Mar 1, 2012

resepi kek pisang gebu!

Assalamualaikum :)

Dah lama tak kongsi makanan homemade kan kan. Al maklumlah, mmg anak nya jarang masak, mama yg selalu. :P Eh tp anak dia tlg dkt dapur eh. Plg suka siang/cuci sotong, udang. Plg tak suka potong bawang. Hahaha! Sbb pedih mata. Lgpun anak mama ni lg suka baking dr masak lauk. Dan pastinya, cake dan puding, drpd biskut. Cehh, banyak songeh kau, tak pe, kalau kahwin nnt semua masak punya. Future husband jgn risau!

Minggu lepas, mama minta tlg lenyekkan pisang asalnya. Katanya, dia nak buat kek pisang. Resepi baru yg mama dpt dr internet. Tp sy tak pasti plak dr web mana. Kebetulan time tu, mama pun tgh cuba resepi baru, jd sibuk betul dia dkt dapur. Penyudahnya, anak dara dia ni buat sendiri cake pisang! Senang je. Senang gila. Kalau ssh, mmg sy tak buat! Haha. Okay, resepi ni, sy mmg dah ingat dkt kepala. Happy trying!


Photobucket

ini hasilnya, mmg sgt gebu dan moist! Suka sangat!
Alhamdulilah, buat hari ni, esok dah licin.


Resepi :

*500g pisang dilenyekkan (resepi asal 300g sahaja) terpulang suka pisang banyak mana. 300g utk kek yg light dan gebu. 500g utk kek pisang yg heavy dan moist. :)*

4 biji telur
240g tepung gandum atau tepung superfine.
150g gula perang (mmg dkt rumah guna gula perang) gula kastor pun boleh.
160ml minyak jagung.
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam


Caranya :
Okay, kenapa resepi ni senang? sebab resepi ni, campurkan semua bahan-bahan atas ni ke dalam mixer. SEMUA tau, lepas tu kacau guna mixer sampai semua bahan-bahan ni gebu. Then masukkan ke dalam loyang yang sesuai, make sure loyang besar tau. Sbb nanti kek mengembang sekali ganda acuan.

Bakar pada suhu 150C-160C. Hari tu lebih kurang 30-45 minit juga, lupa. Hehe. Lepas tu, rajin-rajin jenguk oven ye, cubalah test, kadang kek dah coklat, tp dlm belum masak. Hasilnya, sgt memuaskan walaupun cara membuatnya macam pemalas. LOL. :P

Selamat mencuba!
P/S: Panaskan oven dulu utk hasil lebih cantik.


2 comments:

Hidayah Maznan said...

Hai, thanks for sharing the recipe.. the cakes looks sooo inviting..marvelous..

ra|nbOw said...

hai hidayah! Welcome :) Cepat try! It is as easy as A-B-C!