Apr 28, 2012

Selamat pengantin baru kak rena & abg boy!

Assalamualaikum :)

1st of all, again Alhamdulilah. Sebab selamat pergi dan balik dari setiawangsa ke cheras perdana utk ke kenduri kak rena dgn abg boy ni. Sebab on the way tadi, X-Trail tetiba berhenti sendiri padahal lagi 5minit nak sampai. Faham tak dia punya terkejut dengan rasa sengal-sengal ubi kayu tu mcm mana? 1st sebab tetiba dia slow slow slow, then berhenti sendiri, break pun tak makan. Nasib abah sempat ke tepi time kereta slow-slow mati, kalau tak memang stop tengah2 tu lane tengah tu jugaklah. 2nd sebab lagi 5minit dah nak sampai rumah pengantin kot. Huhu. Try start, kereta tak mahu hidup. Tunggu lama sikit, tengok lambang engine menyala dkt meter kereta. So, it shows there was something wrong with the engine. Lama tu baru hidup, so jalan slow-slow. Abah ckp ada something wrong dgn  sensor enjin kereta. And boleh refer dkt Nissan je. Tapi alhamdulilah selamat sampai!

Bukan main lagi pergi kenduri bawak nenek, makcik sepupu semua tau. Hihi. Dah minta kebenaran tuan rumah ye, kebetulan teh dgn aisyah pun baru sampai dr Kuantan. Kma dgn ayie tunggu dkt sana sbb kma gerak dr Cheras. Makanya memula dr setiawangsa, sebab malas nak bawa bnyk kereta, berhimpitlah dkt belakang 4 org dewasa. Haha :P Sampai sana org dah ramai, tapi pengantin tak sampai lagi, so kami makan terus setelah disambut dgn baik oleh namin sekeluarga. Terima kasih semua! :)

Then conquerlah kami sekeluarga 1 meja. Catering sedap! nomnomnom. Time tgh makan tu baru pengantin sampai dan bersanding kejap, lepas tu makan err apa nama, makan beradab? berhias? LUPA!


Photobucket

kad kahwin belah kiri, majlis lelaki. Belah kanan, majlis perempuan.
Jarang dah sekarang tgk org buat kad asing-asing kan? 


Photobucket

teh, kakngah, kma, mama, cik, ayie, abah. Sedap kot makanan! 
Abah, mama, teh, kma semua tambah! Sy dah ambil banyak awal-awal. Hahaha.


Photobucket

Selamat pengantin baru kak rena & abg boy! 
Semoga sama-sama kuat dan bantu membantu antara satu sama lain dlm mengharungi hidup berumah tangga. Eceh mcm dah pernah kahwin je ckp. And cpt dpt anak comel! :)


IMG_4319

alololo... time nak ambik gambarlah angin tetibe kuat, tudung pun kemek herot sana sini.
Mcm zaman dolu-dolu kan! Hahaha.. Saje je :)))


Photobucket

on the way home. Kma ikut dr belakang, just in cased kereta mati lagi. 
Memang mati lagi sekali pun, dkt area Ampang. T___T Then jln semula slow-slow. 
Alhamdulilah selamat sampai rumah. :)))


Okay esok hari last cuti, nanti hujung bulan 5 baru cuti lagi! Bulan 5 ni akan jadi bulan yg sgt sibuk dan memenatkan, dpt bygkan dah. Huhu. So mcm biasa, akan jarang update blog lagi... Kalau sempat insya Allah menyelit jugak!

So far utk bulan Mei, weekends mcm dah half penuh :
5 & 6 Mei – kawad (pagi) & recording akustika Ramadan TV3 (ptg-malam)
12 & 13 Mei – camping Kesatria di Raub, Pahang

Dan banyak assignment dan presentation to be done! June dah final kot! Cepatnya! Okayyy till then everyone, enjoy life to the fullest! 


Apr 27, 2012

happy 23rd naminnn!

Asslamualaikum! :)

Okay mahu type laju-laju sebab assignment manyaknye! Wuwuwu... Alhamdulilah, on 26th april 2012, (yesterday), nabil fikri menyambut birthday yang ke 23! Naaa, I myself was a lil bit upset and dissatisfied with yesterday celebration. Well, no celebration indeed. And no present as well :( I'm sorry namin! Hadiah nanti tau tau? Lambat sikittt. But we had a special lunch, dkt Fish Market Manhattan, The Curve, (but i was the one yg craving for that) and and It was me who suggested we go to Genting! Yes, just balik hari, saje nak jalan rasa suasana sejuk memandangkan KL skrng panas gilaaa, lepas tu hujan tetiba. Huhu. So after lunch, we went to Genting! Seronokkk!

1st stop pergi strawberry park. Setiap kali naik genting mesti singgah sini, sbb suka beli mushroom sehat gebu mulus dkt kedai sini. Oh dlm ni ada banyak gerai jual souvenir jugak, and strawberry farm of course! Petang sudah wkt sampai sana, dan balik pun sebelum Maghrib. Mmg sekejap je, jalan merasa angin sejuk je. Hee... Then malam tlg packing gula-gula utk goodies bag majlis sambut menantu (abg dia kahwin) esok, majlis di rumah dia. Ada gegula durian dgn kelapa! Sedap kot... Masuklah dlm mulut 3-4 biji. :P Mentos semua tak telan dah, sebab selalu jumpa. Ada baiknya jugak, kalau tak mmg sah tak cukup goodies bag tu... Haha.

Oh by the way, semalam adalah satu-satunya hari sy keluar jalan-jalan sepanjang cuti sem ni. Yg lain duduk rumah jadi suri rumah tangga yg berjaya. Banyak mengemas bilik sendiri, bilik-bilik lain. Memandangkan kma dgn kak sally pun dlm proses pindah rumah lain sbb mereka dah nak kahwin. Sepupu semua dah nak kahwin, kenelah mereka duduk dgn suami tercinta plak kan kan. Sobsob... Jadi mmg bnyk jugaklah mengemas, nampak je mcm tak ada apa-apa, sekali habis satu hari tahu! Jadi kalau tanya cuti seminggu buat apa? Cuti seminggu jadi suri rumah berjaya disamping 2 anak.... kucing~

Okaylah, here are some sneak peek.


Photobucket

Happy 23rd birthday naminnn!


Photobucket

Our lunch.


Photobucket


Main fav dish - Grilled Gala Platter. I love this the most, because it is grilled. 
So mcm tak muak, dan much healthier kan.


Photobucket

1st stop at genting! Strawberry Park


Photobucket

Yeay yeay naik atas lagi! Genting!


Photobucket

indoor theme park


Photobucket

New york statue of liberty, Giant clock, Paris semua ada tau! 


Photobucket

sy tinggi tau tinggi! Tinggi! Ada org tu suruh pergi ukur, nak ckp org pendek. Wuwuwu.
Ulat bulu ni tak betul! Tinggi sy 163cm-165cm kot!


Photobucket

Packing time... *nomnomnom* tetiba sound effect mkn plak kan. ahah.


Okayyy mahu bersiap maghrib! Tgk gambar puas-puas ye. Inipun sikit je. Haha.

Okay, got to go, keep calm and carry on! Enjoy the pictures!


Apr 22, 2012

hasil mengemas bahagian make up

Assalamualaikum :)

Alhamdulilah dah makin sihat. Antibiotic & ubat demam pun dah habis. Badan je kejap-kejap panas sejuk, sengau dan kahak yang masih degil. Terima kasih yg mendoakan supaya cepat sihat! Alhamdulilah. :) Tahu apa hobi yg mmg suka sangat buat? Mengemas rak, laci atau almari. Sebab apa? sebab kalau kita dah kemas pun, nanti 2-3 hari dia bersepah semula... Padahal bukan ada apa pun *facepalm* Maybe, just maybe, kita selalunya rushing kan, jadi main campak-campak je semua barang dlm laci. Nasib baik tak tercampak kucing sekali. Hahaha...

Tapi bilik ni memang WAJIB vacuum seminggu sekali. Selalunya 2-3 kali seminggu... Sebab rumah tgh bandar kan, tak buka tingkap pun dlm bilik, tapi cepat berdebu. Kadang bila dah penat pun, vacuum dan kemas juga sebab tak selesa. Kalau tak selesa, mcm mana nak buat kerja dan tidur lena kan? Jadi, tu lah sebabnya. Bukan sebab rajin pun, tapi keadaan memaksa. Eh merendah diri plak. :P Okayyy abaikan. Hari ni rasa nak mengemas 1 bahagian almari yg, kira macam almari solek sy lah. Cuma dia salah 1 rak dlm almari baju. Nak letak almari solek dlm bilik ni pun dah tak ada ruang.


Photobucket

Inilah dia, yang paling penuh sekali bakul. Nose spray, Eye drops, Vicks, Blusher, Eye shadow, Lipbalm, Cream, Foundation, Mineral powder bla bla bla. Bakul ni memang paling messy!


Photobucket

Brooch dgn pin siap ada 3 bekas... 1 bekas brooch yg selalu pakai, kiranya antara yg paling lasak, jenis kalau terjatuh tak pernah tercabut permata lagi... 1 bekas brooch yg jarang pakai, samada dah  rosak atau sesuai utk special occasion. Dan lagi 1 bekas siap sponge untuk pin-pin.


Photobucket

Ini plak antara bahagian penting, mcm hari-hari guna... Tapi sebab dia duduk dalam sekali, jadi sy tinggikan kedudukan dia dgn terbalikkan tin coklat antik tuh. Jadi, senang nak ambil. Ini termasuk makeup remover, toner, moisturizer, bedak, sunblock, olive oil. (Tapi jarang pakai sunblock, tak suka!)


Photobucket

Concealer pun satu lagi, tak tahu nak pakai mcm mana. Sebenarnya tu utk tutup parut, segala eyebag, tapi memang tak reti pakai. Jadi, memang tak pakai. Mascara pun sgt jarang pakai. Sgt jarang maksudnya, setahun adalah 3-5 kali? Selalunya kalau cousin kahwin, kawan kahwin. Ke kelas atau saja-saja keluar, memang jarang sangat. Tak rajin. Eyeliner, beria beli yang pensel, tapi memang tak tahu nak pakai! Gel pun tak lepas. Jadi kalau pakai eyeliner tu, selalunya Liquid Eyeliner. Itu pun selalunya kalau rajin, 2 kali seminggu? Ke kelas kalau sempat je. 


Photobucket

Bekas pink hadiah dari roommate form 4 waktu di MRSM dulu! Inilah sumbat segala mascara atas ni, eyeliner, lipstick, lipbalm, lipgloss, nail clipper, etc etc.


Photobucket

among favorite! Hihi... Sgt suka lipgloss dan lipstick, walaupun jarang pakai. But i really love the colors! Tapi sejak belajar ni, akan pakai pagi-pagi. Supaya muka tak pucat sangat. Tapi sekali tu je lah pakai selalunya, kalau rajin akan touch up. Tapi sayang semua! Colors that suit me well are - orang, soft brown (neutral) and mauve. I would love to try red!!! Tapi tak berani... Too bold. But fascinating gila!


Photobucket

Perfume-perfume! Sekarang kalau tak pakai bila keluar rumah, rasa pelik. Tapi selalunya spray sekali je... so macam tak tahu pun orang lain bau wangi ke tak. Kalau lalu sebelah tak wangi tu, buat tak tahu je okay sbb dah pakai perfume dah! But again. Memang suka perfume sbb bau-bau dia. I don't really adore flower or fruit sebenarnya... More to something elegance and exotic combination. But i super love perfume!


Photobucket

Body butter from bodyshop pun best! Dia mcm lagi best dr lotion.. Dah habis, selalunya sy ni memang sayang nak buang bekas-bekas yang comel-comel. Jadi dalam tu letak foundation sponge dgn kabuki brush!  


Photobucket

a part of my rainbow bracelet and bangles. 


Photobucket

Sebahagian digantung dlm almari... Sebahagian lagi dlm kotak. Nanti share okay! :)


Bila dah kemas macam ni juga, baru jumpa mana yang dah lama tak jumpa... yang dah tak elok, dah nak habis ke, semua tahu. Tadi pun ada juga 1-2 item yang buang sebab dah tak elok. Selalu rajin check tarikh expired tau! Selalunya barang-barang mcm ni, ada tarikh expired, atau 2-3 tahun lepas dibuka. Jangan main pakai je, tak elok! Especially yg kulit sensitive tu, jgn cari masalah... 

Siapa yang pemalas nak mengemas tu, bawalah mengemas ye... Demi kebersihan dan kemudahan diri sendiri juga! Hehe.. Okay, have a nice sunday! Till then!


P/S : Selamat menunaikan ibadah umrah buat sepupu tersayang, Kak Sally… Semoga selamat pergi selamat pulang. Doakan Aqilah juga tau! I love you kak… Take care!

P/S: Tahniah juga buat Ika, Incik Biru, Shahli, Muiz, Amira, semua budak UKRIDA yang lain yang baru graduate! Selamat menjadi Doctor sebenar! --- Bertahan internship one and a half years! Proud of you guys! 

Apr 21, 2012

cuti yang bemula dgn demam

Asslamualaikum! :)

Sepatutnya sy dah tidur kot sekarang... Sbb badan sejuk panas sejuk panas. Sangat tak best. Sebab macam fikir, rasa sejuk tapi panas, panas tapi sejuk. Mulalah berpeluh-peluh tapi sejuk, kalau switch on aircond, sejuk sangat pula. Aishhh dilema org demam. Rasa nak mengemas bilik, almari especially membuak-buak. Ada keinginan, tapi malas, makanya tak ada semangat lah kot? Mungkin badan. Eceh alasan sungguh! Padahal tadi laju je nak shopping tudung. Haha.

Okay, sebenarnya hari ni official start cuti mid sem! yip yip hoorey! Alhamdulilah, hari yang dihitung sejak mula-mula masuk belajar dulu dah pun tiba... Tapi masalahnya, bila dah berlalu 7minggu ni, baru sedar, okay, dah lama sambung degree. Tak ada apa pun cuti seminggu. Betul... Apalah sangat seminggu. Dgn assignment, upcoming quiz and test. *Lap peluh* Tapi kiranya sy cuti sejak semalam (Khamis) sbb last class adalah Rabu! Maklumlah jadual kelas yang full hari Isnin-Rabu je. Sabtu Ahad tu utk kawad dan modul lain cerita tahu! Nanti sy cerita biar terang lagi bersuluh okay... :)

Nak dijadikan cerita hari Rabu hari tu, last minute ada replacement class utk Newswriting. Dan Isnin adalah hari tetiba diserang gastric... Rasanya dah makan. Tp dia nak dtg angin dia dtg juga. Blk tu makan ubat, okay sikit. Selasa time mandi, shampoo rambut, tetiba rasa sakit sangat. Sakit mcm terhantuk dinding... Terfikir jap, ada ke terhantuk dgn sesiapa hari ni? No. Then pergi klinik jgk sbb mama risau... Doctor ckp tu sakit dr dalam. Mkn ubat utk sehari, Alhamdulilah okay... But then, Rabu, sekali lagi pergi clinic sebab Rabu tu petang, tetiba diserang selsema bertubi-tubi. Sakit tekak menambahkan perit. Ya, al-kisahnya demam, dan tak tahan sangat dah. Maka buat pertama kalinya skip kelas ptg yg replacement Newswriting tu... Skip dgn MC ye. Dan rupanya, doctor ckp sakit kepala tu berkait dgn demam ni, semuanya sbb resdung kot :(


Photobucket

2 hari berturut-turut ye ke klinik. Second day tu lagi banyak ubat. Strepsils pun tetiba beli.
Oh MC pertama, tak suka. :(


Semalam rehat. Rasanya makin okay, dah kurang bersin. Kadang-kadang bersin. Tekak pun payau perit lagi.. Badan panas sejuk panas sejuk lagi sampai saat ni. Rasanya berjangkit dgn classmate! Ramai kot puak-puak bersin sehari dua ni. *salah korang!* Haha.. Tapi rasanya mmg musim kot. Tetiba je panasss, then hujannn, panas balikkk. Mcm tu lah seterusnya berulang-dan ulang.

Tapi pagi tadi sihat sekejap. Sebab mama ajak cari tudung area Sogo / Jalan TAR. Tapi kali ni anaknya yang banyak membeli belah. Thank you so so much mama!!!


Photobucket

I bought 10 pieces of 3 tones square bawal & 10 pieces of printed square hijab
and I love both. I really do love both types!!!




Photobucket

Close up of the printed hijab! Banyak lagi design yg lawa-lawa kot! Sgt banyakkk!
Ini dulu buat masa ini. :)




Photobucket

Dan juga beli 3 helai baju kurung siap. Cotton as usual. Yg oren tuh baru siap tempah.
yg 3 helai yg lain tu beli yg siap. Selalunya size M mmg sesuai. Kenapa cotton? I love love love it!
Mmg suka cotton dr kecil lagi, and cotton mcm sesuai kot nak pergi kelas. 


Yeayyyy sihat jap time dpt beli 3 pasang baju kurung dan 20 helai tudung ni... Kenapa beli banyak? Sebab 3 tones tu susah nak jumpa harga yang murah sikit... Dan kalau ada pun, mmg susah nak jumpa. Nanti sikit baru berlambak kot. Yang printed hijab tu pun memang best pakai dia! Sukaaa sangat. Semua murah-murah je, sebab tu boleh beli banyak. Kalau Ariani tak mampulah nak beli 20 helai terus... Itu biar mama je beli :)

Satu perubahan yang nampak sejak masuk belajar ni. Makin rajin iron baju dan tudung. Ye, dulu harapanlah, dari zaman asrama lagi, rela basuh baju org, dan org lain ironkan baju sy.. Seeeeeee, nampak tak bertapa tak suka iron baju? Huhu... TAPI sekarang, iron utk seminggu terus haa. Dan tak pernah lagi pakai baju sama rasanya sepanjang 7minggu ni. *Baju sikit je okay, cuma nak tunjuk bertapa rajin iron baju yang berlainan setiap minggu!* Tudung adalah sehelai-dua yang dah pakai 2 kali. Yang lain semua matching dgn baju tau tau. Haaa rajin kan :P 

Ini semua pemangkin juga! :) Thank you again mama for all these hijabs and baju kurung. I know this is ONE of the way to show how much you support me towards becoming a good student.. Eheh. Insya Allah, I am trying to be the best person I could be. Thank you abah juga! Okay i will talk later bout my routine. Till then, and please take a good care of urself, everyone, good night!

Apr 12, 2012

7 Wasiat Raja-Raja Melayu *updated with video*

Assalamualaikum. :)

Isnin lepas, sy ada join program "Survival Mahasiswa UiTM". Honestly, sepanjang program ni sy cuba tahan air mata. Sbbnya, sekali mengalir air mata, mesti sy tak boleh stop. Sebabnya tahu kan hati sy mudah tersentuh? Tp sepanjang program tu air mata bertakung, bulu roma pun meremang. Permulaan program diceritakan tentang asal usul kita, pendekar-pendekar Tanah Melayu dan termasuklah 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. Sy tak pasti sy yg dah lupa, atau ini memang kali pertama sy dengar tentang 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. Dan waktu ini, semua org belum lg menangis, sy sudah tahan air mata *patriotik sangat!* Bukan, cuma bila melihat apa wasiat mereka. Rasa sedih sendiri melihat orang Melayu di tanah Malaysia.

Di sepanjang program Survival Mahasiswa UiTM tu, 830am-1230pm, walaupun 4 jam, tapi pengisian padat. Makanya mmg rasa seronok. Kami belajar utk hargai kawan-kawan. Salam, dan peluk setiap kali jumpa. Menyanyi lagu Negaraku, Jalur Gemilang, Warisan dll. Mula-mula tentang sejarah Melayu, kemudian tentang galaksi dan alam semesta, Rasulullah dan perjuangan Islam, dan tentulah segmen tentang ibu bapa yang paling berjaya menumpaskan semua pelajar. Semua menangis teresak-esak. Tp hari ni sy nak kongsi tentang 7 Wasiat Raja-Raja Melayu tu. Bagi sy, mmg sedih. Kalaulah semua boleh buka mata...


*credit to google*


Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 .

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

1.   Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
2.   Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganangtasik dan hutan simpanTANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3.   Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4.   Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
5.   Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6.   Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
7.   Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


*credit to : Wikipedia*

          Cubalah sedar asal-usul Melayu. Cubalah fikir negara kita ini baru sangat-sangat merdeka, baru 55 tahun, tapi sudah goyah. Rapuh. Cubalah ingat semula dan baca semula tentang perjuangan pendekar kita dulu. Cuba bayangkan kalau kita masih hidup waktu itu. Mudah benar lupa diri… Hurmmm. Sedikit pun tak terkejut kalau kurang 50 tahun lagi sudah dijajah semula kalau macam inilah Melayu kita hari ini… 

Ini ada video dari youtube, credit to UiTM



Apr 11, 2012

affordable original perfume from X I N X a R a

Assalamualaikum :)

Kalau dulu, sejak sekolah menengah lagi, suka sangat bau-bau perfume. Sbb wangi, mestilah suka kan. Yes, I really love perfume! Tp nak ckp sentiasa wangi tu, taklah kan. Sbb usually, i will only spray my perfume once, which was the moment before i leave my house. And perfumes are divided into 3, which are - EDT, EDP and EDC. I was being told that the smell of a perfume is depending on our body temperature, how much do we sweat, and the temperature of our environment too. Jadi jangan expect semua org sama. :)

And one weird personal preference - Kalau org lain suka perfume botol besar, sy lg suka perfume botol kecil, sbb sy cepat bosan. Jd boleh tukar-tukar selalu bau yg berbeza. Tp kalau free, org bagi botol besar lagi suka! Hehe... :p Dan sebagai salah seorang shopaholic on9 tegar, haruslah kalau ada masa lapang tu, akan window shopping dkt blogshop termasuklah blogshop perfume. There are many blogshop yg jual imitation perfume, dan juga original perfume. But usually, limited of sizes, and of course lack of varieties... until I accidentally found X I N X a R a

X I N X a R a adalah antara blogshop yg jual perfume yg personally, I think sgt memuaskan hati. Kenapa?

  1. Ada banyak jenis size. Ada regular size, miniature dan vials! 
  2. Tak perlu risau tentang harga, kalau bajet terhad, beli yg vials atau miniature.
  3. Plenty of brands and smell. Mcm-mcm brand ada, tentulah mcm-mcm bau ada.
  4. Service yang laju, dan owner dia sangat friendly. *PENTING*

Kenapa no 4 tu penting? Sbb sy pernah nak membeli dr blogshop yg barang-barang dia best, tapi sbb owner dia sombong, memang terus potong mood... Logiknya, kalau kita nak menjual, kita nak promosi barang kita, mestilah kita perlu jaga hati customer kan? Nasib baiklah owner X I N X a R a ni sangat friendly... Tanyalah banyak soalan pun, mesti dia jawab. :) So I decided to give a try and I bought 2 miniature perfume from X I N X a R a. I can't help myself looking at those cute tiny bottle!


Photobucket

I bought two miniature, and I got two vials for free! 
Thank you so much sis Huda! :)))


Photobucket

This is vials. Vials is actually a sample. A very little tiny one.
Price range from RM 10. 1ml - 2ml


Photobucket

Miniature perfume. From 2ml - 15ml. From RM15 - RM 60
Mine are Lacoste Touch of  Pink EDT 15ml = RM 60
and Ralph Lauren Romance EDP 7ml = RM 45


Photobucket

2 miniature perfumes and 2 free vials! Yeayyy. 
I am a satisfied customer. 


So, untuk yang lain yg suka perfume jgk, do check out X I N X a R a facebook! Memang best sebab susah nak jumpa blogshop yang jual original perfume yg jual banyak choice dan size macam ni... Thank you sis Huda, for your service as well! 

Till then, happy holiday everyone! :)


Apr 7, 2012

kelas photo communication dgn prof yg awesome!


Assalamualaikum :) 

Hye, it's been a while! I know! Well Alhamdulilah, on 5th April 2012, genap sebulan bergelar pelajar semula. So far so good. Yes, not much obstacles, ada pun kecil-kecil je. Selalu ingatkan dalam otak, ini baru semester 1, makanya, hadapi dengan tabah! Small matter je meh, nanti semester 5, ke 6 ke, nak pening, logik sikit. Tak gitu? Kawan pun masih dlm proses perkenalan... 1st impression tak semestinya betul. I made mistake too. Ada yg 1st impression tu betul sangat! Ada yang tak betul... To be exact, we are still in a process to observe each other. So, tengoklah semester 1 ni mcm mana, kalau semester 2 nanti masih sama, maksudnya mmg cam gitu lah kan? :) 

But yes, I am lucky... I always am, and i thank Allah for making things easier, tak kisah lah aspek apa pun. Kwn paling rapat buat masa ni, yang susah senang sama-sama, tolak kereta yang buat double parking sama-sama dlm hujan mahupun panas terik, sama-sama memberi galakkan utk makan, ketawa dan jangan stress *sengal*, si Tia lah... Hopefully, she would always be the one I could count on. Insya Allah, Amin. Thank you Tia for everything! 

Btw, hari ini mahu kongsi tentang kelas minggu lepas, kelas photo communication! What is photo communication? Sebenarnya kelas ni sangat seronok buat orang-orang yang suka photography! Sebab belajar basic camera, dan seterusnya tentulah tentang DSLR! Haa selama ni main bantai je ambil gambar kan, padahal tak tahu apa benda pun, jadi time kelas ni belajar tentang semua setting yang ada. Seronok! Sebab assignment dia pun semua ambil gambar je. How awesomeee is that? Heh. And last week, kami beramai-ramai ke rumah prof waktu kelas! 


Photobucket

Masing-masing digalakkan membawa DSLR. Memudahkan pembelajaran. 
Time ni sampai awal, maka cuba-cuba snap gambar dgn Tia dulu.


Photobucket

inilah Tia! Nama sebenar dia Fatehah. Nama glamour dia Tia K. K is referring to Kardashian.
Sbb semua cakap, *termasuk qila sendiri* rasa muka dia, rambut dia, sama macam Khloe Kardashian!


Photobucket

kemudian, kami berkumpul di Petronas paling dkt dgn UiTM tu. Sempat ambil gambar tuh ;p
Kami konvoi 4 buah kereta. 1 kelas 19 orang je! 


Ohhh dari kiri, Tia . Qila . Siti . Umi . Nani . Ika


Photobucket

Haaaa ambik jelas gambar Tia dgn Qila. Nasiblah dia ni kuat gelak jgk. Taklah bosan.
Peramah, semua orang dia masuk, lepas tu blur jugak kadang-kadang. Tp baikkk! *tinggi dah puji ni tia* :p

my only burberry shirt... Ada sesiapa lagi nak belanja? ada ada? *mintak penampar*


Photobucket

tak sampai 1 jam kelas, tetiba prof suruh makan dulu! Ingatkan dulu prof memain je nak belanja nasi lemak! Sekali mmg ada nasi lemak, siap dgn chocolate cake, air sirap, air teh. Untunglahhh~~~


Photobucket

Habis kelas dalam sejam-dua, setelah dpt few notes, and how to handle the camera, usages of the setting, a lil bit briefing of the assignments, haruslah ambil gambar beramai-ramai kan! With classmate and prof!



Rumah prof sangatlah lawa! Org seni lah katakan... Oh kelas prof ini hari Rabu, Rabu adalah hari yang santai sikit. THANK YOU SO MUCH prof!!!! :))) Isnin-Selasa sangatlah memenatkan. But naaa, I don't have problem dealing with the schedule so far. Biar padat dan penat sekaligus, kemudian rehat sikit. Tak gitu? Ohhh sini jadual sy buat masa ni sem ini.

Isnin 
8:30am -11:20am = Psychology
2:10pm - 5:00pm = Newswriting & Reporting
6:10pm - 9:00pm = Intro to Mass Comm & Media Studies

Selasa
8:30am - 11:20am = Princpiples of Broadcasting
2:10pm - 5:00pm = Communication Management

Rabu
10:00am - 12:00pm = Photo Communication
2:00pm - 4:00pm = Tamadun Islam & Tamadun Asia

KHAMIS JUMAAT CUTI! Tapiiii... Sabtu kawad.

Dan buat masa ni, almost every weekends BOTH sabtu dan ahad, ada modul dr pagi sampai petang. Termasuklah hari ni... Mcm hari ni, kawad dulu 8:00am - 9:30am. Then tukar baju formal, 10:00 am - 5:00pm (normally). Tapi hari ni habis awal. *Legaaa* Kesimpulannya di sini, Khamis dan Jumaat itulah cuti. Lain dari yang lain. Belajar punya pasal, tak kisahlah!

Jadual dekat atas ni, secara kasar je tau. Kdg masa mula dan habis bergantung pd lecturer. Hehe.. So kadang habis awal, kadang lambat. Dan, salah satu assignment terbaru adalah, tulis blog '-___-'. I know, i know. Mcm pelik... Tapi, yup itu adalah assignment! Wajib tulis blog sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tak kisah pun tentang apa, santai dan lecturer nak tgk bahasa je. Nak tgk cara penulisan kita orang. I'll update another story later on. Puan Yati, jangan ambil yang ni eh..  Bahasa rojak dah.. Huhu.

Okayyy, that is all I guess! Till then, take care ppl! :)