Aug 30, 2012

Malam rayaaa main bunga api

Assalamualaikum :)

Lamanyaaa tak update blog! Rindu kot, hahaha. Biasalah blog ni kan mcm kekasih sejati, dah dekat 5 tahun dah kan! Banyak gila benda nak cite! Slow-slow okay. Post by post. Ohh, Banyak sebabnya tak update, beberapa hari sebelum raya, laptop rosak. Huaaa, yes, dah 3 years and a half compaq tu, nak raya jgk lah dia nak rosak, terus muka sememeh je beli baju raya, mama pun naik risau. Risau risau pun sambar jgk baju raya :D Motherboard yg rosak, tak boleh buat apalah. Tapi taklah terus rosak, just susah nak on. Try 20kali ke, baru dia on. Pfttt~

Okay, back to the main topic, sehari before raya kita balik Kuantan dulu... Berkumpul semua adik-beradik mama. Tp tahun ni, tak ramai yg ada, semua sepupu-sepupu beraya rumah mentua masing-masing. Tu lahhh korang ni kawin awal sgt. T___T Tinggal lah berapa kerat je nak main bunga api pun. Malam raya ni kita start demam dah. Tskkk... Al kisahnya, dia orang pun saja nak try buat bentuk-bentuk lah, I Love You lah guna bunga api, haaa, ambik je lah gambar. Bukan main gigih nak buat I Love You. Haha.


Ini baru test-test je, buat bentuk bulat dulu. Main bunga api berempat je kot, syahdu tak?
Kma, aban (suami kma), aisyah dan tukang tangkap gambor ni lah. 



Aban (suami kma) dengan bangganya cakap bintang dia lawooo. Haaa, lawooo lah. Hahaha.
Kita main snap je, tak tgk setting camera sgt. Heh



Yesss, kma yg gigih buat bentuk love. Besar gedabak ha dia buat. Hahaha... 
Utk suami tercinta lettew :P



Ni hasil setelah dkt seploh kali depa nak buat I Love You. 
Jap lg, sorang bunga api dah nak padam lah, sorang baru nak nyala lah. Haha.


Okaylah, di sini, nak ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dkt semua orang, seriously semua orang. Orang yg pernah gaduh dgn kita ke, benci kita tanpa sebab ke, ada salah faham zaman hingusan dulu ke, betul, sungguh ni, kita minta maaf. Harap semua org pun boleh memaafkan, insya Allah, sama-sama blh tenang, tak gitu? :D

Okay, beraya tu, beraya jgk, jaga kesihatan! kita pun ada lagi saki-baki demam ni. Huhu. Esok nak pergi utara plak sampai Ahad. Jalan sakan cuti ni. Kalau sempat kita update lagi cerita raya pertama dulu esk pagi sebelum bertolak. Insya Allah, okay, take care, be safe!

Aug 13, 2012

Buka puasa di Impiana, KLCC

Assalamualaikum! :)

*A post full of delicious pictures!*

Sedar tak sedar, dah tak sampai seminggu nak raya. Minggu ni kot. Dulu rasa lama lagi nak raya, Bila dah berlalu, baru rasa cepat! Kalau dulu wkt kecik pun sama, rasa lamanya puasa lamanya puasa! Haha. Waktu kecik tu excited nak raya sbb nak dpt duit raya, nak beli baju raya, nak main bunga api dan mercun and most of all, nak jumpa sepupu sepapat semua!

Sepanjang cuti sem ni, buat kuih hari-hari. Nasib baik ni dah last-last ni slow sikit, sebab dah banyak berjaya disiapkan, so sekarang slow-slow. Rasanya hari ni last buat tempahan kuih. Esok dah boleh mula buat kuih utk rumah sendiri! Finally! Dan disebabkan letih dan tiada masa sebab buat kuih raya, kelmarin mama mengeluarkan idea supaya kami berbuka puasa di luar beramai-ramai, saja, dah penat bekerja, nak makan sedap-sedap. Soo, semalam kami pergi ke Impiana Hotel KLCC. 

Not much pictures of us, but just wanna share some of the foods. Yes, only some of the foods. By the way, it's highly recommended since it has variety of foods, and UNLIMITED Durian and 18 flavors of Baskin Robbin! Yesss, tak larat nak makan kot! I only ate a plate of foods, and 3 cups of baskin robbin :P Surau is very comfortable and nice too! :) Enjoy the pictures!


 Nasi Arab


 Daging lembu bakar


Apam Balik, Roti John stalls 





Oyster &  Kepah


Unlimited 18 flavors of Baskin Robbin! 


Ehem. 2 slice of roti john, 3 keping keropok, 2 udang, kambing, kuey teow. *Mine* 


Kambing Bakar 


Cheese Cake 


My 1st trip of Baskin Robbin 


Cousins - Kak Sally, Kma, Faris, Aban (husband kma) 


Mama and Cik 


Chinese and Indian foods


 Abah. Hehe... :)

Salad


Oyster and Kepah 





Jelly & Air Kelapa *Sangattt best* 


Marshmallow & Chocolate fountain 


 Kuih muih, Kek, Biskut raya & Kurma


Rojak Buah 


All types of Kerabu 


Fruits stall!


Thank you mama abah! :)


Aug 11, 2012

My Rainbow Al-Quran

Assalamualaikum :)

I just wanna thank abah for this. After a long wait, almost 2 months, I finally got my medium size Rainbow Al-Quran. I love this so much! thee. It's small, and portable which means I can now bring it anywhere, senang! :)

I choose pink. as always. Love!











Aug 8, 2012

Tabung Ifthar utk Ramadhan Rohingya

Assalamualaikum :)

Beruntunglah kita dilahirkan dlm negara yang  murah rezekinya, jarang nak dilihat orang yang kelaparan walaupun ada segelintir yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Alhamdulilah.

Just nak share tentang usaha Global Peace Mission (GPM) Malaysia untuk membantu 5,000 keluarga dalam kebuluran di Myanmar. Anggaran setiap keluarga memerlukan RM200 untuk 5 bahan keperluan asas seperti  beras, minyak masak, terpung, kacang dhal dan susu. Eh, jangan pulak fikir, "mana ada duit nak bagi RM200". Tak, tak semestinya bagi RM200, bagilah ikut kemampuan. Nanti akan diagihkan kepada mereka semua yang memerlukan. RM5 pun, campur-campur banyak-banyak kan boleh jadi RM100 juga? :)


 Alhamdulilah, setakat 2 Ogos 2012, hampir RM190, 000 terkumpul hasil kutipan derma rakyat Malaysia.


The likeness of those who spend their wealth in Allah's way is as the likeness of a grain which groweth seven ears, in every ear a hundred grains. Allah giveth increase manifold to whom He will. Allah is All-Embracing, All-Knowing - Al-Baqarah (261)


Untuk menyumbang, di sini disertakan akaun Maybank dan Bank Islam. 
Tarikh akhir utk sumbangan  = 12 Ogos 2012. 


Yang lagi bagus, kalau kita memang tak mampu utk tolong utk menyumbang dengan jumlah besar, yerlah persiapan raya lagi, banyak duit nak guna kan? Sitll, kita boleh derma RM1.50 utk setiap lagu bertajuk "Sengsara" yang di-download. See, so many ways to help! :)

Untuk info lebih lanjut boleh lah tengok Facebook Global Peace Mission (GPM) Malaysia <--- clickable. 




Dan terkini, melalui SMS!

Tak kisahlah siapa pun mereka, Islam tak membataskan golongan tertentu utk dibantu atau menerima sumbangan kita. Selamat berpuasa dan beramal di bulan mulia ini! :)



Aug 3, 2012

Hadiah paling berharga buat mama dan abah.

Assalamualaikum :)

Alhamdulilah. Itu je perkataan yang tak putus-putus dalam hati dari subuh tadi. Syukur sangat sangat. Ironiknya, hari ni 3 Ogos 2012. Genap 5 bulan lepas, 3 Mac 2012, i antara ribuan yang hadir berdiri, beratur panjang mendaftar utk ijazah. Alhamdulilah hari ni dapat result my 1st semester for my degree :)

Selama cuti ni tenang je... Sampailah semlm tgk FB, penuh kawan-kawan cakap pasal result. Berguling-guling sampai 12am. Katanya, email akan dihantar kpd student secara berperingkat... 12am dah ramai kwn update status FB, oh sabarlah hati. Kaki sejuk, perut terus rasa ada gajah berlari... 

Last-last terlelap pukul 3pg, terjaga 5pg, terus menggelabah check email. Tak menggeliat ke apa dah... Skali nampak dah ada! 5:06am dapat email. Tgk sekali tak percaya, tgk dua kali, betul lah, terus berlari cari mama abah, peluk mama, menangis! Hahahaha... Menangis excited sikit, adalah sikit mengalir. ALHAMDULILAH. Hadiah utk mama abah. Harapnya mereka happy :) 



Hadiah utk mama dan abah. You do the math :P But in between 3.5 - 4.0 
I mean, betul-betul tengah, lebih sikit je. Alhamdulilah, dean list. (Tengok grade)


Terus rasa nak buat speech panjang-panjang kalah Emma Stone. Hehe... Alhamdulilah. It was unexpected. Siapa tak nak dpt dean list, tp lepas jawab exam tu sy risau sgt, sampai ada yg sy menangis beria-ria. Jadi sy tak harap apa-apa sgt... Cuma mmg niat, kalau dpt dean list, nak ckp kuat-kuat dkt mama dan abah "Ini hadiah dari Aqilah utk mama dan abah!"

Jgn compare dgn diploma dulu. Diploma dulu lain, ini plak first time degree. Jadi, sy tak boleh nak samakan. Yes, I am one happy girl. Rasa bersyukur sangat-sangat. Rasa berbaloi-baloi semua tidur yang dikorbankan! eh? Dan perjalanan pergi balik 90km sehari, segala stress tu, rasa manis terus. Amboi! :P

So here, I would like to thank all of you, those who always pray for me, support me, and push me to the top when I'm down. Thank you so much! :)  I will try my best for the next semester, I know I could push myself harder than this. Insya Allah. Amin. 


From the bottom of my heart, Thank you!