Feb 29, 2012

late lunch with girlfriend at chili's

Assalamualaikum :)

It's 29th February 2012! Leap year! Siapa yg tak tahu mcm mana, kenapa, tahun lompat boleh terjadi 4tahun sekali, sila google di wikipedia, dan tgk video dkt youtube. Jd, sbb tarikh cantik, rugi tak tulis blog! Lg 4 tahun baru dpt tarikh ni. And oh, leap year jgk adalah tajuk filem romantic-comedy yg comel jgk, and the best part, location filem tu dkt Dublin, sangatlah cantik view-view dia. Shafinaz dah pergi hari tu, dengkiii. More info about the film - Leap Year.

Semalam keluar dgn one of my fav gf. Dia belanja makan sbb dpt sambung degree! And makan dkt Chili's, Empire Gallery Shopping Mall.


Photobucket
tak ramai sgt, weekdays kot. And, dah lepas waktu lunch.
Pekerja sini okay, ramah mesra.


Photobucket

Hambik kau. Kenyang gila melampau sampai sy sakit perut.
Tak pernah rasa kenyang sampai sakit perut. T___T

Texas Cheese Fries - Fries topped with melted cheese, serve with dipping sauce.
Country fried chicken - fried chicken, mashed potatoes, with black pepper gravy,
sweet corn and garlic toast.
Fish & chips - Fish fillets, with fries and tartar sauce.


Air lupa nak snap. Hahaha. But mine, chocolate banana was great. And my main menu is country fried chicken. The fried chicken really is well-cooked and crispy! Nyum nyum. Mashed potatoes sangat sedap, and, portion dia sgt besar tahu? Jd mmg sgt kenyang. Itupun jagung tu sy tak sentuh langsung. Sbb terlalu kenyang, tp mmg nak makan jgk sbb sedap sgt :P

Lepas tu, eh boleh terlupa, ada order dessert!


Photobucket

Molten Chocolate Cake - Warm chocolate cake with chocolate fudge filling.
topped with vanilla ice-cream under a crunchy choc shell!

Ini, terlalu sedap.


Then, jalan-jalan window shopping utk make sure makanan jatuh, sbb 2kali sendawa yg nak muntah sbb terlalu kenyang. Ishhh.. Senonoh perangai! Then balikkk. Kejap je. Tp banyak gelak, banyak cerita. Berborak dgn gf adalah sgt seronok, sbb tu kita org still akan curi masa nak jumpa like once a month, just to catch up with everything.

And, sebelum turun dr kereta, dpt hadiah! Yeay!

Photobucket
a bear and cute antique coca cola alarm clock.
hadiah nak sambung belajar. terharu terharu! sobsob.



Photobucket

close up jam antique. Katanya,
"jam ni tak ada bateri, kau kena kunci setiap 24jam supaya terus bergerak. Jd, kau akan selalu ingat aku everytime kau kunci jam tu. Dan, untuk ingtkan kau, sebagai pelajar, masa itu emas." okay betul ni, aku terharu! Thanksss :')


Less than 5 days utk kembali ke sekolah. Entah mcm mana ragam classmate? Hewhewhew. Classmate baru. Then nak berebut parking UiTM tu, Lecturer? Then kena register course, exam, semua online kan kan? Mcm mana ribut tah aku, 1st time nak buat. Huhu. Doakan saja okay!

Till then. Take care!

Feb 28, 2012

kenapa google aqilah amin?

Assalamualaikum.

Sebenarnya, tahun 2008, blog ini wujud, DUA je sebab utamanya sampai sekarang - Saya pelupa, dan sy jenis sentimental punya orang. Makanya, kalau boleh semua benda sy nak ingat, dan remind myself over and over. Kedua - Sy mmg suka bercakap, sebab tu tulis panjang gila, bak kata kawan-kawan rapat, Karangan sekolah!

Jadi... Mmg dari 2008 tu, yg baca blog ni cuma kawan-kawan rapat. Wkt tu, tak ada siapa kecoh pasal blog pun. Semua baru beralih ke FB. Tetiba, blog ni jd trend. Semua org berlumba nak jadi yg paling famous, yg paling cantik lah, kira mcm ada blog ni, mmg awesome lah. Okay, siapa yg tulis blog semata-mata nak famous, seriously, it's TOO PLASTIC baby. Just, be yourself...

So, I don't care much. Menulis dan menulis, dan makin lama, makin berfikir sebelum menulis. Sbb perlulah makin matang, dan fikir banyak pihak kan? :) Sy tak kisah berapa ramai org dkt follower tu, sebabnya ... Org yg follow, tak semestinya baca. Org yg invisible, terlalu ramai baca, which are unexpected ppl. (okay malu) Ha, ini yg risau, org yg baca dlm diam ni. Huhu. And, abah sendiri dah mula baca sejak tahun lepas, mama sudah mula baca dan rajin komen sejak sebulan dua ni. (lagi malu)

Jadi... kalau nak kata sy making up stories, NO NO. Sbb ramai yg baca, sendiri tahu sy tipu atau tidak. Sbb semua kenal sy betul-betul kenal. But then... sejak sebulan dua ni, blog yg sedang-sedang ni, makin banyak hit daripada hint "aqilah amin". Mula-mula sekali, 2-3 kali dlm seminggu tu tak hairan lah. Tp sekarang, hampir tiap-tiap hari.. Dan banyak kali dlm sehari atau seminggu. Which is, sy sangat tak selesaaa!


Photobucket

This week tu baru hari ni dan semalam.
Sampai 25? Seriously?


Erm. Sy bukan fashionista, mmg tak lah, selekeh nak mampus. Hahahaha. Gambar sendiri pun, jarang-jarang nak letak dkt blog, sbb tahu sy biasa-biasa saja. Lagipun mmg jenis segan nak camwhore sendiri! Hahaha. Kalau boring sangat, ye, adalah buat, itupun jarang. Jadinya... cuma nak ckp dkt sini, mcm pelik bila org google kita.

Buat sesiapa yg men-google tu. dgn keywords "aqilah amin" lah, aqilah amin itulah, inilah. Mungkin, kalian tersalah aqilah kot. Maybe ade aqilah amin lain with a great personality, or better stories! Hehe... OR, kalau mmg ada yg google sy, dan mmg sy yg anda cari, erm, sy ada buat salah ke? tskkk.. Kalau ada, seriously, sy minta maaf. Kalau ada apa-apa tak puas hati, blh ckp dgn sy. okay? :)

And thank you utk semua yg baca, especially sejak 2008. You guys know me well, better than anyone else. Till then, happy tuesday!


Feb 26, 2012

ahad yang menyeronokkan, shopping and quality time with family!

Assalamualaikum :)

Alhamdulilah sabtu ahad ini antara yang paling best utk tahun 2012. Semlm pergi kenduri kesyukuran rumah nabil dgn abah, mama, cik. Ramai betul org. And makanan semua di masak sendiri oleh keluarga nabil, sangat sedap ye lauk kampung, siap dgn kambing bakar seekor, kuih muih tradisional! Yummy! Malangnya semalam mcm sgt rushing, jd tak sempat singgah lama. :( But hey, thank you sbb ajak kami sekeluarga! Sedap semuanya! :) Then teman mama appointment clinic dkt BB, sikit punya jammed dan sesat, dkt 2 jam lah kan dlm kereta '-___-'

Malam, pakcik awie dan isteri, serta anak comel mereka, amira dtg! anonono. comel betul! menggeramkan budak kecil itu!


Photobucket

pakcik awie, cik pah, dan amira tomeytomey!
*p/s: mama, abah - tomey tu maksudnya comel ye*


Hari ni, sedapnya tidur krooh krooh, sekali ribut taufan dtg menggegar pintu! Eh, mama yg kejut, suruh bangun cepat, nak gi Sogo. Hewhewhew. Sebab apa? sebab anak kesayangan dia ni kan dah tanam anggur, jadi kalau kerajaan gaji, anak dia pun laju-laju je gumbira sekali! eh?

Sbb utamanya, nak pergi Sogo seawal yang boleh. Hari sabtu-ahad, kalau ke Sogo dan Jalan TAR lambat-lambat, mmg cari nahas namanya. Abah sesudah subuh sudah hilang ditelan masa, sedap menebas rumput di padang golf. Jadi, tepat 9:50am sudah selamat parking dalam Sogo. Wahhh, boleh tahan, dah berpusu-pusu kereta masuk parking... tapi... pintu Sogo tak buka lg. Lepas tu i dgn mama tergolong dlm kalangan mereka yg berdiri di depan pintu Sogo utk beberapa minit, sehingga tepat jam 10pagi. Dan kami disambut mesraaa oleh semua pekerja di dalam itu, siap ucap "Selamat pagi.... Selamat datang!" dengan muka penuh mesra. Siapa nak merasa, sila dtg seawal pagi.

Oh, tujuan utamanya sbb i nak tukar pencuci muka lain. Sejak June 2011, kulit muka yg dulu hanyalah berminyak gila, *hanya konon*, kini sudah bertukar menjadi berminyak, tapi kering, atau bahasa kecantikannya - dry combination. Mcm mana tu? Kulit nampak berminyak, tp bila tgk dkt, oh menggelupas rupanya, sbb kering. See. So, sejak itu, Bodyshop Seaweed sudah tidak berkesan, byebye cinta hati Bodyshop Seaweed, setelah hampir 5 tahun, kulit mukaku sudah curang. Maka, kau tidak lagi berkesan di mukaku~ Kemudian cuba Clinique set dry combination, pun, masih kering. :( Makanya, hari ni, setelah membuat kajian di Google dan membaca review di internet, i bertukar kepada Clarins!


Photobucket

Terlebih dahulu, terima kasih mama. Hehe.
Ini adalah basic set - cleanser, toner, moisturizer.



Photobucket

1 - Ada pakej discount utk 3 items ini, makanya dpt percuma mini serum, mask, sunblock dan face lifting yang bersaiz comel. Wahhh, sudah percuma 4 benda.
2 - Eh eh ada percuma lg 3 mini travel set, hasil mulut manis mama. :p
3 - Ini total semuanya dgn harga 3 botol yg basic itu.



Menurut hasil google, Clinique dan Clarins, both are great. But Clarins is the best solution for dry skin. Both are allergy tested, makanya sesuai utk mereka berkulit sensitive. Cuma, Clinique fragrance free, dan Clarins ada bau wangi-wangi. Jadi depends lah kepada masalah kulit masing-masing. Rujuk pada pakar di kaunter berdekatan anda okay! Or do some research and read any reviews about those skin care that you would love to try.

Marilah tadah tangan dan berdoa agar kulit ini menjadi lembab dan licin seadanya supaya tak perlu lah nak bermake up sampai jd patung opera. Amin! Tak faham mcm mana orang boleh selesa make up tebal satu hari? Kulit sy sangat tidak selesa. Untunglah yg tiada masalah kulit itu! Alhamdulilah :)

Kemudian, petang tadi, sempat skype dgn kesayangan di Russia, shafinaz. Oh rindunyaaa! Lepas tu sama-sama malu-malu kucing sebab tak pernah skype bertentang mata siap dgn webcam. Ya, macam org baru jatuh cinta. Hahahaha. Tp, sekejap je. Kemudian macam tak cukup masa nak bercerita. Tapi sejam itu sudah menggembirakan! Thank you bbe <3

5:30pm, terus ke JJ dgn mama abah. Beli barang dapur. Aktiviti wajib di hujung bulan. I pun tumpang 2 belah tangan, ambil benda yang penting, masukkan dalam troli. Rasa terlebih excited, sebab macam, macam seronoklah. Hehe. Pdhal tak ada apa pun.


Photobucket

Ini hasilnya! Dlm 10 barang keperluan sehari-hari.

1 - Bedak agnesia : memang wajib pakai bedak badan setiap hari. Bedak ini atau bedak johnson baby sahaja. Kalau tidak, bila panas, akan naik ruam-ruam yg pedih.
2 - Biore pore pack: Kalau anda musuh blackhead atau whitehead mcm sy, silalah cuba ini.
Sy sudah bertahun-tahun pakai. Sgt memuaskan hati.
3 - Tong sampah baru : Abah bising sbb tong sampah lama tak berpenutup.
4 - Marshmallow coklat : mama, kakak beli utk cik juga! kami suka!
5 - Glade sensations refill - Beli refill saje, letak dlm kereta, harum semerbak!
6 - Thirsty hippo : letak dlm almari kasut & beg, supaya tiada bau dan beg dan kasut
tidak cepat rosak atau merekah, especially yg jarang pakai.
7 - Himalaya anti dandruff shampoo : 1st time nak try. Sy sedang avoid produk yg banyak chemical.
Mahu elak dari kanser.
8 - Cotton bud : bukan utk korek telinga semata, utk lap eyeliner comot juga!
9 - Garnier deodarant : antara deodarant kegemaran sbb tahan lama dan segar.
10 - Colgate : disarankan oleh doktor gigi seluruh dunia. :p



LEPAS TU, KITA DPT HADIAH LAGI...


Photobucket

mama belikan sbb kita mmg suka vacuum.
Rela vacuum dari menyapu. Hahahahaha. Thanks again mama!


Dan kemudian, sampai rumah maghrib, hujan lebat. Solat, kemas dan susun barang. Kemudian dihidangkan dengan mee goreng basah special dr mama! Sedapnya. Okay, ini seronok! Makan beramai-ramai dengan nenek (cik), auntie, sepupu (faris, kak sally), mama, dan abah.


Photobucket

mee sedap mama! thank you mama!

Mee mama sangat sedap! Tambah pula dgn ketawa berdekah-dekah sebab cik membebel, tapi cik banyak tersasul, kemudian auntie ajuk kata-kata cik. Aduiii. Sampai tak boleh nak telan mee. Ada sangat banyak, tapi sudah lupa. Antaranya perkataan yg cik salah sebut :


kepala otak - kepala hontak
hormat - haramat


Dan, tamatlah sudah hari ahad. Fuh, esok genap lagi seminggu je cuti yang tinggal. Kemudian ke sekolahhh! Nanti update ttg beli brg sekolah lagi. Jgn bosan tau, kita dah lama tak pergi sekolah. Dah start sekolah, kita diam tak shopping dah!

Okay, have a nice week! Goodnite, take care! :)


Feb 22, 2012

a little something utk yg masih dan bakal bergelar pelajar IPT

Assalamualaikum :)

Sini, ingin sy tekankan, this is a very long post, tak rugi membaca sbb sy kongsi sesuatu plg berharga - pengalaman sendiri. Utk mereka yg malas belajar dan tak menggunakan sebaiknya peluang sebagai pelajar.

1st of all, sy nak minta maaf kalau ada tersalah dan terkasar bahasa. Sy bkn sesiapa pun. Cuma rasa nak berkongsi pandangan hal ini. Semlm sy tidur agak awal, dan kemudian terjaga jam 2:40pg. Pejam celik, pejam celik, tersedar, kurang 2 minggu saja lagi sy akan melanjutkan pelajaran! Alhamdulilah. Masih tersenyum dan bersyukur sgt bila akhirnya dpt peluang ni. Biarlah org kata umur dah hampir 23 walaupun belum genap lagi (oktober 2012), tapi baru nak sambung degree. Guess what? I really don't care, i want this, I aimed for this since i finish my diploma 2 years ago, and, it was my biggest dream of all, for now. Yes, BIGGEST.

Then semalam akibat tak boleh tidur, sy pun sempat menjenguk ke FB page Masscom UiTM Malaysia. Sebenarnya, hari ni kawan-kawan di UiTM semuanya baru dpt result exam, dan dari seorg kawan yg sedang belajar final year di situ juga, sy dapat tahu, mulai semester depan (which would be my 1st sem there), hanya pelajar final year yg boleh bawa kereta. Dlm hati dah, "seriously? seriouslyyy?" Sebenarnya dah dengar masalah parking UiTM dah lama dah, before this lg dr kawan-kawan lain. Dari masalah itulah, sy terjumpa page FB Naib Canselor UiTM iaitu Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. And it seems like, my 1st impression, beliau sgtlah prihatin, baik, dan cuba sedaya upaya utk membalas semua comment student. Which is great.

Dan, guess what sy jumpa, status terkini Dato'? Ta-daa!

Photobucket
Yes, alhamdulilah, buat masa ni, pekeliling tu ditangguh.
Bermakna, sy boleh drive ke UiTM lg utk my 1st sem. :) thank you!


Oh ye, sebenarnya, ada dalam 10 org kawan yg sy bgtau secara personal, ttg kegembiraan sy dpt sambung ijazah di UiTM. Dan yg lain tahu secara tak langsung melalui kwn-kwn lain, atau FB, atau di blog ini. Dan, ada kawan kolej yg mcm terkejut dan ada yg tanya "eh mcm mana boleh dapat?" "eh, dia minta tak dapat pun?" honestly, Alhamdulilah sy dpt, sbb sy bukan anak Tan Sri atau anak Panglima, makanya mmg sy tak ada kabel-kabel, mcm yg mungkin ada segelintir pihak ingt sy dapat sbb sy guna kabel. Tidak. Cuma berkat doa mama abah, sejak bertahun yg lalu, Alhamdulilah :')

Sini sy ringkaskan semula. Sy menamatkan sekolah menengah di MRSM Kuala Lipis. What do you expect? Selemah mana pun student tu, dia tentu akan dapat tempat di Matrikulasi atau IPTA. Sebab paling lemah pun, tak ada yg gagal. Itu bezanya pelajar MRSM dgn pelajar sekolah biasa. Itu kelebihan pelajar MRSM. Yes, rasanya kawan-kawan MRSM sy tak ada yg tertinggal. Ramainya pergi oversea. (Jeles tau!) Teringat lagi, dulu dkt MRSM sy bukan golongan pandai. Sekolah lama, mmg sy antara best student. Tp bila masuk MRSM, baru tahu langit tinggi rendah, ramainya budak pandai! Makanya, bila result SPM keluar, sy dpt 5A je ye, sebenarnya result itu dah cukup bagus utk prestasi sy di sana. Sbb, sy antara pelajar plg lemah dkt sana (trust me!)

Waktu tu, kawan-kawan yg lain, ramai dpt 7A-9A, atau 2A-4A. Mmg sgt mengejutkan. Yg dpt tgh-tgh mcm sy, yg dpt 5A-6A, sgt sikit. So, bila sy, pelajar lemah ni dpt 5A, it was quite surprising. Ramai kawan yg hebat dr sy, dpt 2A, 3A, dan 4A. Lagi mengejutkan ada yg dpt 1A juga. Hurm, rezeki masing-masing. TAPI... kawan-kawan sekolah lama, dan sepupu semua ingat sy dpt straight A's. No, tidak :) See, nampak perbezaan tahap kepandaian sy? Padahal jujurnya, SPM adalah saat paling sy cuba habis baik dlm hidup ini. Ya. Itu sy tahu. Pedulilah kalau org lain tak percaya. Tp rezeki sy, setakat itu saja. Rasanya, sy menangis time tu, tak kira masa. Berdiri pun boleh menangis. Org kata, frust menonggeng. Sbb apa? Sbb sepanjang hidup sy, sy target dan sy yakin sy boleh dpt 8A-9A utk SPM. Tp waktu di MRSM, sy tahu sy tak mampu, tp sy teruskan demi mama abah, dan juga kawan baik sy, my dearest D-12. Itu saja penguat sy.

Dan malangnya waktu itu, sy tak dapat tempat di Matrikulasi. Hampir 90% kwn sy yg sy tanya, semua dapat. Menangis terduduk lg sy. Fikir dan tertanya-tanya kenapa tak dapat, ramai kawan result yg lg rendah tp dapat. Tp hari ini, sy bersyukur sy tak dpt. Mungkin Allah ada rancangan yg lg baik. Sbb di Matrikulasi, ada 2 yg blh sy simpulkan - You do your best, or you are left out. Maksudnya di sini, mmg perlu struggle all out, baru dpt sambung degree ke kos yg diminta. Kalau result biasa-biasa, mmg akan dpt degree kos yg kita tak pernah fikir akan sambung. Yes, it happened to half of my friend, walhal ada yg dpt lebih 3 pointer. In the end, mereka pasrah dgn apa saja kos yg ditawarkan. Jd, silalah buat yg terbaik di sini.

Dan, kemudian keputusan IPTA keluar, pun sy tak dpt tempat. Tahu, time tu rasa dunia ni dah berakhir je. Gelap. Bertubi-tubi kegagalan dtg... Salahnya, sbb result tak seberapa, ada hati nak minta asasi sains? Dulu berangan nak jadi doctor forensic. Kemudian, law pun tak dapat, walhal ramai yg 5A dah boleh dpt law. Tak pe lah... Redha. Buat rayuan, akhirnya dapat. UMP, mechanical engineering. Tapi, engineering? 1 benda yg tak pernah sekali pun terdetik dlm fikiran, dan sudah tentu bukan minat sy. Maka sy tolak. Ya, sy tolak. Kalau org lain, mesti kata sy rugi besar. Ya, itu yg kawan-kawan kolej kata. Sbb majoriti mereka tak dapat panggilan IPTA sebab itu mereka ke kolej. Tak pe lah, at least sy tahu, ramai lagi senasib dgn sy di kolej. Akhirnya sy tolak tepi forensic, tanam saja law, broadcasting akhirnya. Tak pernah sy terfikir sy akan bermula diploma.

Sem 1, sy selalu fikir, betul ke aku boleh bawa nih? Serius eh dr sains ke benda mengarut ni? Yes, walaupun hati sy mmg berat ke sini, tp ada masa sy tertanya-tanya, betul tak apa aku pilih ni? Dan hanya 2 org dr kwn sy di MRSM (termasuk sy) yg ambil kos berkaitan Masscom, yg lain semua sains. Dan di antara kawan-kawan sekolah lama, juga hanya sy yg ambil Broadcasting. Kemudian baru ada seorang dua yg mengikut jejak. Tapi, lagi sekali Allah Maha Adil. Dia buka mata sy bahawa, bukan hanya ada ilmu sains di dunia ini. Bukan hanya ilmu sains yg perlu dibangga-banggakan. Slowly, i fall in love with broadcasting. I start with zero, makanya mmg sy teruja sbb mcm-mcm sy dpt tahu. Sayang, penyiaran ini bukan semata jd pembaca berita atau pengacara nona (apa yang difikirkan oleh makcik-pakcik di luar sana) dan kami bukan enjoy, tak belajar (macam apa yg kwn-kwn sekolah sy fikir). Kami belajar dan kami enjoy apa kami buat. Tidur di kolej, tak mandi sehari-dua, ikat perut utk projek-projek FYP, shooting sana sini, deal dgn artis yg mcm-mcm karenah, dan tak lupa juga yg begitu sporting! It was big, it was amazing. :) Thank you Allah.

Dan tamat belajar, umur 21, mudanya sy rasa utk bekerja. Sambil bekerja, sy tak lupa utk terus mencari peluang sambung ijazah. Terlepas tarikh daftar MUET, Terlepas tarikh daftar UPU sbb MUET tak ada, banyaknya masa di ambil, sebab semuanya selang 6 bulan. Masa berlalu, sy semakin tua, kawan-kawan yg terbang ke oversea bertambah ramai. Terdiam, termangu bila tengok gambar-gambar mereka di FB. Tapi shafinaz selalu pesan, "your time will come babe." Bertambah lucu, bila kadang terlupa tgh bekerja, sbb officemate, dan boss semua macam kakak, abang, pakcik sendiri. Betul, kadang terbawa-bawa lg perangai budak-budak, lupa kita tgh bekerja dgn mereka yg lg berusia. Minta UPU kali pertama, tak diterima. Akhirnya, Alhamdulilah, Alhamdulilah, Alhamdulilah, rezeki sy hari ini, tahun ini. :')))

Sy tahu, ramai yg senang-senang dapat tempat utk ijazah. Tp sy pernah bermati-matian utk dptkan ini, terlalu banyak air mata sy yang jatuh utk dapatkan ini, terlalu banyak. Abah dan mama sampai, sampai tak sanggup nak tengok sy menangis lagi sebab terlalu hancur hati mereka melihat kecewanya sy. Mungkin sebab sy pernah rasa susah, mungkin sebab sy berusah keras utk ini, maka sy mmg bersyukur sgt dgn peluang ini. Dan sini, sy ingin berbalik semula ttg apa lagi yg sy jumpa di FB page Naib Canselor UiTM - Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.


Photobucket

It was an eye opener, ramai lagi yang tak dapat rupanya.
Ramai lagi yg masih tak berpeluang.



Dan di sini, biar sy kongsi beberapa comment lain tentang status ini, which sy rasa menarik utk dikongsi.


Photobucket

Dari sini sy dapat tahu, ramai pelajar, even pelajar UiTM sendiri, tak dpt kos yg mereka minta. Tapi sebenarnya ada betulnya apa yg Mike Hershey's tu ckp, bersyukurlah dpt sambung belajar. Cuba dahulu gunakan sebaik mungkin peluang yg ada. Tak rugi. Lagi sekali, rasa bersyukur sangat dpt apa yang saya minta. Alhamdulilah.



Photobucket

Dan ada betulnya, apa yg Adam Danielle tu ckp, bukan pelajar UiTM semata, tapi semua pelajar IPTA lain, tolonglah, tolong manfaatkan peluang belajar tu. Bukan sy seorang, tapi beribu lagi mereka yg pernah, dan sedang berharap mendapat tempat yg tak awak hargai tu. Dan, air mata sy mengalir baca comment dr Matfazly Mat Kasim tu. Bertambah sy bersyukur di beri peluang ini.



Photobucket

Dan ini, benar-benar membasahkan pipi sy dengan air mata. Ramai lagi rupanya yg rasa apa yg sy pernah rasa. Ramai rupanya yg nak belajar, tp gagal dan gagal mendapat tempat. Baru sy tahu, ada yg sampai 3-5 kali memohon, baru mendapat tempat. Apalah nak dibandingkan sy yg baru 2kali memohon. Baru sy tahu, bukan sy yg paling malang. Alhamdulilah, syukur tak terhingga.



Jadinya... tolonglah, sedarlah, buat mereka yang sikit pun tak ada kesedaran utk belajar, ramai sangat-sangat lagi yg mengidamkan tempat tu. Ramai sangat lagi yg cuba dan mencuba, tp tak mendapat tempat. Ramai sangat lagi yang menangis utk tempat itu. Bersyukurlah, gunalah sebaiknya, jangan pandang remeh.

Dan buat yg masih gagal, apa yg boleh sy katakan, percayalah, mmg setiap kejadian ada hikmahnya, Insya Allah. Kadang kita tak nampak, walaupun bertahun-tahun, tapi mungkin kita tak nampak di dunia, tapi hanya Allah yg ada jawapannya. Teruskanlah mencuba. Dalam masa yg sama, jgn buang masa, bekerja. Pengalaman bekerja, jauh beza dgn ilmu belajar, banyak yg tak ternilai. Sy doakan kalian berjaya juga satu hari nanti. Amin :)

Harapnya, ada yg dapat manfaat dr perkongsian ini. Dan andai ada yg terguris, harap dimaafkan. Take care everyone!


Feb 20, 2012

the sweet sensation of chocolate fountain

Assalamualaikum :)

Minggu ni teh dan aisyah dtg dr Kuantan utk settlekan hal-hal perkahwinan sepupu sy, si kma. Aisyah si bdk kecik berumur 12thn, sgtlah rajin membaking. Nak dijadikan cerita, kma mmg plan nak buat chocolate booth utk wedding dia nanti. Aisyah lah org plg happy. And so, kma mmg nak sgt ada chocolate fountain. Makanya, dia beli khas utk wedding day dia. So sabtu lepas, kami merasmikan chocolate fountain tersebut, just to get the feeling sensation of eating fresh fruits, and marshmallow in the flood of chocolate!


Photobucket

fresh fruits are depending on your choice :)
we choose strawberry, banana, apple, kiwi, and grapes.


Photobucket

cut the fruits the way you love it - cubes, slices, or any shape.


Photobucket

marshmallow is a must, as requested by me :P
and this is one cute heart-shaped pink marshmallow! LIKE!


Photobucket

preparing everything.


Photobucket

okay, pouring down the chocolate.


Photobucket

YEAYYY we're ready to attack!!!


It was super delicious. I personally suggest you to avoid super sweet fruits sbb akan jd sgtlah amat sweet. Kiwi, strawberry and banana are nice! Sebenarnya rasa teringin lg nak mkn mcm ni. Lambat lagi kene tunggu kma kawin lah gamaknya. Hewhewhew.

Oh ye, memandangkan sbb akan guna chocolate fountain ni sekali-sekala, atau sebenarnya, jarang sangat, maka kma came up with a better solution! - utk sewakan kpd org ramai! I mean, for special occasion, memorable events, birthday party, why not? Hee.

So, this is the list of the package -

Single Package
chocolate fountain - RM50 / per day

Budget Package
Chocolate fountain + compound chocolate - RM 80

Fruit Buffet (for 100 pax)
- Banana, strawberry, kiwi, apple
- RM 300 (decoration included)

Candy Buffet (for 100 pax)
- lollipop, marshmallow, stick biscuits, cup cakes, fancy cookies, colorful jelly
- RM 280 (decoration included)

Candy + Fruits (for 100 pax)
- RM 550 (decoration included)


Any inquiries, feel free to contact Kma through her FB - Akma Aban or email at zayura@yahoo.com

For those yg belum try, you really should! Best gilaaa! Hahaha. Till then, take care! :)


Feb 15, 2012

People always judge you by your actions, without bothering to walk in your shoes.


Assalamualaikum.

Maybe we're not supposed to be happy. Maybe gratitude has nothing to do with joy. Maybe being grateful means recognizing what you have and appreciating small victories. Admiring the struggle it takes to simply be human. Maybe we're thankful for the familiar things we know, things are typical, routine. And maybe we're thankful for the things we'll never know... Yes, there is reason for everything. At the end of the day, the fact that we have the courage to still be standing, is reasonable enough to celebrate.

At the end of the day, there are some things you just can't help but talk about. Some things we just don't wanna hear and some things we say because we can't be silent any longer. Some things are more than what you say, they're what you do. some things you say because there's no other choice. Some things you keep to yourself cuz no one will ever understand the way you feel. And not too often, but every now and then, some things simply speak for themselves.

Sometimes reality has a way of sneaking up and slap us in the face. And when everything burst into the ocean, all you can do is swim. We can lie to ourselves for so long, but still, for how long? We are tired, scared, denying it. That doesn't change the truth. Sooner or later, we have to put aside our denial, and face the world. The truth is always hurt, but at least, it is true.

I was in love. And will always love, in my way. Keep on judging, i am no angel.


Feb 9, 2012

thank you my super special girlfriend!

Assalamualaikum! :)

I got this from my sweetest bff ever. Walaupun dia jauh, tak pernah pun rasa dia jauh, pdhal dia plg jauh dr mata. Russia, nak cakap ape kan? Tp dia selalu ada. Selalu. Thank you shafinaz! :)

When it hurts to look back, and i'm afraid to look ahead, i know i can look besides me, and she will be there... I'll always remember your words whenever i'm down. Thanks again bbe! :')


Photobucket


Feb 7, 2012

Hadiah utk sy kembali ke sekolah!

Assalamualaikum :)

Cuaca sgt panas kan sekarang..? 2-3 hari ni makin menjadi pening kepala, dan rasa loya. Tak nak mkn ubat, tahan lagi. Panadol? Lagilah jangan, mmg muntah makan... Sejak lepas sekolah kot, dah tak boleh makan panadol. Siapa-siapa yg nak demam tu, cepat-cepat makan ubat! Musim kot. Take a good care of urself.

Pagi tadi, abah main golf (lagiiiii...). Mama ajak ke JJ cari brg dapur, tp last-last tak cari, shopping benda lain! Hee.. Shopping brg sekolah! Sgtlah suka semuanya. Thank you sgt-sgt mama! And abah too, hehe.. Pemangkin utk kembali belajar!

Rasanya org lain dpt sambung degree idaklah beria cam i ni kan? Kembali ke sekolah! Minta maaflah terlebih excited, sbb mmg ini impian sy buat masa ni. Alhamdulilah, 1st step dah dapat, skrng masa utk mengharungi plak.. Dan cukup bersyukur, tgk mama dan abah sgt happy :))) Thank you mama abah, for the unconditional love!



Photobucket

Hasil shopping pagi tadi - Oxford shoes & Watch. My notebook, I got it from mama since 2010.
Alhamdulilah dah boleh guna tahun ni :) Full of quotes!



Photobucket

Tak ajak pun si gemuk ni... Dia dtg menyibuk sendiri! Hahahaha... :)
Habis dia gigit kotak kasut.



Photobucket

I was looking for something really comfortable utk pergi kelas...
I mean, fakulti Masscom tu punya tangga, Ya Rabbi~ Then bangunan bertingkat-tingkat.
Since mmg tak reti pakai heels, which kawin pun tak akan pakai kot, wedges pun tak sesuai,
makanya, this is it! So comfy, and it's limited edition of Anna Sui! :)))



Photobucket

Sebenarnya mcm nak cari jam warna purple jgk, nak matching dgn kasut :P
Ohhh sy mmg tak ada jam sejak 2-3 tahun ni. Rosak... Dan uncle jam tu ckp, harga repair dia sama dgn jam baru. Baiklahhh. So berapa tahun tak pakai jam. Then I saw this! I love this mama! Thank you mama! :)))


Minggu depan akan keluar mencari beg sekolah! Hee. Sy nak cari beg silang, yg sesuai utk formal dan tak formal... Something simple will do. Tgh usaha cari purple jgk. :P Ohhh can't wait utk sambung belajar! Cumanya leceh dan malas nak isi borang, medical check up, prepare results, IC, fotostat itu ini...

Guess what? Jarak rumah ke UiTM almost 45km sehala, makanya pergi balik dlm 90km sehari... Doakan sy tabah T___T Hahaha.. Ye mama, anak mama ni akan cuba ulang alik sekerap mungkin utk mama. Thank you again for all these gift mama abah! :))) Till then!



Feb 6, 2012

Resort yang lain dari yang lain - Eagle Ranch, Port Dickson

Assalamualaikum. :)

Rasanya ni entry paling banyak gambar, kot? So. I won't be talking much. Baru balik dr PD plak, sangat amat panas, especially geografinya dkt pantai kan, so mmg bahang. And then google a few hotels, semuanya fullhouse~! Then yg Eagle Ranch ini pun, just a few room left, yup, mmg ramai org. Nak check in pun mmg terpaksa tunggu until almost 3pm. Selalunya kan 1-2pm dah boleh. But whatever it is, this resort really is something different, i love it!

Near to Teluk Kemang, this is more to cowboy + red indian theme resort. Jgn risau, semua ada air cond okay! Hehehe... And di sini, sgt sesuai kalau nak camping or family day, sbb banyak kemudahan game disediakan. I'll list down a few. Cumanya, jauh dr pantai, so siapa nak pantai, tak adalah dkt sini. Tapi Eagle Ranch ada varities of houses, yesss, ada macam-macam jenis rumah! Price starts from RM100 - RM200.

Just enjoy the pictures!

Eagle Ranch Resort, Port Dickson


Most of the decorations are made from stone, and woods.


Near the reception area


Basketball court


Rumah jenis 1 - Ala-ala Red Indian "Tepee"


Rumah jenis 2 - inspired dari kereta kuda! "Bandwagon"


2 tingkat.


Rumah jenis 3 - "Kampung House"
Sy duduk sini! Best gilaaaaaaaaaaaaaaa.


3 units of kampung houses. Each unit - 4 houses.
2 upstairs, 2 downstairs.


See, 4 houses. This is the front view.


The back view.


Lampu moden, tp design lama.


1 queen bed, siap air cond, wall fan. Mmg tak panas, selesa.


Cupboard, desk, and TV.


Balcony!


Tempat sangkut baju yg COOOOLLL.


Toilet based on batu-batu! Sukaaa.


And toilet luas, ada 2 jenis shower! Shower macam ni yg awesome,
dan shower biasa yg skema-moden tuh :P


Petang tu, abah main golf, sy dan mama pergi berjalan mencari air kelapa. Sgt best minum air kelapa fresh, dan keropok petang-petang! Oh ye, ada jenis rumah lain juga, semalam pergi, memang ada 2 groups kot, buat family day. Sgtlah sesuai.

Selain Basketball court, ada Beach volleyball court, Paintball, Nak berbasikal pun ada! Malamnya, saja cari tempat makan lain. So we dropped by dkt Tiara Beach Resort. Ada 2 types of restaurant - Bar & Cafe OR Anna Thai. Mama mestilah nak Thailand Cuisine.


*LOVE*


Anna Thai Restaurant. Service agak slow, sbb staff kurang. Tp staff baik-baik.


Pineapple Fried Rice, just nice, banyak udang, tp lauk lain takde. Price RM18.
Sedap, tp tak berapa setimpal dgn harga.


Then today, we had breakfast and berjalan keliling resort lagi. Ohh bilik ada 2 free breakfast, and kalau tak cukup, charge cuma RM18 per head. Okay lah utk breakfast dkt resort/hotel kan :)

More pictures coming!


Pool for adults - Kerusi dia unik tau! Bkn kerusi plastik putih biasa :P


For kids.


Sports & Recreation


Convenience Shop


Breakfast dkt dalam or luar cafe pun boleh.


Luar cafe


Tempat kudaaa! Kuda dia sihat okay!


Mama excited :P


Go Kart pun ada!


Big place for Rope Course Challenge


Overall, memang best, cuma a few things yang kurang :
- Dlm kampung house, tak ada telefon, so agak susah if nak contact housekeeping etc.
- Air dkt kampung house agak cetek, maintenance tak jaga, sayangggg :(
- Face tissue should be provided in the room.
- Less varieties of foods during breakfast.

Anything, you can go to their website - Eagle Ranch


Till then, see you again!