Aug 3, 2012

Hadiah paling berharga buat mama dan abah.

Assalamualaikum :)

Alhamdulilah. Itu je perkataan yang tak putus-putus dalam hati dari subuh tadi. Syukur sangat sangat. Ironiknya, hari ni 3 Ogos 2012. Genap 5 bulan lepas, 3 Mac 2012, i antara ribuan yang hadir berdiri, beratur panjang mendaftar utk ijazah. Alhamdulilah hari ni dapat result my 1st semester for my degree :)

Selama cuti ni tenang je... Sampailah semlm tgk FB, penuh kawan-kawan cakap pasal result. Berguling-guling sampai 12am. Katanya, email akan dihantar kpd student secara berperingkat... 12am dah ramai kwn update status FB, oh sabarlah hati. Kaki sejuk, perut terus rasa ada gajah berlari... 

Last-last terlelap pukul 3pg, terjaga 5pg, terus menggelabah check email. Tak menggeliat ke apa dah... Skali nampak dah ada! 5:06am dapat email. Tgk sekali tak percaya, tgk dua kali, betul lah, terus berlari cari mama abah, peluk mama, menangis! Hahahaha... Menangis excited sikit, adalah sikit mengalir. ALHAMDULILAH. Hadiah utk mama abah. Harapnya mereka happy :) 



Hadiah utk mama dan abah. You do the math :P But in between 3.5 - 4.0 
I mean, betul-betul tengah, lebih sikit je. Alhamdulilah, dean list. (Tengok grade)


Terus rasa nak buat speech panjang-panjang kalah Emma Stone. Hehe... Alhamdulilah. It was unexpected. Siapa tak nak dpt dean list, tp lepas jawab exam tu sy risau sgt, sampai ada yg sy menangis beria-ria. Jadi sy tak harap apa-apa sgt... Cuma mmg niat, kalau dpt dean list, nak ckp kuat-kuat dkt mama dan abah "Ini hadiah dari Aqilah utk mama dan abah!"

Jgn compare dgn diploma dulu. Diploma dulu lain, ini plak first time degree. Jadi, sy tak boleh nak samakan. Yes, I am one happy girl. Rasa bersyukur sangat-sangat. Rasa berbaloi-baloi semua tidur yang dikorbankan! eh? Dan perjalanan pergi balik 90km sehari, segala stress tu, rasa manis terus. Amboi! :P

So here, I would like to thank all of you, those who always pray for me, support me, and push me to the top when I'm down. Thank you so much! :)  I will try my best for the next semester, I know I could push myself harder than this. Insya Allah. Amin. 


From the bottom of my heart, Thank you! 

15 comments:

syakey said...

tahniah sis! best kalau dapat gembirakan hati diorg bedua. :')

ra|nbOw said...

Thank you syakey! Alhamdulilah, gembira sangat, kalah depa! hihi. duk tanya banyak kali "mama abah happy tak?" tahu dlm hati, mereka sgt happy :')

Jenn Syafiqa said...

assalamualaikum =)

pandaniya sis ni. tahniah :D

ra|nbOw said...

waalaikummusalam. Ohhh biasa saje dear, alhamdulilah rezeki. Thanks syafiqa! :))

Nadeiya Aalie said...

congrats qila! Harus ikut jejak qila ni

ra|nbOw said...

thanks fatyn! Marilah sama-sama menuju kejayaan, seperti mana yg telah diperkatakan melalui azan kita. :)

ainaaamira. said...

Rasa nak like banyak kali this post qilahhhh ! hehehe. ;)

ra|nbOw said...

Thee. thank you, you ainaa! :))

daisy.allie said...

congrats once again.. see adik kita pandai!! travelling everyday is not a prob.. *speaking base on my experience*.. duduk sana lg tak belajar sebab banyak kwn ajak merayap & meraban~

proud of you :)

-azwanbakhtiar- said...

baru 1 sem, perjalanan masih jauh qila oi. hahaha

ra|nbOw said...

kak lyne! thank you... nak rajin mcm mama, pandai mcm kak lyne! thee. betul jgk, pernah dduk rumah kwn sehari buat kerja, bnyk main adalah. hewhewhew. thanks kakak! :)

azwan. hg ni supportive la skit. haha.

Anonymous said...

Salam.Terima kasih yang tidak terhingga dari kami berdua di atas pemberian hadiah yang paling berharga dari Aqilah..terima kasih kerana telah menunaikan amanah yang telah diberikan pada Aqilah..Syukur kepada Allah di atas peluang yang telah diberikan pada anakanda menimba ilmu di menara gading ini...akhirnya Aqilah berjaya juga menjejaki langkah langkah mama dan abah untuk belajar di UITM ini...cuma bezanya dulu mama menapak dari Delima ke fakulti Perniagaan dan Aqilah sekarang memandu kereta...tapi matlamatnya tetap satu untuk mendapat segulung ijazah dengan kejayaan yang cemerlang...Memang benar kata kawan Aqilah bahawa perjalanan masih jauh..tetapi perjalanan yang jauh itu akan menjadi mudah sekiranya kita membuat perediaan dari sekarang...siapkan keperluan dan persediaan fizikal dan mental...InsyaAllah kejayaan cemerlang menanti Aqilah...Tahniah....teruskan usaha gigih Aqilah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang setiap semester...Kammi percaya anak kami berdua ini boleh melakukankannya...TAHNIAH....

ra|nbOw said...

Salam. Thank you mama! Ini semua berkat doa mama abah. Alhamdulilah bergerak pun dgn kereta yg mama dan abah hadiahkan. Insya Allah mama, i will try harder n smarter insya Allah. Terima kasih sgt sgt mama. I love you n abah so much! :')

Mardhia Yusof said...

AsSalam.

Congrats qilah. Well done! baru 1st semester? waah..dlu sis 1st semster dpt 3.0+ je. but then, lama2 naik..insyaAllah..improve and maintain the score next time.

my experience pon lebih kurang sama. My dad gave me a car to make my life easier to move around campus, and driving back putrajaya-utm skudai..as long as we know our responsibilities, and have good intention(for the sake of family and Him)..insyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan.

"Tiada kekayaan ibu bapa melainkan kejayaan anak-anak." - my parent's quote

ayah akak siap cakap, kalau jumpa kawan2 diorang..tak de benda lain dah nak cerita..semua cerita pasal anak-anak.."yang sulung da kerja,yang kedua tgh blajar,and so on."

qilah ni mesti belajar dalam slimut kan?;D (meaning mmg otak pandai)

ra|nbOw said...

Wsalam sis mardhia :)

Thank you, alhamdulilah. Dulu diploma pun 1st sem 3point something je, then naik slow slow. But ijazah ni, alhamdulilah utk 1st sem.

oh betul tu, rasanya semua ni tak bermakna kalau tanpa berkat doa mama dan abah. :')

Hurmmm, bila sis ckp baru teringat, mmg mak-mak dan ayah-ayah suka ckp pasal anak-anak dia, lg bangga kalau anak dia berjaya. eheh.

Taklah sis, biasa-biasa je sis. Slow jgk pick up. Eheh. Thank you so much sis!