Feb 22, 2012

a little something utk yg masih dan bakal bergelar pelajar IPT

Assalamualaikum :)

Sini, ingin sy tekankan, this is a very long post, tak rugi membaca sbb sy kongsi sesuatu plg berharga - pengalaman sendiri. Utk mereka yg malas belajar dan tak menggunakan sebaiknya peluang sebagai pelajar.

1st of all, sy nak minta maaf kalau ada tersalah dan terkasar bahasa. Sy bkn sesiapa pun. Cuma rasa nak berkongsi pandangan hal ini. Semlm sy tidur agak awal, dan kemudian terjaga jam 2:40pg. Pejam celik, pejam celik, tersedar, kurang 2 minggu saja lagi sy akan melanjutkan pelajaran! Alhamdulilah. Masih tersenyum dan bersyukur sgt bila akhirnya dpt peluang ni. Biarlah org kata umur dah hampir 23 walaupun belum genap lagi (oktober 2012), tapi baru nak sambung degree. Guess what? I really don't care, i want this, I aimed for this since i finish my diploma 2 years ago, and, it was my biggest dream of all, for now. Yes, BIGGEST.

Then semalam akibat tak boleh tidur, sy pun sempat menjenguk ke FB page Masscom UiTM Malaysia. Sebenarnya, hari ni kawan-kawan di UiTM semuanya baru dpt result exam, dan dari seorg kawan yg sedang belajar final year di situ juga, sy dapat tahu, mulai semester depan (which would be my 1st sem there), hanya pelajar final year yg boleh bawa kereta. Dlm hati dah, "seriously? seriouslyyy?" Sebenarnya dah dengar masalah parking UiTM dah lama dah, before this lg dr kawan-kawan lain. Dari masalah itulah, sy terjumpa page FB Naib Canselor UiTM iaitu Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. And it seems like, my 1st impression, beliau sgtlah prihatin, baik, dan cuba sedaya upaya utk membalas semua comment student. Which is great.

Dan, guess what sy jumpa, status terkini Dato'? Ta-daa!

Photobucket
Yes, alhamdulilah, buat masa ni, pekeliling tu ditangguh.
Bermakna, sy boleh drive ke UiTM lg utk my 1st sem. :) thank you!


Oh ye, sebenarnya, ada dalam 10 org kawan yg sy bgtau secara personal, ttg kegembiraan sy dpt sambung ijazah di UiTM. Dan yg lain tahu secara tak langsung melalui kwn-kwn lain, atau FB, atau di blog ini. Dan, ada kawan kolej yg mcm terkejut dan ada yg tanya "eh mcm mana boleh dapat?" "eh, dia minta tak dapat pun?" honestly, Alhamdulilah sy dpt, sbb sy bukan anak Tan Sri atau anak Panglima, makanya mmg sy tak ada kabel-kabel, mcm yg mungkin ada segelintir pihak ingt sy dapat sbb sy guna kabel. Tidak. Cuma berkat doa mama abah, sejak bertahun yg lalu, Alhamdulilah :')

Sini sy ringkaskan semula. Sy menamatkan sekolah menengah di MRSM Kuala Lipis. What do you expect? Selemah mana pun student tu, dia tentu akan dapat tempat di Matrikulasi atau IPTA. Sebab paling lemah pun, tak ada yg gagal. Itu bezanya pelajar MRSM dgn pelajar sekolah biasa. Itu kelebihan pelajar MRSM. Yes, rasanya kawan-kawan MRSM sy tak ada yg tertinggal. Ramainya pergi oversea. (Jeles tau!) Teringat lagi, dulu dkt MRSM sy bukan golongan pandai. Sekolah lama, mmg sy antara best student. Tp bila masuk MRSM, baru tahu langit tinggi rendah, ramainya budak pandai! Makanya, bila result SPM keluar, sy dpt 5A je ye, sebenarnya result itu dah cukup bagus utk prestasi sy di sana. Sbb, sy antara pelajar plg lemah dkt sana (trust me!)

Waktu tu, kawan-kawan yg lain, ramai dpt 7A-9A, atau 2A-4A. Mmg sgt mengejutkan. Yg dpt tgh-tgh mcm sy, yg dpt 5A-6A, sgt sikit. So, bila sy, pelajar lemah ni dpt 5A, it was quite surprising. Ramai kawan yg hebat dr sy, dpt 2A, 3A, dan 4A. Lagi mengejutkan ada yg dpt 1A juga. Hurm, rezeki masing-masing. TAPI... kawan-kawan sekolah lama, dan sepupu semua ingat sy dpt straight A's. No, tidak :) See, nampak perbezaan tahap kepandaian sy? Padahal jujurnya, SPM adalah saat paling sy cuba habis baik dlm hidup ini. Ya. Itu sy tahu. Pedulilah kalau org lain tak percaya. Tp rezeki sy, setakat itu saja. Rasanya, sy menangis time tu, tak kira masa. Berdiri pun boleh menangis. Org kata, frust menonggeng. Sbb apa? Sbb sepanjang hidup sy, sy target dan sy yakin sy boleh dpt 8A-9A utk SPM. Tp waktu di MRSM, sy tahu sy tak mampu, tp sy teruskan demi mama abah, dan juga kawan baik sy, my dearest D-12. Itu saja penguat sy.

Dan malangnya waktu itu, sy tak dapat tempat di Matrikulasi. Hampir 90% kwn sy yg sy tanya, semua dapat. Menangis terduduk lg sy. Fikir dan tertanya-tanya kenapa tak dapat, ramai kawan result yg lg rendah tp dapat. Tp hari ini, sy bersyukur sy tak dpt. Mungkin Allah ada rancangan yg lg baik. Sbb di Matrikulasi, ada 2 yg blh sy simpulkan - You do your best, or you are left out. Maksudnya di sini, mmg perlu struggle all out, baru dpt sambung degree ke kos yg diminta. Kalau result biasa-biasa, mmg akan dpt degree kos yg kita tak pernah fikir akan sambung. Yes, it happened to half of my friend, walhal ada yg dpt lebih 3 pointer. In the end, mereka pasrah dgn apa saja kos yg ditawarkan. Jd, silalah buat yg terbaik di sini.

Dan, kemudian keputusan IPTA keluar, pun sy tak dpt tempat. Tahu, time tu rasa dunia ni dah berakhir je. Gelap. Bertubi-tubi kegagalan dtg... Salahnya, sbb result tak seberapa, ada hati nak minta asasi sains? Dulu berangan nak jadi doctor forensic. Kemudian, law pun tak dapat, walhal ramai yg 5A dah boleh dpt law. Tak pe lah... Redha. Buat rayuan, akhirnya dapat. UMP, mechanical engineering. Tapi, engineering? 1 benda yg tak pernah sekali pun terdetik dlm fikiran, dan sudah tentu bukan minat sy. Maka sy tolak. Ya, sy tolak. Kalau org lain, mesti kata sy rugi besar. Ya, itu yg kawan-kawan kolej kata. Sbb majoriti mereka tak dapat panggilan IPTA sebab itu mereka ke kolej. Tak pe lah, at least sy tahu, ramai lagi senasib dgn sy di kolej. Akhirnya sy tolak tepi forensic, tanam saja law, broadcasting akhirnya. Tak pernah sy terfikir sy akan bermula diploma.

Sem 1, sy selalu fikir, betul ke aku boleh bawa nih? Serius eh dr sains ke benda mengarut ni? Yes, walaupun hati sy mmg berat ke sini, tp ada masa sy tertanya-tanya, betul tak apa aku pilih ni? Dan hanya 2 org dr kwn sy di MRSM (termasuk sy) yg ambil kos berkaitan Masscom, yg lain semua sains. Dan di antara kawan-kawan sekolah lama, juga hanya sy yg ambil Broadcasting. Kemudian baru ada seorang dua yg mengikut jejak. Tapi, lagi sekali Allah Maha Adil. Dia buka mata sy bahawa, bukan hanya ada ilmu sains di dunia ini. Bukan hanya ilmu sains yg perlu dibangga-banggakan. Slowly, i fall in love with broadcasting. I start with zero, makanya mmg sy teruja sbb mcm-mcm sy dpt tahu. Sayang, penyiaran ini bukan semata jd pembaca berita atau pengacara nona (apa yang difikirkan oleh makcik-pakcik di luar sana) dan kami bukan enjoy, tak belajar (macam apa yg kwn-kwn sekolah sy fikir). Kami belajar dan kami enjoy apa kami buat. Tidur di kolej, tak mandi sehari-dua, ikat perut utk projek-projek FYP, shooting sana sini, deal dgn artis yg mcm-mcm karenah, dan tak lupa juga yg begitu sporting! It was big, it was amazing. :) Thank you Allah.

Dan tamat belajar, umur 21, mudanya sy rasa utk bekerja. Sambil bekerja, sy tak lupa utk terus mencari peluang sambung ijazah. Terlepas tarikh daftar MUET, Terlepas tarikh daftar UPU sbb MUET tak ada, banyaknya masa di ambil, sebab semuanya selang 6 bulan. Masa berlalu, sy semakin tua, kawan-kawan yg terbang ke oversea bertambah ramai. Terdiam, termangu bila tengok gambar-gambar mereka di FB. Tapi shafinaz selalu pesan, "your time will come babe." Bertambah lucu, bila kadang terlupa tgh bekerja, sbb officemate, dan boss semua macam kakak, abang, pakcik sendiri. Betul, kadang terbawa-bawa lg perangai budak-budak, lupa kita tgh bekerja dgn mereka yg lg berusia. Minta UPU kali pertama, tak diterima. Akhirnya, Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah, rezeki sy hari ini, tahun ini. :')))

Sy tahu, ramai yg senang-senang dapat tempat utk ijazah. Tp sy pernah bermati-matian utk dptkan ini, terlalu banyak air mata sy yang jatuh utk dapatkan ini, terlalu banyak. Abah dan mama sampai, sampai tak sanggup nak tengok sy menangis lagi sebab terlalu hancur hati mereka melihat kecewanya sy. Mungkin sebab sy pernah rasa susah, mungkin sebab sy berusah keras utk ini, maka sy mmg bersyukur sgt dgn peluang ini. Dan sini, sy ingin berbalik semula ttg apa lagi yg sy jumpa di FB page Naib Canselor UiTM - Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.


Photobucket

It was an eye opener, ramai lagi yang tak dapat rupanya.
Ramai lagi yg masih tak berpeluang.



Dan di sini, biar sy kongsi beberapa comment lain tentang status ini, which sy rasa menarik utk dikongsi.


Photobucket

Dari sini sy dapat tahu, ramai pelajar, even pelajar UiTM sendiri, tak dpt kos yg mereka minta. Tapi sebenarnya ada betulnya apa yg Mike Hershey's tu ckp, bersyukurlah dpt sambung belajar. Cuba dahulu gunakan sebaik mungkin peluang yg ada. Tak rugi. Lagi sekali, rasa bersyukur sangat dpt apa yang saya minta. Alhamdulilah.



Photobucket

Dan ada betulnya, apa yg Adam Danielle tu ckp, bukan pelajar UiTM semata, tapi semua pelajar IPTA lain, tolonglah, tolong manfaatkan peluang belajar tu. Bukan sy seorang, tapi beribu lagi mereka yg pernah, dan sedang berharap mendapat tempat yg tak awak hargai tu. Dan, air mata sy mengalir baca comment dr Matfazly Mat Kasim tu. Bertambah sy bersyukur di beri peluang ini.



Photobucket

Dan ini, benar-benar membasahkan pipi sy dengan air mata. Ramai lagi rupanya yg rasa apa yg sy pernah rasa. Ramai rupanya yg nak belajar, tp gagal dan gagal mendapat tempat. Baru sy tahu, ada yg sampai 3-5 kali memohon, baru mendapat tempat. Apalah nak dibandingkan sy yg baru 2kali memohon. Baru sy tahu, bukan sy yg paling malang. Alhamdulilah, syukur tak terhingga.



Jadinya... tolonglah, sedarlah, buat mereka yang sikit pun tak ada kesedaran utk belajar, ramai sangat-sangat lagi yg mengidamkan tempat tu. Ramai sangat lagi yg cuba dan mencuba, tp tak mendapat tempat. Ramai sangat lagi yang menangis utk tempat itu. Bersyukurlah, gunalah sebaiknya, jangan pandang remeh.

Dan buat yg masih gagal, apa yg boleh sy katakan, percayalah, mmg setiap kejadian ada hikmahnya, Insya Allah. Kadang kita tak nampak, walaupun bertahun-tahun, tapi mungkin kita tak nampak di dunia, tapi hanya Allah yg ada jawapannya. Teruskanlah mencuba. Dalam masa yg sama, jgn buang masa, bekerja. Pengalaman bekerja, jauh beza dgn ilmu belajar, banyak yg tak ternilai. Sy doakan kalian berjaya juga satu hari nanti. Amin :)

Harapnya, ada yg dapat manfaat dr perkongsian ini. Dan andai ada yg terguris, harap dimaafkan. Take care everyone!


14 comments:

Atika Azumi said...

alhamdulillah, i'm sooo happy for you dear :') semoga u continue to be strong in pursuing this degree :)

ra|nbOw said...

Thank you atika, :) I know you really are happy for me! Insya Allah i will try my very bery best!

Azlina ishAk said...

salam...=) hai akak..perancangan Allah tu sgt hebat sebenarnye kn...rasenye pengalamn akak nie hampir same dgn sye...=) kawan2 sye yg laen da selamat 1 sem degree..saye baru nk dftr 5mac nie....wlo ape pon..all the best utk akak...semoge allah trs beri kekuatan utk akak...;)

ra|nbOw said...

Salam. Hye azlina. Ohh, nanti same-same intake lah kite. :) Thank you dear! good luck to you too!

Azlina ishAk said...

hehehe...a'ah same...tp kte kt penang..x kt shah alam

ra|nbOw said...

Ohhh penang best! Hehe.. takpe, blaja memane pun same je. Try ur best okay :)

nadyNad said...

Selamat menjadi Masscommer UiTM.

notacinta:bukan senang nak senang,bukan susah nak susah.anyway,susah payah kite nak smbung dgree UiTM lebih kurang sama. :)

ra|nbOw said...

Thanks nadia sbb bnyk bg info ttg uitm! Ohh, ye ke? tp at least nadia dah nak habis, qila baru nak start... Heh. Rezeki memasing kan. Good luck to nadia for this upcoming sem! :)

Anonymous said...

sedih sungguh kami berdua melihat lautan air mata, kepayahan dan penderitaan anak mama dalam menyembunyikan kesedihan dalam mencapai impian dan cita-cita...sehinggakan penderitaan dan kelukaan itu menyusuk tajam dalam hati kami...sehinggakan kami berdua sentiasa memohon,berdoa dan merayu agar ALLAH tunaikan impian anak mama dan abah ..sekiranya anak mama,mama atau abah yang berdosa atau bersalah janganlah dihukum anak mama tapi hukumlah kami berdua ..berilah peluang dan kebahagiaan pada anak kami..ALLAH maha pengasih dan penyayang dia akan menunaikan permohonan kita ...teruslah berdoa dan berusaha..anak mama pasti akan berjaya berkat doa kami berdua..tapi percayalah jalan mama mencapai kejayaan jauh lebih susah dari anak mama..moga ALLAH permudahkan urusan anak mama dunia dan akhirat..AMIN...

Z.anil said...

Salam,

saya pun macam lebih kurang macam awak jugak, 3 kali intake tak dapat2. pernah sekali saya ,mengadu dengan kawan ckp "aku tak nak masuk uitm, uitm tak suka aku...asik2 tak dapat"...tp still saya apply jugak intake dia...hahaha...tp da tak letak harapan, sbb tau uitm takkan terima saya..tup2 dapat...syukur tak terhingga...and I was 23 when I registered myself in uitm...just like you...trust me, its going to be fun there..sekarang...no more uitm tak suka aku..its uitm dihatiku...huhuhuhu..see u in shah alam dear..

ra|nbOw said...

mama : panjangnya comment! hehe. thank you mama, abah, jgnlah bersedih lg, cuma teruskan berdoa utk anak mama ni eh :) thank you again ma.

z.anil : salam. Oh, 3 kali mintak tak dpt, kali ke 4 baru dpt eh? tskkk T___T Alhamdulilah. Insya Allah, i hope i would gain as much knowledge as i could and, have fun! :) Thanks! Kalau jumpa, marilah bertegur sapa. hehe.

ainulaqma said...

saya pon warga uitm :)
once uitm always uitm!! uitm di hatiku!!! :)

ra|nbOw said...

ainulaqma : hehe. Kalau jmpa bertegur sapa lah ye :)

anjali gupta said...

I like it most.Keep it up give more latest post.
Mumbai Escorts

Mumbai Independent Escorts

Mumbai Female Escorts

Mumbai Female Escorts