Aug 8, 2012

Tabung Ifthar utk Ramadhan Rohingya

Assalamualaikum :)

Beruntunglah kita dilahirkan dlm negara yang  murah rezekinya, jarang nak dilihat orang yang kelaparan walaupun ada segelintir yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Alhamdulilah.

Just nak share tentang usaha Global Peace Mission (GPM) Malaysia untuk membantu 5,000 keluarga dalam kebuluran di Myanmar. Anggaran setiap keluarga memerlukan RM200 untuk 5 bahan keperluan asas seperti  beras, minyak masak, terpung, kacang dhal dan susu. Eh, jangan pulak fikir, "mana ada duit nak bagi RM200". Tak, tak semestinya bagi RM200, bagilah ikut kemampuan. Nanti akan diagihkan kepada mereka semua yang memerlukan. RM5 pun, campur-campur banyak-banyak kan boleh jadi RM100 juga? :)


 Alhamdulilah, setakat 2 Ogos 2012, hampir RM190, 000 terkumpul hasil kutipan derma rakyat Malaysia.


The likeness of those who spend their wealth in Allah's way is as the likeness of a grain which groweth seven ears, in every ear a hundred grains. Allah giveth increase manifold to whom He will. Allah is All-Embracing, All-Knowing - Al-Baqarah (261)


Untuk menyumbang, di sini disertakan akaun Maybank dan Bank Islam. 
Tarikh akhir utk sumbangan  = 12 Ogos 2012. 


Yang lagi bagus, kalau kita memang tak mampu utk tolong utk menyumbang dengan jumlah besar, yerlah persiapan raya lagi, banyak duit nak guna kan? Sitll, kita boleh derma RM1.50 utk setiap lagu bertajuk "Sengsara" yang di-download. See, so many ways to help! :)

Untuk info lebih lanjut boleh lah tengok Facebook Global Peace Mission (GPM) Malaysia <--- clickable. 




Dan terkini, melalui SMS!

Tak kisahlah siapa pun mereka, Islam tak membataskan golongan tertentu utk dibantu atau menerima sumbangan kita. Selamat berpuasa dan beramal di bulan mulia ini! :)



No comments: