Apr 12, 2012

7 Wasiat Raja-Raja Melayu *updated with video*

Assalamualaikum. :)

Isnin lepas, sy ada join program "Survival Mahasiswa UiTM". Honestly, sepanjang program ni sy cuba tahan air mata. Sbbnya, sekali mengalir air mata, mesti sy tak boleh stop. Sebabnya tahu kan hati sy mudah tersentuh? Tp sepanjang program tu air mata bertakung, bulu roma pun meremang. Permulaan program diceritakan tentang asal usul kita, pendekar-pendekar Tanah Melayu dan termasuklah 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. Sy tak pasti sy yg dah lupa, atau ini memang kali pertama sy dengar tentang 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. Dan waktu ini, semua org belum lg menangis, sy sudah tahan air mata *patriotik sangat!* Bukan, cuma bila melihat apa wasiat mereka. Rasa sedih sendiri melihat orang Melayu di tanah Malaysia.

Di sepanjang program Survival Mahasiswa UiTM tu, 830am-1230pm, walaupun 4 jam, tapi pengisian padat. Makanya mmg rasa seronok. Kami belajar utk hargai kawan-kawan. Salam, dan peluk setiap kali jumpa. Menyanyi lagu Negaraku, Jalur Gemilang, Warisan dll. Mula-mula tentang sejarah Melayu, kemudian tentang galaksi dan alam semesta, Rasulullah dan perjuangan Islam, dan tentulah segmen tentang ibu bapa yang paling berjaya menumpaskan semua pelajar. Semua menangis teresak-esak. Tp hari ni sy nak kongsi tentang 7 Wasiat Raja-Raja Melayu tu. Bagi sy, mmg sedih. Kalaulah semua boleh buka mata...


*credit to google*


Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 .

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

1.   Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
2.   Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganangtasik dan hutan simpanTANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3.   Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4.   Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
5.   Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6.   Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
7.   Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


*credit to : Wikipedia*

          Cubalah sedar asal-usul Melayu. Cubalah fikir negara kita ini baru sangat-sangat merdeka, baru 55 tahun, tapi sudah goyah. Rapuh. Cubalah ingat semula dan baca semula tentang perjuangan pendekar kita dulu. Cuba bayangkan kalau kita masih hidup waktu itu. Mudah benar lupa diri… Hurmmm. Sedikit pun tak terkejut kalau kurang 50 tahun lagi sudah dijajah semula kalau macam inilah Melayu kita hari ini… 

Ini ada video dari youtube, credit to UiTM



4 comments:

athirah hanafiah said...

meremang bulu roma baca! especially wasiat no.2.. moga tak tergadai tanah melayu lebih 50%. nasib baik ada wasiat ni, kalau tidak mahu tergadai dah tanah melayu ni rasanya.. ;(

btw, tira pun 1st time dgr pasal 7 wasiat ni! tp rasa mcm penah bc cuma mayb that time tak tahu ni isi kndungan 7 wasiat.

ra|nbOw said...

time qla pergi ceramah tu lg sedih suara yg baca wasiat ni T___T moga-moga pepatah 'Tak akan Melayu hilang di dunia' itu kekal.

Anonymous said...

Hargai dan berterimakasih dengan wasiat Raja-Raja kita yang menjaga kepentingan orang Melayu dan bumiputera lain...gunakan sepenuhnya....

ra|nbOw said...

Betul... Tanpa raja, habislah Melayu.