw nak buat apa, kita plak mcm-mcm kita buat. Mula-mula 3 minggu pertama tu je rasa lamanya tak pergi kelas, then tgk dah nak habis. Okay, mcm biasa, banyak gambar. Ini pun dah kurangkan khas utk blog. 

Tiap tahun, kalau beraya giliran mama, kami akan berkumpul di Kuantan dulu, a day before Aidilfitri or on the 1st morning of Aidilfitri. Then, kami ramai-ramai bergerak ke Terengganu, Selalunya tidur sana 2 malam, which mean until the 3rd day of Aidilfitri. We always stayed at Sumai Suite Hotel, every year, sbb sana apartment selesa, with kitchen and hall, and very comfortable. Lagi best sbb bersebelahan je dgn Pantai Batu Burok! :) And these are the pictures on the 2nd day of Aidilfitri in Padang Midin, Kuala Terengganu. 


Aban & Akma... Oh tu baby 2 pupu kami yg sgt sgt comel. 


Aisyah pun nak jugak. Aisyah (12) ni sepupu ke-2 bongsu selepas Bella (11). 
Yes, dia sangat kecik dan berumur 12thn. Sbb dia kecik sgt, kdg lupa dia dah besar.


Mama abah :)


Family teh. Teh dgn 4 org anak kesygan, dan seorg menantu. Lg 2 org anak teh raya dgn mentua.


Abah ngah, mama ngah, dan Faris. 2 lagi pun beraya rumah mentua.


Teh, cik, Ayie. Nak ambik gambar ni macam-macam jadi. Lawak btol. 


Menu wajib kami di Terengganu, nasi dagang! sedap mak long buat!


Ketupat palas yang tak sempat makan satu pun raya kali ni.


Gambar antik adik beradik mama dan Along ya. Arwah ayah (datuk) dan cik.
Klasik gila. Carilah mana mama time kecik :P


Ini gambar rumah pertama je, rumah kedua, ketiga semua dah tak larat. Haha. Tak larat kekenyangan! Rumah kedua makan sate ramai-ramai. Rumah ketiga dan keempat, singgah sekejap-sekejap. Mmg di Padang Midin ni mesti singgah 4 buah rumah utama, semua sepupu mama. 

Nanti akan update raya ke3 plak! Busy sangat, tak menyempat. Okbai! Stay safe.