Jul 31, 2012

(Beware girls) Another reason to cover my chest

Assalamualaikum.

I've just been so busy recently, and that explained why this blog is lack of update. This Ramadhan is among the most challenging Ramadhan for me since a lot of unpredictable things going on and stuff to be done.

So, this just a quick one. Because of this one thing that's been bugging me. And i think I should warn you GIRLS especially about this.

Hurm, for the past few weeks I've been trying to cover my aurat properly. No more three-quarter sleeves and I try to cover my chest with my hijab sebaik-baiknya... Why? Because that's the way it should be and I started when I suddenly feel uncomfortable (very uncomfortable) bila ada bahagian tgn yang terdedah sikit. Mama and Namin notice it, and Alhamdulilah, i feel safer than before. :)

And, just now bila buka FB, I saw a friend of mine warned me about this one page. Terkejut sangat Nauzubillah bila baca komen-komen dalam tu dan gambar-gambar dalam tu. Semua ada, marah, sedih, jijik, malu, segan, Ya Allah haih dunia akhir zaman... That one particular page curi-curi ambil gambar perempuan bertudung ataupun erm, tanpa seurat benang melalui FB, blog, or I dont know. The worst part of all is admin dia siap share FB profile korang so that jantan-jantan yang tak senonoh tu boleh add korang... T_____T 


This is the example. You can click to enlarge and read the comments.

And kalau lah yang bertudung pun dah comment tak senonoh macam ni, boleh bayangkan those naked pictures of Malay girls punya comment tak? T_____T Ini baru satu jumpa dkt FB, mesti ada banyak lagi kan yang tak terjumpa FB page, group or blog?

Yang bertudung ni pun, well yes, i tak baik mana pun, but tak perlu kot posing melentik macam tu? So plz plz plz, tolonglah jangan main approve semua orang dkt FB, jangan kejar fofular sangat... And set private to everything kalau boleh.. This is one of the main reason I jarang letak gambar dkt blog *sigh*

Another thing is, hijab, bukan sekadar sehelai tudung. Sebenar-benarnya secara tak langsung, ia melambangkan peribadi, and tingkah laku kita. You know, sepatutnya berbudi bahasa, beradab, jaga maruah diri. I used to be that girl, yang rasa malu dengan tudung... Menjaga semuanya. I miss that girl. Sekarang ni mulut dgn hati kena bersihkan lagi. I am trying to improve myself. Kalau tak cukup bagus tu, minta maaf. Tp mmg sedang perbaiki diri. Just, do respect your tudung and yourself. 

Plz beware with this type of facebook page. Menampakkan kelemahan bangsa sendiri, and memalukan semua pihak. I guess that's all. Jaga-jagalah wanita-wanita cantik sekalian. Jagalah semuanya. 


Please take a good care of yourself. 
Maruah diri bukan boleh ditukar ganti.

Jul 27, 2012

Al-Fatihah.

Assalamualaikum.


 Jumaat 7 Ramadhan, 27 Julai, lebih kurang jam 9:10 malam, emak kepada Namin telah kembali ke rahmatullah... Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh solehah. Amin.

Insya Allah, bulan baik, hari baik. Jelas kelihatan jenazah auntie tersenyum... :')


gambar auntie dan uncle di Mekah ketika menunaikan umrah lebih kurang 3 minggu lepas...


Dear Namin, be strong, I know you are. 
Alhamdulilah, i bangga dan sebak bila you imamkan solat jenazah.  

Salam takziah sayang.


Jul 15, 2012

Lunch at Secret Recipe and early dinner at Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

Assalamualaikum :)

Hari ni sebelum Subuh lg abah dah bergerak utk tournament golf dia dgn kawan-kawan dia. Jadi sy dgn mama pun pukul 10pagi bergerak ke Tesco Taiping dgn niat window shopping. Hehe... Sampai sana, pukul 10 pagi tu dah penuh dah org membeli dkt counter Tesco tu, seriously... Selalunya KL time-time tu, tak ramai lagi kan?

Ingat nak breakfast je... Tp tak ada tempat yg makan ringan-ringan. Yg ada dlm Tesco tu pun just KFC, Big Apple, Secret Recipe and foodcourt... Taktahulah kalau tak jumpa. Huhu. Jadi alang-alang dah pukul 11 lebih, perut pun memang dah lapar, makanlah "brunch" terus. Brunch = Breakfast + Lunch.

By the way, service Secret Recipe Tesco Taiping tip top! Sangatlah menjaga kebersihan, laju and polite.


 Choc cheese berries.

 Oreo Milkshake.

 Mee Kari

 Chicken chop and rice

 Seafood macaroni cheese


Petang lepas abah selesai main golf, cepat-cepat pergi kuala sepetang plak... Tak sampai sejam dari taiping. Tapi hujan lebat bukan main lagi haa... Tak pernah try lagi mee udang kuala sepetang ni, tapi banyak dengar cerita tentang mee udang kuala sepetang... kalau mee udang, mesti kuala sepetang. 

So, kami pun try lah Mee Udang Mak Jah. Ada banyak kedai mee udang, tapi Mee Udang Mak Jah yang paling terkenal, pernah dengar dalam TV dan majalah...


Anugerah paling berharga <3 

Menu mee udang mak jah...

Mee Udang Special

Udang goreng kunyit special

Nasi goreng udang special  (dalam timbunan nasi tu ada banyak udang terselindung)


Secara keseluruhannya, just nice lah... Yang istimewanya udangnya segar dan besar. Peminat udang bolehlah datang.. Memang banyak udang dlm setiap menu. 

Okay that's all from Taiping today! Goodnite everyone! :)


Jul 14, 2012

Tempahan kuih raya 2012

Assalamualaikum :)

Alhamdulilah dah selamat sampai Taiping! Hari ni nak promote sikit kuih raya tahun ni. Mcm biasa, tiap tahun mama mmg akan buat kuih raya sendiri, dan selalunya untuk adik beradik mama dan ahli keluarga lain. Ada juga tahun tertentu kami jual pd org ramai, termasuklah tahun lepas, dan tahun ni! Yeay! :) 

Dulu time duduk Melawati, pernah jual di minimarket, Saba's cookies. Alhamdulilah laku sangat, and tahun ni memandangkan sy pun cuti 2 bulan, blhlah tlg mama. Tahun lepas, mmg tak cukup tangan, tahun ni pun Alhamdulilah banyak dah order. Terima kasih to our loyal customer! 

Makanya tahun ni mmg akan all out lah sepanjang bulan Ramadhan. Hehe... Alhamdulilah rezeki! Tahun ni ada 7 jenis kuih... Kalau sesiapa nak order, boleh msg sy di FB sy Aqilah Amin atau boleh email terus ke - aqilla_aa89@yahoo.com. Order ditutup seminggu selepas puasa, iaitu sampai 28 Julai 2012 ni sebab order banyak, takut nanti tak menang tangan, tapi apa pun insya Allah demi customer! :)

COD = Area KL (Setiawangsa, Ampang, Wangsa Maju, Taman Melawati, Permata, Cheras)
tapi still boleh runding dekat mana yang memudahkan semua pihak. Hehe...

Dijamin Halal, Bersih dan Sedappp! Insya Allah...

and Alhamdulilah, and THANK YOU utk order tahun ni yang sudah mencecah
10, 000 keping! 


Biskut Denmark 
50 biji = RM25



Biskut Suji Bersalju
50 biji = RM25



Tart Nenas
50 biji = RM25



Biskut London Almond
50 biji = RM25



Coklat Praline 
50 biji (kosong tanpa kacang) = RM26
50 biji (kacang almond di dalam) = RM30



Snow Almond 
50 biji = RM25



Biskut Gajus 
50 biji = RM25


Jul 13, 2012

First week of my holiday.

Assalamualaikum :)

Alhamdulilah, hampir seminggu sudah habis exam. Cuti 2 bulan ni, memang dapat rasa sekejap sangat akan berlalu. Habis macam tu je... Bulan Ramadhan dah tentu sibuk tolong mama buat kuih raya.


2 bulan = 60 hari

Currently, I have spent 4 days of holiday, which could count as a week.
1 bulan (30 hari) = Ramadhan, and akan balik kampung beraya seminggu...

60 hari - 7 hari (minggu ni) - 30 hari Ramadhan - 7 hari beraya Kuantan, Tganu, Kelantan = 16 days left.


So there goes my holiday... For this whole week. Let see what I have done. And not a second wasted~

Monday 9th July 2012 - Habis exam around 11++ am. Sepatutnya 12pm, tapi keluar awal sebab dah penat sangat menulis, ohhh last paper tu 100% essay. Balik rumah, rasa nak terus pergi jalan! Tapi sbb migraine gila, rehat je dkt rumah... Time ni lah betul-betul rehat, online santai-santai, tgk TV! 

Tuesday 10th July 2012 - Melaka baby! Balik hari... So, habislah Selasa.

Wednesday  11th July 2012 - Leisure time, which I did kemas rumah and stuff. 

Thursday 12th July 2012 - I planned to watch movie, tapi tak sempat... Rushing pergi here and there, Pasar Pudu, and banyak tlg berikan barang mama. Daiso Taman Maluri, Carrefour, Econsave. Sampai rumah around eight something, terus tlg mama buat kuih raya til 12am++. But tidur around 2am.

Friday 13th July 2012 - Bangun mengejut 830am, setelah sambung tidur lepas subuh, sbb takut mama penat buat kuih sorang-sorang. Terus bangun, buat kuih straight 230pm. Well I did lah berhenti makan kan tgh hari tu, then 230pm onwards until Asar tadi, which is almost 5pm, I kemas barang kuih semata-mata. Berdiri dekat sink lebih sejam... Semua dulang, mixer, bekas-bekas adunan, clearing all the mess, etc. Yerlah barang buat kuih tu ada setgh melekat-lekat celah2, so mmg kene sabar je lah bersihkan everything, celah-celah. 


A part of the kitchen.


Dear Mama,

Mama, aqilah dah berjaya siapkan menyusun semua London Almond tu dengan cantiknya... Bekas kecil tu muat 12 keping aqilah letak... Mama letak 11 keping je kan muat :P Aqilah siap dah sole tape semua bekas kuih tu dan susun di luar. Aqilah dah basuh semua loyang, kertas alas tu pun aqilah basuh, rak pinggan pun dah clear mama, bahan-bahan kuih mama aqilah dah asingkan ke dalam stor... Meja aqilah lap 3 kali, tapi still rasa melekit. Dah bubuh sabun kot... Balang-balang and tupperware tu semua aqilah dah susun... Oh, microwave pun aqilah cuci mama, bahagian luar dia lah... Kalau cuci dkt sink, meletup lah. Lantai dapur aqilah vacuum... Kain alas bahagian kipas dgn microwave tu aqilah basuh tadi, kain buruk pun... ada dkt ampaian, sedang dijemur. 

Sabun basuh aqilah dah refill, sudu garpu pun dah susun... Sink kanan dan kiri pun aqilah dah basuh semua dengan berus. Settle dapur, aqilah sental dinding bilik air aqilah, tak suka kotor walaupun sikit... Nanti aqilah cucikan bilik air mama plak ye! :)

And mama, it took me until 5pm to finish up all these. Cik jadi saksi, lagu anak kampung jd peneman. Sugar and Pepper sedap berdengkur... And I hope you love the cleannn kitchen! <3


Saturday 14th July - Monday 16th July - will be in Taiping. There goes the first week of holiday~ 


Sometime, I feel like I have nothing instead of everything.
Nothing, when the persons you count on, do not understand you at all.
Everyone seems so selfish, speculating things, and made up dramas. What the?

Again, I'm no good in satisfying everyone. 


Jul 12, 2012

China Town, Melaka

Assalamualaikum :)

So, inilah China town Melaka! first time masuk sini sebenarnya. Ada naga panjang! Berhadapan je dgn jonker street. Tapi, pun sama banyak kedai dah tutup. I guess because dah lewat petang kot... Tp seronok, sebab banyak bangunan antik. Suka sgtlah bangunan antik-antik ni, dari kecik lg... Suka rumah kayu, bangunan lama-lama, pokok tua-tua yg besar dan berambu rambai tu. Rumah pun kalau mampu nak buat macam Mansion, and perhaps sedikit kayu... I really love it! Major love!

Since I really love that type of building, that's why I really love Melaka... well, one of my wishlist is actually to spend 3-4 days in Melaka, and walk along the town. Just walk, nothing to rush, and walk through every historic place in Melaka... Someday. I wish, someday. Insya Allah.


Naga panjang di China Town!

Fast shutter, nampak air yang mengalir tu sebiji-sebiji. :)

Hard Rock, Hotels, Shop lots.

Berhenti seketika di kedai makcik jual kuih ondeh-ondeh. Tahu ondeh-ondeh? Kuih hijau yg dlm ada gula melaka, luar bersalut kelapa tu. Sedapnya semalam, dia buat fresh-fresh, masak, dan terus makan. Rugi plak rasanya beli RM2 je... =,=

Gula Melaka, inti dalam ondeh-ondeh tu.

Cantiknya cantiknya. Walaupun ini yg dah dibina semula, still dia kekalkan rekabentuk klasik tu. Sukanya! I guess only a few shop lots left yang memang asli sejak zaman dulu.

Tengah-tengah jalan dlm China Town tu, nampak taman ni. 

See, banyak kedai tutupkan. Tp dlm ni mmg ramai tourist jalan-jalan kaki.

Tengah jalan dlm China Town, tiba-tiba nampak tulisan jawi (bangunan putih tu). Rupanya makam Hang Kasturi... Dlm sejarah yg dia tulis dkt board, sebenarnya Hang Kasturi yang menderhaka pd Sultan. Hurm?

Read it yourself! Hang Kasutri yang menderhaka dan dibunuh oleh Hang Tuah. 

Makam Hang Kasturi.

Dah senja... dah nak balik :) 

Cantiknya langit bila matahari terbenam! Subhanallah.


Itu sahaja dr China Town... Kalau ada masa, nak pergi muzium kapal plak lah! Insya Allah... hehe. Menara Taming Sari tu pun tak pernah naik lagi... Dan cuba panjat naik A-Famosa plak ke? Hurm hurm... 

Honestly I love Melaka. That's all about Melaka! Take care ppl :)

Jul 11, 2012

Jonker Walk, Melaka

Assalamualaikum :)

Mesti org kata beria-ria kan cuti baru start dah pergi jalan kan? hee... Pergi balik hari je, itu pun gerak around 3pm sbb ada tanggungjawab lain perlu diselesaikan and sampai rumah malam. Pergi dgn Namin, mcm biasa lah, peneman setia. Hehe... Thank you! :) Mmg taklah nak drive sengsorang jauh-jauh mcm ni, especially dgn kes lady driver diserang perompak, perogol semua makin kerap kan dkt KL. Hurmmm, sy ni dah lah mmg fobia dgn org jahat, tetiba bnyk kes mcm ni, lagilahhh, rasa makin takut... *Sumpah cakap personally, sy lagi takut org jahat dr hantu*

Jalannya dlm 2-3 jam je, jadi tak banyak tempat boleh pergi... Tp seronoklah jgk, sbb selalunya tak berjalan kaki, selalunya round dlm kereta je. Dulu panjat sampai A Famosa tu pun waktu zaman sekolah, itu maknanya lebih kurang 6 tahun lepas? Ehhh rasa mcm semalam baru habis sekolah. And selalunya dtg Melaka nak makan asam pedas atau seafood je, tp semlm kenyang lg, so mkn dkt KL je... Next, pictures!

Note : Kalau datang Melaka hari weekdays, kedai yg jual barang-barang mcm dodol, belacan, semua tu banyak tutup. Ye, baru tau hari ni. Mmg ada yg buka, tp tak banyak. So tak dpt beli apa sangat... 


 Alhamdulilah, time memulakan perjalanan, cuaca cerah di KL! 


 Sepanjang perjalanan tak tidur tau, hebat rasanya. Kalau tak, pergi KLIA pun tidur. 
Yeay nak sampai dah! 


 Parking dkt Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera... Sini atas banyak parking.
Lepas tu baru turun tangga jalan kaki ke jonker walk.


 The clock tower at the heart of the historic quarter of Malacca.


 Souvenirs such as key chains,  fridge magnet, and shirts can be found here.


 Colorful Fridge magnet! Sukanya tengok colorful ni! Haha.


 Yes, beli kipas plastik terus. Dulu guna yg rotan je, mcm dah nazak je. Mama pun mmg nak kipas tu. So belilah jgk utk kegunaan dkt kelas nnt lepas naik tangga ke pintu syurga yg ada 93 anak tangga tu :P


 Oh lupa, antara tarikan utama dekat sini mestilah Beca berhias lengkap dgn lagu hindustan & lagu ombak rindu pun ada kau... Semalam terdengar. Ohh mcm-mcm ada. Ini biasa je ni, Ada yg lg meriah becanya! Selalunya RM10 sekali naik... :)


 A part of the building - Christ Church Melaka


And sungai yg semakin terjaga and ala-ala dkt Italy gitu :P
Kalau mlm lg lawa tak silap... Pernah tgk ada kwn pergi malam. 


P/S: Next update, China Town


Jul 9, 2012

Souvenirs from Mecca & Langkawi

Assalamualaikum :)

Alhamdulilah, last Friday Nabil landed safely in Kuala Lumpur! He and his mama, ayah, left Malaysia for almost 14 days to perform Umrah in Mecca and spent a lil visit in Madinah. So sempatlah curi masa Sabtu malam utk jumpa dia. And he gave mama and abah a bag of souvenirs which consist of air zam-zam, sejadah, kurma, kismis, kacang pistachio, semua-semua lah. And I've got something very special too! Thank you so much Nabil, auntie, uncle!


CHOCOLATES is a must! Hihi... Well. I love something rare, and I love caramel. Yes, it is super sweet but at least I would spend more time to eat, *taklah cepat habis kan* :P 

And Tofiluk (those bunch of chocolates behind kitkat) was my favorite when I was in St.Mary, which was urmmm, about 13 years ago? Lepas tu mcm ssh gila nak jumpa dkt Malaysia, then waktu pergi umrah dulu, terjumpa dkt Madinah, suka sgtlah kan! Hihi... Thank you hadiahkan ceklat bebanyak! :D


And this is actually beads from my jubah. Cantik sangat jubah, I'm going to wear it on Aidilfitri! 
Thank you againnn Nabil! Suka sangat-sangat! 


Lepas tu semalam Kak Sally dgn Kma dtg... Kak sally baru balik dr Langkawi, bestnya dapat coklat banyak! Hehe... Kirim Daim je, sekali dapat Toblerone, Ferrero Rocher, and perfume! Thank you sangat-sangat tau kak! 

Alhamdulilah... Murah rezeki dapat banyak souvenirs! Yg Russia hari tu pun tak sempat nak habiskan semua lagi. Exam punya pasal, kalau tak licin dah! Haha...


 Bunch of chocolates


 Daim.


 Perfume.


Fridge magnet.


P/S: Again, thank you so much! :')

Jul 8, 2012

Minum petang hasil air tangan mama!

Assalamualaikum :)

Short and quick update, since I have to study more and more for my final paper of the semester tomorrow! Lepas tu MERDEKAAA 2 bulan! Okayyy, tak merdeka lg sekarang, so tak boleh ckp lebih-lebih. Since today is Sunday, and mama pun mmg rajin buat minum petang during weekends, hari ni makan agak heavy. Which is pulut dengan santan dan durian... and also homemade fresh doughnuts!

Love it to bits mama! Thank you so much! *Makin gemuklahhh* Well not having amazing body because let face it, mom's home cook is the best! Okay, will update more later! Enjoy the pictures! Take care ppl!