Mar 22, 2012

voucher buku 1 malaysia dah selesai!

Assalamualaikum :)

ingat lagi minggu pertama hari tu, sibuk tanya kawan-kawan. "eh kita dpt ke voucher buku 1 malaysia tu eh?" semua taktahu. ada kawan kata dpt, ada kata tak dpt. eh sekali dptlah! beria beratur panjang, adalah setengah jam. yeay yeay dapat, alhamdulilah! boleh lah beli buku belajar yg mcm sgt banyak kan. ohhh, sem 1 ni ada 8 subjek termasuk koko. Jadi, 7 subjek lah kiranya.

Ini subjek-subjeknya! total credit hour : 20. ye, 20. TWENTY.




Huhu. Daripada 7 subjek belajar tu, 6 buku wajib ada, recommended by lecturer. 1 subject je, Photo communication, yg tak kisah beli apa-apa buku berkaitan photography. Okay, cuba ckp mcm mana 6 buah buku boleh dibeli dgn voucher RM200? Mmg tak dapat. Jadi nak berterima kasih dkt Cera & Nadia yg sudi menyumbangkan buku! hehe.. Dan ada lagi sebuah belum beli.

Dlm Rm200 voucher buku tu, dptlah beli 3 buah buku, dan tambah sikit duit, sebab beli buku tu lain-lain masa. Sbb buku tu tak semua tmpt ada. Kinokuniya pun tak ada. Jd guna voucher RM50, tambah cash RM20. Ada yg 2 buah buku RM122, maka voucher RM100, dan cash lagi RM22 tuh. Eh ada baki lah RM50! Yeay boleh beli stationery! Mama punya pencil case pun hilang, so i spent half of the voucher for mama, and the other half for me...


Photobucket

5 buah buku setakat ini. 1 belum dapat.
3 buah dapat beli guna voucher!



Photobucket

Psychology An Introduction . Introduction to Mass Communication .
Managerial Communication.




Photobucket

dapat 9 batang pen, 1 highlight, 1 stapler pin.
barang mama : 3 highlight, 1 stapler, 1 stapler pin, 1 liquid paper



Photobucket

dan er, inilah baju kesartria yg perlu pakai setiap sabtu, kawad!
ha'ah umur 23 kawad, pastu rasa lucu, pastu duk tahan gelak sensorang...


So far, tak lah penat sgt ulang-alik. Cuma tak cukup masa hari Isnin. Isnin kelas paling padat, which started from 830am, then habis around 930pm. Lepas tu selasa, kelas mula 830am jgk, ha tu yg tak cukup tidur tu. Kelas yg pagi, akan bangun 545am, keluar rumah 645am. Sampai sana dlm 730am. Gila awal kan sampai? pelajar contoh. :P sbb, kalau keluar rumah selepas 7am, mmg akan jammed. Nnt akan sampai lambat sgt plak. Sedangkan 645am pun kereta dah banyak.

and oh, isnin lepas, dlm kelas Introduction to Communication & Media Studies, kita org telah buat cabutan (draw), bukan lucky draw ye, utk giliran individual presentation. and guess what, boleh tak over 19 person dlm kelas tu, org dpt no 1? Macammm, uish seumur hidup, tak pernah dpt no 1 utk bab-bab presentation ni... so masa tu, dlm kepala, time tgh dpn-dpn classmate tuh, org terus berubah muka dan terfikir cam gambar bawah ni...



HAHAHAHAHHAHAHAHA.
okay, now just wish me luck!


For these 3 weeks so far, agak busy. Ada je meeting lah, itulah inilah. Dan Sabtu ni ada koko, (setiap sabtu pun) from 8am, dan ada PPW - Prog Pemantapan Wawasan, dr 10am sampai pukul berapa tak tahu. Huhu... Okay, masa free yg ada haruslah dimanfaatkan! till then, take care ppl!


Mar 9, 2012

minggu 1 semester 1

Assalamualaikum :)

3rd march, Sabtu lepas, selesai lah registration di uitm shah alam! Alhamdulilah. Walaupun hari Khamis mlm tu diserang gastric, utk pertama kalinya, tp berjaya gagahkan diri jgk utk pergi mendaftar! Sabtu petang tu, lepas selesai daftar, terus pergi hospital, jumpa doctor, dan baru tau rupanya gastric... :( sakit gila rupanya eh? dgn diarrhea, headache nye lagi. so seminggu ni, jaga gila mkn. tak lapar pun, makan jgk, bgn pg, subuh mkn. lunch mkn. ptg mkn. mlm mkn. pastu yg dah sedia mcm apam ni, jdlah apam kuasa dua. *sobbbbbbb*

Anddd, sgt terharu sebenarnya sbb nora dtg, thanks awk! thank you ban temankan nora. nora dtg sbb nak jumpa adik kesygan dia, nik, yg masuk uitm shah alam jgk. Thank you sbb teman mama abah berborak sementara sy que utk registration sampailah siap student card! About 1 hour jgk kan? Thanks thanks thanks!



Photobucket
abaikan sengih sampai nampak gusi tuuu. excited lebih.
registration day - 3rd march 2012


Okayyy, 1st day kelas, 5th march 2012... Jumpa lah kwn baru yg majoritinya adik-adik yg usianya 21-22. Eh sebaya kita yg 23 pun ada jgk. tp, ada apa pd nombor usia kan? biar ada apa pd nombor pointer. :P

1st day tu, 1st time nak berebut parking, redah berkenalan muka-muka baru. Time tu jgklah baru salin jadual, cari kelas, dan hari Isnin, 1st day, dah kelas sampai malam. woo~ cumanya last kelas tu should be ended by 9pm, tp lecturer tak masuk, so kami pulang around 7pm. 1st day tu tak payah tanya lah dgn berpeluh dia mcm mana, jalan sana sini. but friends are nice, lecturers as well! Kwn yg plg kita selalu kepit buat masa ni nama dia Tia! Dan ada 8 org adik-adik lain. Hihi. Nanti kita cerita pasal dia org!

2nd day, lagiiii lah turun-naik bukit sana sini. mula-mula pegi pejabat bendahari plg dkt, utk ambil voucher buku 1Malaysia RM200, yeay! then naik bas ke PTAR (library), sampai bus stop, terus jalan turun bukit dulu ke pusat Kokurikulum, naik lg bukit, and tah berapa anak tangga, ke PTAR. Lunch hour naik bas lg, balik faculty, meeting broadcasting, then terus next class dkt area Menara. means, dr faculty, naik bas lg, panjat bukit dan tangga lg, baru sampai kelas. ini lglah badan berpeluh tahap berlengas tau! tak pernah-pernah ada tisu sentiasa dlm beg, sekarang harus ada utk lap peluh!

3rd day, 1 kelas je! 4th day, cuti... 5th day, pun 1 kelas! Di sini, nak ckp thank you utk yg wish good luck on my 1st day, sebenarnya tak sangka okay! Terharuuuuu! Through sms, whatsapp. Thank you ainaa, teha, nadia, nora, faris and everyone yg mmg banyak bg support!

And sebab busy utk 1st week, tak sempat nak snap picture sgt! ini adalah sikit, next week i'll share more, thee. Ini pun sbb Tia sesame snap gmbr sbb die pun nk update blog!


Photobucket

TA-DAAAAA! presenting, org panggil ini tangga puaka. tapi... sbb nak berfikiran positif, sy namekan dia, "tangga-tangga ke pintu syurga". Ini adalah tangga yg menegangkan urat-urat kaki korang utk naik ke fakulti Masscom ni. Nampak je cikai, cuba join naik sekali!



Photobucket

lepas turun tangga, menuju ke parking lot. turun senang lg. kalau time nak naik. tskkk... Ini kiranya, perjalanan seharian plg basic. Belum hari yg kene naik bas ke ape... Basic-basic ni pun dah cukup utk mencomotkan muka. Phewww~



Photobucket

Parking di sini, memerlukan kecekapan memandu yg hebat woo. Ngeri gila!
1st - mmg double parking, so, mmg adengan tolak kereta tu selalu ada.
2nd - bila gila full, so anytime u nak keluar dr parking, extra careful, sempit.


Hehe... Jd pekerjaan tetap sekarang adalah, hari-hari tolong Tia tolak kereta. Hahaha.. Taklah hari-hari. Selalunya mmg kita org terpaksa tolak kereta lain, utk keluar dr parking. Yes, parking mmg limited. Dannn, disebabkan geografi dia yg berbukit bukau ni, dinasihatkan supaya avoid heels, bring more tissue, kipas tgn kalau ada, hahaha.

Utk sem 1 ni ada 7 subjek, dan 1 kokurikulum. Dan mmg boleh sesat dlm uitm shah alam ni ye. Jd kita nak ckp thank you jgk dkt kwn-kwn kita yg mmg dah ada dkt shah alam ni -Thank youuuu nadia PR, nadia Broadcasting, cera, zulida, alisya, ayie, biha, dan ayong sbb selalu jd GPS kita!

Oklah, tu je dulu, till then, take care! :)



Mar 7, 2012

Wordless Wednesday #12

Assalamualaikum :)

Alhamdulilah sejak Isnin, dah jadi student rasmi UiTM shah alam. 2 hari pertama ini sgt 'memeluhkan' LOL. Banyak berpeluh lah. Sampai berlengas badan. Tak penat sgt pun. Cuma banyak jalan naik bukit turun sana sini utk settlekan mcm-mcm as a new student. Tp seronok, haha, kawan-kawan best, and lecturer pun so far so good!

will update more later on. take care!




Mar 1, 2012

resepi kek pisang gebu!

Assalamualaikum :)

Dah lama tak kongsi makanan homemade kan kan. Al maklumlah, mmg anak nya jarang masak, mama yg selalu. :P Eh tp anak dia tlg dkt dapur eh. Plg suka siang/cuci sotong, udang. Plg tak suka potong bawang. Hahaha! Sbb pedih mata. Lgpun anak mama ni lg suka baking dr masak lauk. Dan pastinya, cake dan puding, drpd biskut. Cehh, banyak songeh kau, tak pe, kalau kahwin nnt semua masak punya. Future husband jgn risau!

Minggu lepas, mama minta tlg lenyekkan pisang asalnya. Katanya, dia nak buat kek pisang. Resepi baru yg mama dpt dr internet. Tp sy tak pasti plak dr web mana. Kebetulan time tu, mama pun tgh cuba resepi baru, jd sibuk betul dia dkt dapur. Penyudahnya, anak dara dia ni buat sendiri cake pisang! Senang je. Senang gila. Kalau ssh, mmg sy tak buat! Haha. Okay, resepi ni, sy mmg dah ingat dkt kepala. Happy trying!


Photobucket

ini hasilnya, mmg sgt gebu dan moist! Suka sangat!
Alhamdulilah, buat hari ni, esok dah licin.


Resepi :

*500g pisang dilenyekkan (resepi asal 300g sahaja) terpulang suka pisang banyak mana. 300g utk kek yg light dan gebu. 500g utk kek pisang yg heavy dan moist. :)*

4 biji telur
240g tepung gandum atau tepung superfine.
150g gula perang (mmg dkt rumah guna gula perang) gula kastor pun boleh.
160ml minyak jagung.
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam


Caranya :
Okay, kenapa resepi ni senang? sebab resepi ni, campurkan semua bahan-bahan atas ni ke dalam mixer. SEMUA tau, lepas tu kacau guna mixer sampai semua bahan-bahan ni gebu. Then masukkan ke dalam loyang yang sesuai, make sure loyang besar tau. Sbb nanti kek mengembang sekali ganda acuan.

Bakar pada suhu 150C-160C. Hari tu lebih kurang 30-45 minit juga, lupa. Hehe. Lepas tu, rajin-rajin jenguk oven ye, cubalah test, kadang kek dah coklat, tp dlm belum masak. Hasilnya, sgt memuaskan walaupun cara membuatnya macam pemalas. LOL. :P

Selamat mencuba!
P/S: Panaskan oven dulu utk hasil lebih cantik.