Feb 2, 2012

Alhamdulilah, finally, after all these years...


Assalamualaikum :)))




Kalau org lain, mudahnya proses pembelajaran dlm hidup dia, sesudah SPM, terus ke Matrikulasi atau politeknik, atau asasi, A-level, dan terus ke degree... tp sy, tamat SPM, ke diploma, dan terkapai-kapai sendiri cari peluang utk ke degree. Malangnya, masa itu terlalu naif. Tak tahu MUET hanya dua tahun sekali. Julai 2010, dah terlambat utk daftar MUET akhir tahun 2010. Maka, terpaksa sy bazirkan 6 bulan utk tunggu tarikh pendaftaran MUET seterusnya... Tunggu, akhir tahun 2010, daftar utk MUET pertengahan tahun 2011.

Lagi hancur hati, bila kawan yg diharapkan, kawan yg pernah berkata "Kita ambil MUET sama-sama." rupanya dah terlebih dahulu mendaftar, pdhal berkali-kali sudah dinyatakan hasrat yg satu ini... Dan ya, dia 6 bulan lebih ke hadapan, makanya, dia sudah selamat menyambung degree dan sudah pun melewati semester satu. It's okay... Redha. Lihat calendar, untuk masuk ke IPTA, perlukan MUET, tarikh tutup adalah MAC 2011. Terlambat, MUET hanya dapat selepas April 2011... Dan 2011 jugalah, kerajaan mengubah semula jadual akademik untuk IPTA di mana semester baru tidak lagi bermula bulan 6 dan 12, sebaliknya bulan 9 dan 3.

Masa berlalu... akhirnya June 2011, MUET dah didalam genggaman tangan. October 2011, berjaya mengisi borang UiTM utk kos "Degree in Broadcasting". Alhamdulilah, air mata mengalir gembira waktu dipanggil untuk interview pd December 2011. Hati gelisah semalaman tak dapat lelapkan mata. Bertapa sy menginginkan ini sejak usia 21 tahun, sejak tamat diploma... Tapi satu-persatu peluang terlepas, masa berlalu, hanya kerana tak tahu apa-apa, maka sy tertinggal. Alhamdulilah yang teramat sangat, beryukur yg teramat tinggi, tanggal 2 feb 2012, sy diterima masuk ke UiTM Shah Alam ini... :')))

Tinggal lah langsung alam pekerjaan yang hampir menjengah usia 2 tahun. Dlm mengharapkan impian yg satu ini, banyak yg dpt dipelajari sepanjang bekerja. Terima kasih utk semua peluang, semua ilmu! - Assistant Producer, Broadcast Journalist, Production Assistant, Editor, Switcher, Assistant Production Manager, etc. Thank youuuuuuuu!

Terlalu banyak air mata, doa dan harapan, untuk mendapatkan yang satu ini... Harapan mama abah, harapan diri sendiri, dan besar juga, banyak juga pengorbanan yg terlibat. Terima kasih utk doa-doa semua, dan maafkan sy andai ada yg terluka, peluang ini terpaksa sy utamakan buat masa ini. Doakan ya!


9 comments:

raindropswithroses said...

congrats qla!
jumpe kt sne tgur2 taw~
:D

ooh dxanna said...

Qilalalalallalalalala. Proud with you my baby. Go go go my girl. Do whatever makes you happy. Yaaayyyy

Ika Maknae said...

Alhamdulillah. tahniah syg. takpe qila, ada hikmah sebalik sume ni. at least qila dah byk experience. something yg susah fresh grads nak ada tp qila dah ada. mesti lepas grad nnt qila senang nak apply mana2 sbb qila dah ada kelebihan tu. kan? :) love youuu!

Yanie Nz said...

tahniahhhhhhhh qila syg. rezeki stiap org x sma dear. apapun, do the best for this k. impian awak kan. good luck sayanggg ;)

ra|nbOw said...

nabilah : yeay awk dkt sana jgk, insya Allah mesti tegur punya! thanks! :)

selenana : Thankssss yg selalu mensupport! I am, and i will!

ika : Alhamdulilah. thanks ika! Mungkin mmg ada hikmah tersembunyi yg kita tak nampak kan? dan yup, qila akan cuba yg terbaik insya Allah, love u too!!! :))

yanie : Thanks yanie! I will try, thank you again~!

fatynadia said...

tahniah qila! selamat kembali ke sekolah. jangan risau. masa dua tahun qila tak bazirkan dengan sia2 pun. at least qila dah merasa alam pekerjaan sebenar yang orang lain tak dapat. nanti bila dah masuk kelas, pemahaman qila akan nampak lain sebab dah ada selok belok dalam dunia sebenar course qila tu

hehe nway, good luck!

ra|nbOw said...

fatyn : Thank you fatin! Insya Allah, harapnya mcm tuh! :)) Good luck utk fatyn jgk!

Anonymous said...

tahniah qilah yang disayangi kami sentiasa berdoa agar qilah sentiasa cemerlang di dalam kehidupan qilah di dunia dan akhirat...gunalah sepenuhnya peluang yang ada untuk mendapat ilmu dan memperolehi keputusan yang cemerlang ..usahalah semampu yang boleh dan jangan sekali kali putus asa...insyaAllah..kami berdua sentiasa berada di belakang qilah..

ra|nbOw said...

Hehehe. Thank you mama! Terima kasih! :) Insya Allah, ni semua berkat doa mama abah... I will try my best mama!