Aug 30, 2012

Malam rayaaa main bunga api

Assalamualaikum :)

Lamanyaaa tak update blog! Rindu kot, hahaha. Biasalah blog ni kan mcm kekasih sejati, dah dekat 5 tahun dah kan! Banyak gila benda nak cite! Slow-slow okay. Post by post. Ohh, Banyak sebabnya tak update, beberapa hari sebelum raya, laptop rosak. Huaaa, yes, dah 3 years and a half compaq tu, nak raya jgk lah dia nak rosak, terus muka sememeh je beli baju raya, mama pun naik risau. Risau risau pun sambar jgk baju raya :D Motherboard yg rosak, tak boleh buat apalah. Tapi taklah terus rosak, just susah nak on. Try 20kali ke, baru dia on. Pfttt~

Okay, back to the main topic, sehari before raya kita balik Kuantan dulu... Berkumpul semua adik-beradik mama. Tp tahun ni, tak ramai yg ada, semua sepupu-sepupu beraya rumah mentua masing-masing. Tu lahhh korang ni kawin awal sgt. T___T Tinggal lah berapa kerat je nak main bunga api pun. Malam raya ni kita start demam dah. Tskkk... Al kisahnya, dia orang pun saja nak try buat bentuk-bentuk lah, I Love You lah guna bunga api, haaa, ambik je lah gambar. Bukan main gigih nak buat I Love You. Haha.


Ini baru test-test je, buat bentuk bulat dulu. Main bunga api berempat je kot, syahdu tak?
Kma, aban (suami kma), aisyah dan tukang tangkap gambor ni lah. 



Aban (suami kma) dengan bangganya cakap bintang dia lawooo. Haaa, lawooo lah. Hahaha.
Kita main snap je, tak tgk setting camera sgt. Heh



Yesss, kma yg gigih buat bentuk love. Besar gedabak ha dia buat. Hahaha... 
Utk suami tercinta lettew :P



Ni hasil setelah dkt seploh kali depa nak buat I Love You. 
Jap lg, sorang bunga api dah nak padam lah, sorang baru nak nyala lah. Haha.


Okaylah, di sini, nak ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dkt semua orang, seriously semua orang. Orang yg pernah gaduh dgn kita ke, benci kita tanpa sebab ke, ada salah faham zaman hingusan dulu ke, betul, sungguh ni, kita minta maaf. Harap semua org pun boleh memaafkan, insya Allah, sama-sama blh tenang, tak gitu? :D

Okay, beraya tu, beraya jgk, jaga kesihatan! kita pun ada lagi saki-baki demam ni. Huhu. Esok nak pergi utara plak sampai Ahad. Jalan sakan cuti ni. Kalau sempat kita update lagi cerita raya pertama dulu esk pagi sebelum bertolak. Insya Allah, okay, take care, be safe!

No comments: