Jan 4, 2012

bila kawan kita kecewa sbb cinta...

Assalamualaikum. :)

Dulu, selalu nasihat mcm-mcm kalau gf putus cinta. Sedih tgk dia menangis-nangis. Kalau tak menangis pun, muka menyedihkan. Kadang kita pun nangis sama bila tgk dia nangis. Lg parah bila dia tak nak makan! Lg ironik bila ada yg sampai buang, campak, bakar, lempar dlm tong sampah semua kenangan dia dgn bf lama. *kita tak pernah buat mcm tu* Rasa sedih sgt bila tgk dia buat mcm tu, sbb kita tau, dia sedih sangat-sangat. Ada juga kawan kita yg jumpa bekas kekasih kali terakhir, semata nak pulangkan barang-barang kenangan. Kita kagum dgn org yg sanggup jumpa utk pulangkan, kalau kita lah, menangis tersedu-sedu dah sbb mcm kita pulangkan sesuatu yg pernah membahagiakan kita... Dan seolah, kita tak jumpa dah orang tu. :(

Sayang-sayang, setiap hati yang hidup, hidup tu tak bermaksud kita hidup di muka bumi ni, hati kita hidup. Ada orang yg hati dia mati. Hati mati mungkin sbb dia pun pernah melalui kisah hitam dlm hidup dia, atau mmg hati dia mati sejak lahir. Ok, berbalik kpd hati yg hidup. Percayalah, semua hati-hati yg hidup, mesti pernah terluka. Sbb dia hidup, makanya dia berperasaan. Tp, istimewa sgt hati kita yg Allah kurniakan ni, sbb hati kita ni, dia luka parah mcm mana pun, dia pecah berderai jadi debu ke, jadi kaca ke, dia mesti hidup dan terus bernafas semula! :) Perasan tak? Kalau tak perasan, mungkin belum masa awak lagi. SABAR, dan terus berdoa.


"God can heal a broken heart, but He has to have all the pieces"


Mendalam kan? Maksudnya, hati kita akan terubat sendiri nanti dgn masa, kesibukan, org sekeliling - keluarga, kawan-kawan. Tapi, jgn lupa dekatkan hati kita dgn Allah. Sbb tanpa izin Allah, tiada apa keajaiban pun yg akan berlaku. Allah yg pegang hati setiap insan.

Teruskan berdoa. Dan, kita sebagai kawan pun selalu doakan kawan-kawan kita. Sebenarnya kalau perasan, bila kita putus cinta atau bila kita ada di bawah, baru kita ingat Allah. Kan? Hampir semua pun mcm tu, bila senang, lupa. Bila susah baru ingat. Jadi, kita rasa, hikmah paling besar bila jadi perkara mcm ni, sebenarnya nak dekatkan diri kita dgn Pencipta. Sbb selalunya, barulah kita sedar, yg tiada siapa pun, bahkan ibu yg melahirkan pun, yg dpt faham apa yg kita rasa saat tu. Guys, do bear in mind, everyone is different. Jgn fikir org lain macam kita, atau kita mcm org lain *self reminder*



don't ever give up on doa'


Jadi, jangan tanya "kenapa aku?" sebab kita tak tahu, kawan-kawan kita yg sengih mcm kerang busuk 24jam, or hyper sana sini, mungkin dah pernah lalui yg lagi teruk dr kita. Dan pertanyaan tu seolah-olah kita menyalahkan takdir. Lagi sekali, SABAR. Kalau nak menangis, menangis lah sepuas hati. Nak bercuti, pergilah. Buatlah apa yang menenangkan fikiran, tapi tolong, jangan buat perkara-perkara bodoh. Allah tak akan uji kalau kita tak mampu. Bila dah besar ni, baru dapat berfikir semula. Dulu pernah juga buat perkara bodoh, tapi teringat abah cakap, "itu semua orang tak ada agama". Fikir balik, baru faham. Kalau iman kuat, rebah mcm mana pun, Insya Allah, tak akan buat perkara bodoh.

Kalau kita sendiri dah pernah terduduk, lagi bagus, sebab kita lebih memahami kawan kita yg sedang 'frust menonggeng' -bak kata mama ni. Sebenarnya, baru-baru ni, dalam setahun dua ni juga baru kita stop beri ceramah atau kata-kata semangat melampau dkt kawan-kawan kita yg putus cinta. Sebab kita baru sedar, hati orang lain-lain. Tak ada yg sama. Maka, kekuatan dia juga lain-lain. Apa yg kita nampak, tahu, tak semestinya seindah hakikat yg kawan kita pendam. Kita tak tahu apa sebenarnya lagi terjadi, yg dia pendam. Tak kan semua dia nak cerita dkt kita? So, kita percaya, benda yg terbaik nak buat adalah jd PENDENGAR, pendengar okay, bukan PENASIHAT, dan ada waktu dia memerlukan. Tp, bukan maksud kita tak nasihat langsung. Nasihat sikit, cukup. Jangan lebih-lebih. Jgn ckp seolah kita faham apa dia rasa. Allah dan dia je yg tahu apa yg dia rasa. Semua nasihat tu dia dengar, dia faham, cuma biarkan dia ambil masa. Sedangkan luka dkt jari pun akan berdarah dan berparut, inikan hati?



Tolong doakan dia juga. Insya Allah kalau ramai doakan dia, lg cepat dia bangun. Please avoid questioning her those question like "are you okay?" bila kita tau dia tak okay lagi! Buat mcm biasa, gembirakan dia, dan kalau dia still sedih lg, peluk dia. Dengar semua keluhan dia. Kita sebagai kawan yg dia percaya, mesti dah kenal dia kan? Jd, buatlah apa saja utk gembirakan dia. Esok lusa, giliran kita yg terjatuh terduduk, mana kita tahu. Dan hormatlah dia apa adanya. Jgn anggap dia lemah dan bodoh kalau dia meraung. Itu tahap kekuatan dia, itu cara dia. Kalau tahu dia sedang di bawah, maka tolong pimpin dia agar dia bangun berdiri semula. Bukannya pergi tolak lagi sampai dia jatuh tertiarap. Esok lusa, dia akan bangun juga. Cuma, tempoh masa setiap org berbeza.

Dan buat kawan-kawan yg terluka sebab cinta, ingat, dunia belum berakhir. Seorang je yang pergi tinggalkan awak. Kenapa awak nak ratapi, sedangkan ada keluarga, kawan-kawan dan masa depan utk awak hargai? Sudah, bila puas awak menangis, bangun dan senyumlah dgn apa yang awak ada hari ini. No matter who broke your heart, or how long it takes to heal, you'll never get through it without your family and friends. It's hard to tell your mind to stop loving someone when your heart still does. BUT, at some point you have to realize that some people can stay in your heart, but not in your life. Lagipun, setiap kejadian kan ada hikmah-Nya. Dan percayalah, kalau ada jodoh tak ke mana, insya Allah :)


2 comments:

Anonymous said...

seronoknya baca bab ni..memang pedih gagal bercinta tapi di sebalik kesedihan itu ada rahmat di situ kita akan mendekati dan mengingati ALLAH sentiasa biasanya sebagai manusia biasa kita selalu lupa padaNYA bila senang dan ingat padaNYA bila susah dab berduka..tabahkan hati serahkan jiwa raga padaNYA suatu hari nanti kita pasti bertemu cinta sejati

ra|nbOw said...

Thank you mama... Insya Allah. Setiap kejadian ada hikmahNya.