Feb 4, 2012

Sehari di Taiping

Assalamualaikum :)

Semalam terjaga tepat 830pagi, terus terjun dari katil, laju tuala dicapai, pintu tandas ditutup. Bunyi air laju mengalir, "okay dah lambat, mati aku", itu yg terdetik dlm hati. Terbangun lambat plak. Aiseyman. Ahhh pergi sehari je, sempat packing! Huu... 5minit lepas tu, dengar pintu bilik diketuk, "pukul 930pg kita gerak", kata abah. Baiklahhh! Siap mandi, terus keluarkan baju yg tak perlu digosok, oh nak travel, keluarkan semua toiletries dlm size kecil, dan ye, tudung yg perlukan seterika plg minima! Siapppp! 930pagi terpacak dpn ruang tamu dengan badan yg wangi! :D

Heh, aku mmg hebat packing last minute nih - terdetik dlm hati. Terus, turun, aku duduk di bahagian depan, sebelah pemandu. Memandangkan abah pergi ke Taiping atas urusan kerja, maka memang selalunya aku duduk depan, abah di belakang bersama mama. Jalan jauh, aduh, mata jangan tidur boleh? Sbb aku tidur buruk benor rupanya... Cuaca panas terik, aircond berdesup laju, abah mmg mcm tu kalau naik kereta. Terlupa pula nak bawa shawl kali ni. Beku. Berjam-jam, oh mata bertahan. Akhirnya berhenti di R&R Tapah. My fav R&R of all, sejak bertahun lamanya.

Penyudahnya, memang tak tidur langsung. Sampai Taiping wkt azan zohor berkumandang. Hotel terbaik di taiping buat masa ni, Legend Inn tetap jd pilihan hati mama & abah. Dah pernah cuba hotel lain, tapi hotel ini kedudukan strategik tgh bandar, dan makanan sedap yg harganya berpatutan. Diulangi, berpatutan. Abah terus berkejar utk solat jumaat memandangkan masjid depan hotel je, walaupun abah boleh jamak memandangkan musafir. Oh ye, Legend Inn adalah hotel paling tua di Taiping, (menurut abah)


Masuk-masuk je, ada 2 katil King. I love you abah, and hotel!
Terus berebut katil, apa hal nak berebut pun tak tahu, macamlah aku ada adik beradik.


Sebenarnya, since the past few years, as far as I could recall, abah dan mama memang akan ke Taiping, at least once a year. Kalau tak sebab ada dinner, abah ada golf. Mcm tu lah selalunya... Dan tiap kali pergi, mesti tak terlepas makan Kuey Teow Doli. Dan so far dlm banyak-banyak hotel yg canggih ke, yg ala resort ke, hotel Legend Inn ni so far, is the best, ohhh WIFI free. Just nice lah.

Dan, makanan die mmg murah dan sedap. Murahlah utk hotel kalau Chicken Chop RM 12.50. Kan? Dah mcm makan dkt restoran biasa. Makan dkt Secret Recipe pun tak dpt chicken chop harga tu tau :P


Toilet pun lengkap dgn bathtub, toilet, semua, selesa.


see, nak cepat punya pasal - baju chiffon tak perlu gosok!
dgn tudung syiria, mmg tak payah gosok. Hebattt!


Petangnya, abah mulakan operasi seterika baju utk dinner dia, (tentera ada banyak jenis uniform dan butang segala bapak butang, kasut segala gajah rimau ye) makanya, mmg takes time. So, mcm biasa, asal dtg sini je, mesti jalan-jalan dkt kedai-kedai kecil yg ada dkt town ni. Maka berjalan kaki lah dgn mama, berdua, sampai berpeluh-peluh.

Tp semalam, kenapa panas betul Taiping? Wuwuw... Pdhal Taiping kan tempat paling lembap di Malaysia - Bukit Larut. Geografi aku hebat yg tu je, ya Ampun.


Memang suka bangunan klasik cam gini. Ada banyak lg di Taiping.


Balik petang, boleh plak terlelap sekejap, terjaga, tengok mama abah dah hampir siap utk pergi dinner. Terus bangun, say goodbye, dan mandi. Kemudian, tengok menu makanan, order makanan utk dinner. Chicken Chop, puas hati, black pepper sauce banyak!


abah & mama.


And ohhh, my dearest cousin, Faris dgn tak disangka-sangka, bagi hadiah sempena dpt masuk UiTM... He gave me cash, and I wanted to buy something memorable, to use the money wisely, and at the same time, as a souvenir dr Taiping lah kan, so beli lah 2 pasang baju kurung cotton!

Nanti kalau ada kelas hari Jumaat boleh lah pakai :) Thanks cousin!


i loike.


And finally, here I am, home sweet home, penatnya travel dlm sehari je. Penat dlm kereta. Oh ye, baru sampai ptg tadi, esok ke PD plak, abah ada golf... So, Isnin balik KL semula. Penat sebenarnya. Wuwuwu... Okay, till then, Happy Holiday!


I slept on a King-size bed alone. I thought it would be great, but I can't sleep until 6am...
They say "Money can buy u a bed, but not sleep" It is happiness that counts.



7 comments:

Fuza Marquis said...

ehehi. kelakarlah.
excited nak cop bed. sekali u takleh tido :P

ra|nbOw said...

itulah. Tidur tu nikmat. Malanglah siapa tak boleh tidur.

hailey said...

Hi, I came across your site and wasn’t able to get an email address to contact you. Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.

Thanks!

Hailey William
haileyxhailey@gmail.com

Hidayah Maznan said...

hai aqilah! i just found ur site..well, nice entry like it so much..i'm from taiping..and i'm ur new follower..do visit mine dear :)

ra|nbOw said...

hye hidayah! Thank you, biase2 je wakk :) Suka pergi taiping! hee.

sya isyah said...

hai aqilah..sy org tepen.hehe..nice blog!keep it up!

ra|nbOw said...

hai sya! wahh, ramai org taiping ni. segan sy. hee. Thank you! :)